1) Majlis Presiden memutuskan secara sebulat suara untuk menolak usul YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan YB Tan Sri Ariff Yusuf sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan YB Nga Kor Ming sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakya
2) Majlis Presiden konsisten dengan pendirian bahawa fokus Kerajaan Persekutuan dan Negeri ialah untuk membantu rakyat pasca penularan wabak COVID-19.
3) Majlis Presiden telah membincangkan usaha-usaha mengembalikan mandat rakyat dan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan.
Majlis Presiden berpendirian semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak.
Oleh yang demikian, Majlis Presiden memberikan mandat penuh kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk YB Dato’ Seri Shafie Apdal bagi menyempurnakan pengembalian mandat tersebut.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) YB Hj Mohamad Sabu Parti Amanah Negara (AMANAH) YB Lim Guan Eng Parti Tindakan Demokratik (DAP)
No comments:
Post a Comment