SUSAH PAYAH LAWAN PERASUAH, AKHIRNYA KHIANAT RAKYAT UNTUK BERSAMA PERASUAH?



Wahai rakyat Malaysia.  Lihat sendiri bagaimana orang politik boleh permainkan undi rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

Waktu mahu raih sokongan, mereka kata mereka pejuang dan melawan rasuah.  Bila rakyat beri mereka kemenangan dan kuasa, mereka mahu jadi lebih berkuasa hingga sanggup khianati mandat rakyat dan bersekongkol pula dengan pihak yang mereka kata perasuah itu.

Rakyat dapat apa?  Dapat bantuan Covid sudah cukup untuk menebus dosa mereka?  Dapat keluarkan separuh duit KWSP sendiri boleh menjadikan kita tiada harga dan nilai?  Tahukah kita sesama mereka sekarang sedang membahagikan ghanimah dan jawatan untuk perut anak bini masing-masing?  Tidak kira siapa, semua pengkhianat mandat rakyat yang dulunya kita susah-susah angkat dan undi mereka untuk lawan perasuah, kini apa mereka buat?  Bergelak ketawa dan makan semeja dengan penyamun dan perasuah?  Lebai yang kemaruk kuasa pun sama. 

Kita lihat sejauh mana rakyat di negara ini boleh dibuaikan dengan bantuan secara tunai. Berapa banyak duit negara ini akan diberikan secara tunai kepada hampir sejuta penganggur sekarang? Pelaburan tiada, duit masuk dalam negara tiada, duit simpanan dikeluarkan sikit demi sedikit dan hutang negara semakin meningkat hanya kerana mahu mengambil hati rakyat agar dos-dosa pengkhianatan mereka akan dilupakan.


Tidak semua rakyat mudah diperdayakan.  Khianat tetap khianat.  Negara tidak akan selamat dan berkat selagi dipimpin oleh pemimpin yang tidak jujur, penipu dan pengkhianat.  Amat malang kepada sesiapa yang merestui kerja-kerja pengkhianatan ini. 

WFAUZDIN NS


No comments: