KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN


Kenyataan penuh Majlis Presiden PH berhubung kekalutan politik ...

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

6 Julai 2020

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini membincangkan beberapa perkara penting, dan isu semasa menjelang sidang Parlimen akan datang.
Antara keputusan yang dicapai adalah seperti berikut:
1) Majlis Presiden memutuskan secara sebulat suara untuk menolak usul YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan YB Tan Sri Ariff Yusuf sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan YB Nga Kor Ming sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
2) Majlis Presiden konsisten dengan pendirian bahawa fokus Kerajaan Persekutuan dan Negeri ialah untuk membantu rakyat pasca penularan wabak COVID-19. Justeru, kami berpandangan sekiranya berlaku Pilihanraya Umum tergempar sebelum tamat tempoh lima tahun, maka Kerajaan-Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Harapan sewajarnya diteruskan dan tidak dibubarkan.
3) Majlis Presiden telah membincangkan usaha-usaha mengembalikan mandat rakyat dan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan. Pakatan Harapan komited dengan pendirian asal YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, dan mesyuarat juga turut membincangkan cadangan pencalonan YB Dato’ Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri.
Majlis Presiden berpendirian semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak.
Oleh yang demikian, Majlis Presiden memberikan mandat penuh kepada YB DS Anwar Ibrahim untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk YB Dato’ Seri Shafie Apdal bagi menyempurnakan pengembalian mandat tersebut.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Tiada campur tangan politik dalam siasatan, kata ketua pesuruhjaya SPRM

  Bernama  - April 11, 2021  Azam Baki berkata usaha membina negara bangsa, campur tangan politik dalam tugas badan penguat kuasa di negara ...