DAH TERJAWAB SIAPA JUAL ASET NEGARA!


DAM RYUNG

Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menjelaskan beliau tidak pernah menjual sebarang aset kerajaan ketika menggalas jawatan sebagai menteri kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Lim berkata demikian semasaperbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
“Saya nak nyatakan di sini, semasa saya menjadi menteri kewangan saya tak pernah luluskan penjualan sebarang aset kjaan.
"Penjualan yang berlaku adalah di bawah kerajaan menteri-menteri lain bukan kementerian kewangan jadi jangan salahkan kementerian kewangan,” katanya.
Kenyataan Lim itu membuat suasana Dewan Rakyat gamat seketika setelah beberapa ahli parlimen dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) mula bangkit mempersoalkan kenyataannya.
Abdul Azeez Abdul Rahman (PN-Baling) mencelah dan meminta Lim mendedahkan nama menteri yang menjual aset tersebut.
“YB (yang berhormat) sebutlah nama menteri itu, senang bagitahu mana yang jual itu. YB be gentleman sir dan bagitahu, senang kita.
'Tanyalah MP Gombak'
Tidak ketinggalan, Tajuddin Abdul Rahman (BN- Pasir Salak) turut mencelah dan meminta Lim menjelaskan berkenaan penjualan kepentingan Khazanah Nasional Berhad di dalam IHH Healthcare Berhad kepada syarikat Mitsui & Co Ltd ketika pentadbiran kerajaan PH dahulu.
“IHH dijual ke Mitsui, siapa yang lulus?” kata Tajuddin.
Lim kemudian menjawab penjualan saham IHH Berhad kepada Mitsui yang berpangkalan di Jepun bukan keputusan kementerian kewangan tetapi oleh kementerian hal ehwal ekonomi ketika itu.
“(Penjualan saham) dari IHH ke Mitsui, ia bukan dari Kementerian Kewangan, kalau nak (tahu) menteri mana, tanyalah dari (Anggota Parlimen) Gombak (Mohamed Azmin Ali),” katanya.
Azmin kemudian dilihat bangun namun tidak dapat menyatakan pandangannya ekoran keadaan yang agak kecoh.
Untuk rekod, Azmin merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika PH menerajui kerajaan.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan sut

Azmin kini masih menggalas jawatan kabinet sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selepas “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan kini di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Pada 29 November 2018, Khazanah Nasional Bhd memeterai perjanjian dengan Mitsui untuk menjual 16 peratus atau 1,403,087,400 sahamnya dalam IHH, pada harga RM8.42 bilion atau RM6 sesaham.
Susulan penjualan itu, pegangan saham Khazanah dalam IHH berkurangan kepada 26.05 peratus.
Ia berdasarkan kepada modal saham diperbesar IHH selepas syarikat itu menyelesaikan pembelian tambahan 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Acibadem Saglik Yatirimlari Holding AS.



No comments: