Buat Tuan Ibrahim Tuan Man 40 tahun itu terlalu lama



Norman Raduan

PAS kena bijak seperti Sarawak...
KASIHANI RAKYAT KELANTAN ATAS KEPERCAYAAN

PAS mempunyai pengaruh yg sgt kuat di negeri pantai Timur seperti di Kelantan dan Terengganu. Pengikut mereka ramai di luar bandar, berpendidikan sekolah2 agama dan minoriti golongan profesional.

Bagi ahli2 politik  (samada UMNO dan mana2 parti)... PAS adalah parti yg senang 'dibuli'. Bukannya pemimpin mereka tidak cerdik tetapi sukar memahami Sains Politik.

Sejak dulu polisi atau agenda mereka maki hamun parti yg memusuhi pemimpin2 mereka dan diakhiri dgn Tabung Tin Milo. Selepas pemergian TGNA segala galanya berubah. Segala maki hamun PAS kpd UMNO khasnya yg menjadi seteru mereka selama ini tiba2 pemimpin PAS menjadi 'bisu'.

Contoh dulu kafir skg UMNO tidak lagi. Dulu serang habis habisan LGBT... hari ini pemimpin mereka sendiri yg mengundi calon yg menyokong atau pertahankan LGBT.

Jika YB Nga Kor Ming itu tidak memakai songkok sebagai Speaker pastilah riuh rendah dikatakan Nga sebagai penderhaka kpd Agong. Tapi kini segala galanya diam membisu.

Baiklah berbalik kpd PAS... sebenarnya PN atau BN sendiri menganggap PAS bukan masalah yg besar. Cukup diberi jawatan maka mereka mudah dialpakan dgn isu2 berbangkit. Sebab itu bukan sahaja wakil PAS tiada sebagai salah seorang Menteri Kanan tetapi hanya diletakkan Kementerian yg dianggap tidak penting.

Bagi saya yg agak mengaibkan PAS apabila TS Muhyiddin tidak memberi jawatan Menteri Agama kpd wakil PAS yg kononnya dihuni oleh ramai 'Ulama'2. Apa salahnya lantik Mohtar Senik sebagai Senator utk diangkat menjadi Menteri Agama? Dia popular dan seorang Ketua Ulama Negeri😝

BN dan PN tahu utk bekerja sama dgn PAS cukup belajar daripada apa yg Inggeris lakukan dlm penjajahan Malaya dahulu. Cukup sekadar menjaga pemimpin2 mereka. Isu ditutup dan berikan sahaja jawatan... maka diam membisu lah mereka.

Tiada lagi dibisingkan kes pramugari bertudung, RUU355, LGBT, Oktoberfest, penutupan kilang arak, perjudian, dana sekolah Cina, Liberal, kedai nombor ekor di Kedah dan bermacam macam lagi.

Yg paling menyedihkan saya ialah mengenai isu bekalan air di Kelantan. Dlm sebuah negara antara terhebat di rantau ini takkan la tidak mampu utk meletakkan satu dana khas bagi menyelamatkan jutaan rakyat Kelantan.

Kadang2 nak juga disalahkan kpd rakyat Kelantan kenapa memilih kerajaan yg hanya menyuruh rakyatnya bersyukur tetapi pemimpinnya bermewahan dgn harta rakyat ( kereta mewah utk MB dan Exco ). Tapi kita fikirkan sifat jumuk ini diracuni kpd org2 kampung atau ekstrim parti tak adil rasanya kita membiarkan rakyat Kelantan berterusan menggunakan air kotor.

Yg menyakitkan hati kita bila disindir mengenai pembangunan... seperti satu penghinaan apabila TMB Kelantan memberitahu ia sengaja dilambatkan???

Beginilah kita tolak isu kepartian. Saya ingin mengajak pemimpin PAS agar bijak berpolitik. Maksud saya bukan hanya memegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan GLC tetapi yg lebih penting dari itu apa yg rakyat dpt hasil kerjasama dgn PN ini?

Bijaklah seperti Sarawak atau GPS. Mereka bersama mana2 kerajaan yg mendapat majoriti asalkan kerajaan itu bersetuju dgn syarat yg diminta oleh mereka. Mereka tak minta jawatan di Federal tetapi mereka meminta peruntukkan atau hasil minyak bumi Sarawak.

Semua mereka lakukan demi utk rakyat Sarawak. Sebab itu kerajaan Sarawak disenangi rakyatnya. Sebab rakyatnya melihat pemimpin mereka bijak mengambil kesempatan ke atas kerapuhan kerajaan Federal yg acuh tak acuh melayani mereka ketika mereka kuat dahulu.

Jadi apabila Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu rakyat Kelantan hanya mendapat air bersih 40 tahun akan dtg... saya terkejut besar. Apakah negara ini terlalu miskin hingga tiada dana utk membantu rakyat Kelantan? Apakah sanggup pemimpin Melayu membiarkan 95% org Melayu mandi dan minum air sekotor atau sekeruh itu.

Sepatutnya pemimpin PAS yg skg bisu seribu bahasa ini mengambil kesempatan di atas kerajaan PN yg sgt rapuh utk meminta bajet utk air bersih rakyat Kelantan.

Ingat bila BN kuat dahulu selepas pulih dari peristiwa 13 Mei mereka tendang PAS. Bila mereka kuat negeri lain Lebuhraya dibina tetapi berpuluh tahun rakyat Kelantan derita hingga pulang berhati raya malam bertemu malam baru tiba ke destinasi hanya kerana dendam politik.

Saya masih ingat cerita mertua. Waktu beliau diangkat menjadi Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan ketika itu dia membawa isu jalan raya ini ke kabinet.

Malah dlm mesyuarat JKR pernah Pengarah JKR bertanya kpdnya..." Apa yg Datuk asyik bercerita jalan raya KK ke Ranau ini. Siapa yg ada di sana... beruk adalah."

Kata2 tersebut menurutnya membuatkan dia hampir ingin bangun dan menampar Pengarah JKR tersebut.

Peluang sering diminta oleh Tun Razak utk berbual bual setiap petang di rumah beliau, mertua mengambil kesempatan beberapa kali mengenai hasrat utk membina jalan raya di Sabah.

"Saya merayu Tun Razak berkali kali samada di Kabinet atau di rumah beliau. Saya katakan Tunku Abdul Rahman melantik saya dahulu sebagai Menteri Sabah iaitu wakil kerajaan Sabah. Apalah guna kini saya menjadi Menteri Kerjaraya tapi di Sabah sendiri era 70 an belum ada jalan raya keluar dari bandar2 besar. Sedangkan di Semenanjung sudah ada jalanraya dari Utara ke Selatan.

"Akhirnya suatu petang Tun Razak beritahu saya beliau menyuruh saya pergi ke Jepun atas kapasiti mewakili kerajaan memohon pinjaman daripada Yen Finance."

"Saya pun terus maklumkan berita gembira itu kpd Tun Mustapha dan Tun Fuad Stephen. Mereka suruh saya segera ke Jepun membuat pinjaman tersebut. Tidak silap saya kos membuat jalanraya dari KK ke Ranau ketika itu bernilai RM 120 juta. Ia suatu jumlah yg byk ketika itu. Ia adalah jalanraya pertama dari KK kawasan pendalaman," ujarnya.

Tuan Ibrahim dan rakan2 ada ramai dlm kabinet dlm PAS. Dulu mertua sorang2 saja perjuangkan nasib Sabah. Jadi ambillah peluang ini utk bangunkan infrastruktur rakyat Kelantan yg tertinggal akibat dendam politik berpanjangan. Apalah guna PAS menjadi kerajaan sdgkan nasib rakyat Kelantan yg 30 tahun menyokong mereka tidak diperjuangkan.

Gambar mertua dan Tun Fuad Stephen adakala terpaksa menarik kereta kerana jalan gravel atau masih berlumpur terutama jika musim hujan. Perjuangan mereka akhirnya berhasil.

No comments: