VATERAN PAS TOLAK PANDANGAN HADI AWANG

AS I 👀

Ini pandangan saya


.Image result for hadi awang




Orang-orang veteran dalam PAS yang masih dalam PAS menolak   agenda Hadi dan kumpulan takfirinya. Tetapi kerana mereka sayang kepada PAS, kebanyakan mereka tidak berjawatan tetapi bekerja keras memenangkan PAS setiap kali pilihanraya. Berkorban masa dan wang ringgit serta kederat semua kerana Allah Taala.

Mereka wala' kepada dasar PAS iaitu hadis dan al Quran dan masih menyimpan hasrat dan niat bahawa Islam akan memerintah bumi bertuah ini satu hari nanti. Pemerintahan adil dan harmoni seperti zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat menjadi matlamat setiap ahli. Orang Islam manalah tak kira bangsa yang tidak ingin melihat Islam gemilang dan dijulang? Walau dari parti UMNO, AMANAH, PKR, PPBM pasti mau Islam diangkat tinggi. Dalam perlembagaan termaktub  walau perlembagaan ditulis British yang kufur. Islam itu hak Allah. Pahatkan dalam otak setiap Muslim barulah kebenaran dapat dilihat. Tanpa PAS pun Islam tetap teratas dan  terpelihara oleh Pemiliknya.

Untuk Veteran ini biar mereka dalam PAS. Undi mereka yang diperlukan. PRU 14 tidak sedikit undi yang diberikan oleh veteran PAS khusus di Selangor sehingga 1 kerusi yang tinggal. Jangan sakitkan hati mereka dengan mengeji PAS, kerana dasar parti mereka adalah al Quran dan Hadis. Saya sendiri terguris dan sedih apabila dasar PAS dinodai oleh Hadi dan kumpulan pencinta kuasa dan kereta!

Yang PKR (saya tidak mahu sebut PH, kerana saya tidak lagi tahu halatuju AMANAH dan DAP) perlu lakukan ialah mengguna satu kaedah menyerlahkan kegilaan pemimpin PAS terhadap kuasa dan kesombongan mereka setelah mendapatnya serta sikap mereka memperlekehkan pengundi mereka. Contoh terbaik ialah ialah kenyataan Nik Amar, minum air kroh, air telaga boleh jadi Exco dan Timbalan MB.

PKR wajar belajar dari walaun yang gigih menyebar fitnah. Bagaimana mereka bermain emosi orang Melayu sehingga terasa Islam diancam oleh DAP, WALAUPUN ia satu pembohongan. Bagaimana fitnah mereka berjaya mengujudkan persepsi Islam dihina dan menjadi tanggungjawab setiap Muslim mempertahankannya. Sedangkan semua itu bohong dan fitnah belaka. PKR tidak payah balas dengan menfitnah mereka pula, cukup dengan mengemukakan fitnah-fitnah mereka dan kesan terhadap kemajuan orang Melayu apabila percaya fitnah ciptaan PAS.

PKR TIDAK payah mengutuk atau memaki hamun seperti walauns cukup kemukan fakta yang benar dan hujah tepat menyedarkan pengundi supaya menafikan undi mereka kepada PAS.  Penting perdagangan agama yang sarat dengan fitnah dari pemimpin PAS dihentikan. PAS adalah parti yang mempunyai dasar al Quran dan Hadis relevan sepanjang zaman, sayangnya diseleweng pemimpin yang kecundang dengan habuan dunia. PKR mesti ambil peranan menyedarkan ahli bawahan PAS untuk tidak memanjangkan hayat karier pimimpin gila kuasa sehingga sanggup mengeluarkan dalil-dalil bertentangan dengan bukan sahaja Islam malah peradaban manusia bagi menghalalkan perbuatan songsang mereka! PKR MESTI MEREFORMASIKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA menghentikan tabiat memenangkan pemimpin yang sayangkan diri dan kroni dan meletakan kepentingan mereka mengatasi rakyat dan negara.

KakIda6060




No comments: