TIADA SIAPA DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN. CUMA ADA USAHA KHIANATI JANJI


ibrahim mat isa


Tidak ada siapa yang mendesak Mahathir letak jawatan. Yang kami mahukan ialah buat ketetapan tarikh penyerahan kuasa itu sahaja. Itu pun Mahathir tak boleh faham bermaksud memang beliau ada hati mahu khianati janji.

Dalam ucapan-ucapan pasca Langkah Sheraton beliau kerap menyebut tak mahu Anwar sebagai PM8. Tak payah pusing cakap, semua penyokong makan nasi, kami bukan makan taik sampai tak boleh fikir.

Mana-mana saki baki DNA UMNO dalam PH sila keluar dengan hormatnya. Tak payah bergaduh. Kita bukan berebut puki, pentadbiran negara mesti diuruskan oleh orang yang jujur, amanah dan berpegang janji...!

Tiada penerangan foto disediakan.


Kenyataan Media Bersama Ketua Armada Bersatu Perak dan Ketua-Ketua Armada Bersatu Bahagian Perak.
Armada Bersatu Perak menyokong penuh kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU sebagai Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Perikatan Nasional. Armada Bersatu Perak juga menyokong atas segala usaha YAB Tan Sri Presiden Bersatu dalam memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.
Armada Bersatu Perak juga mahu menyatakan bahawa pengkhianat kepada Pengerusi Bersatu Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Pakatan Harapan yang didokongi oleh PKR, DAP dan Amanah bila mana ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama dalam gabungan Pakatan Harapan, kebanyakan pemimpin ketiga-tiga parti ini terutamanya DAP dan PKR tidak berhenti-henti mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya ketika itu.
Pakatan Harapan juga diperingkat awalnya mencalonkan Anwar bin Ibrahim selaku calon Perdana Menteri namun membuat ‘U Turn’ menyokong kembali Tun Dr Mahathir Mohamad setelah melihat sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak mencukupi dan amat lemah.
Antara bukti jelas pengkhianatan parti komponen Pakatan Harapan terhadap Bersatu ialah rakaman video seorang ADUN DAP Perak yang membuat rancangan jahat untuk menjatuhkan Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu selaku Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak semasa Kerajaan Pakatan Harapan Perak memerintah.
Jesteru itu, Armada Bersatu Perak menolak sebarang usaha pihak tertentu untuk mengadakan kerjasama semula bersama Pakatan Harapan. Armada Bersatu Perak berikrar akan terus bekerja kuat untuk BERSATU dan Kerajaan Perikatan Nasional.
Mohd Hafez Mubin b. Mohd Salleh
Ketua Armada Bersatu
Perak Darul Ridzuan


No comments: