Wirid kematian Adib berbulan-bulan dilakukan oleh pemimpin PAS dan walaun bawahan. Sebaik sahaja mereka menjadi kerajaan tebuk atap @ Kerajaan PN,tak berbunyi lagi isu pembelaan kematian Adib di kalangan macai & walaun.
Bukti jelas betapa mereka hanya bermain politik dan sentimen perkauman serta menjadikannya ianya sensasi demi menjatuhkan untuk PH melalui khianat dan tebuk atap.
Terkini dan sangat baru, kematian koperal Safwan Mohammad Ismail, di mana perginya pejuang melayu di kalangan macai dan walaun?
Tak wirid pulak kes langgar mati walhal kematian semasa menjalankan tugas juga sama macam Arwah Adib.
Menteri-menteri PN pun senyap, maklumlah sedang menikmati ghanimah yg penuh kenikmatan sementara hasil bersekutu dengan geng pengkhianat dan rompakan kerajaan malah tebuk atap lagi.
PN cybertroopers hilang dari radar berdepan isu kematian Adib dan Koperal Safwan sejak PN menjadi kerajaan Kerajaan Tebuk Atap.
Pergeseran sesama sendiri UMNOBN+PAS vs BERSATU dalam masa 2 bulan pertama menjadi kerajaan Yang dikenali PN (juga dikenali kerajaan pintu belakang & kerajaan tebuk atap) mungkin mengakhiri riwayat politik Muhyiddin & AZMIN juga para sekutu tidak lama lagi atau di PRU15.
Tak kurang 4 agamawan PAS jadi Menteri, Timbalan Menteri dan duta khas bertataf Menteri tetapi senyap membisu isu kematian Koperal Safwan umpama syaitan bisu yang terkurung di bulan Ramadhan.
- Johar Ismail-