Krisis Covid-19: Libatkan semua pihak, segera bangunkan strategi jalan keluar

Krisis Covid-19: Libatkan semua pihak, segera bangunkan strategi jalan keluar

Data terkini berhubung Covid-19 yang menunjukkan petanda bahawa Malaysia telah berjaya melepasi kemuncak gelombang kedua penularan wabak Covid-19, memerlukan negara segara membincangkan strategi jalan keluar melibatkan semua peringkat kerana ia bukan soal krisis kesihatan semata tetapi juga soal ekonomi.
Inilah juga sebabnya mengapa mesyuarat tergempar Parlimen, walaupun melalui maya, perlu segera diadakan dan dijadikan keperluan utama, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kata beliau, Malaysia perlu membangunkan strategi jalan keluarnya sendiri yang mesti memenuhi tujuan bagi memastikan virus Covid-19, biarpun belum dapat dihapuskan sehingga ada vaksinnya, tetapi berupaya menghidupkan semula jentera ekonomi bagi membolehkan kehidupan sebolehnya menjadi normal semula.
Jelasnya, pembahagian zon mengikut warna di negara ini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh dijadikan asas kepada strtegi jalan keluar bagi mengawal dan memudahkan pergerakan.
“Tetapi perkembangan mengenai pembahagian zon mengikut warna perlu itu dikemaskini setiap hari supaya kesan serius penularan Covid-19 tidak tertumpu ke pelbagai daerah di negara ini,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu melalui bolgnya hari ini.
Zon merah merujuk kepada daerah yang mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19, jingga daerah 21 hingga 40 kes positif, kuning bagi daerah satu hingga 20 kes positif dan hijau bagi daerah tanpa kes.


No comments: