BAGAIMANA MEREKA BOLEH TIDUR MALAM?” - BEE YIN



Bagaimana seseorang yang berdepan dengan 47 pertuduhan melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi, kini sedang berbincang dengan Perdana Menteri berhubung senarai barisan Kabinet?

Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin yang mempersoalkan bagaimana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit dengan banyak pertuduhan rasuah diberikan ruang terlibat dalam perbincangan untuk senarai Kabinet baharu.

"Saya secara serius tidak faham bagaimana ahli-ahli Parlimen yang telah melompat ke sebelah sana boleh tidur malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Perbicaraan kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahmad Zahid hari ini dilaporkan ditangguh esok.

Ini kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu berbincang dengan Perdana Menteri baharu, Muhyiddin Yassin untuk membentuk kabinet baharu di Putrajaya.