JELAJAH EZAM SAMPAI KE KUANTAN, MALAM INI AHAD (16/2/20) DI HOTEL MANDURAH, BESERAH*


Apakah tujuan kami mengadakan program ini? Tujuannya hanya satu iaitu untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang mengapa peralihan kuasa PM perlu berlaku mengikut semangat dan persafahaman di dalam PH sepertimana yang dijanjikan di dalam PRU14.

Program malam ini di Kuantan adalah anjuran reformis Pahang yang para pendokongnya terdiri dari berbagai parti dan tidak berparti. Tiada penglibatan atas nama mana-mana parti atau melibatkan pimpinan utama parti yang dijemput.


Kami di Pahang bersedia menerima sesiapa sahaja secara individu atau NGO yang menyokong perjuangan kami dan mendokong hasrat untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8 sejajar dengan janji PH. Kami sedar, di dalam Keadilan sendiri bahkan di kalangan NGO reformasi tidak semuanya bersetuju dengan gerakan bersama Ezam. Kami menghormati pendirian mereka atas hujah2 mereka dan kami yang menyokong gerakan ini juga mempunyai hujah2 kami. Apa yang penting, perbezaan di antara kami itu hanya perbezaan dari segi pendekatan sahaja tetapi prinsip dan matlamat kami sama iaitu tiada kompromi untuk memungkiri janji peralihan kuasa apatah lagi untuk cuba mengkhianatinya.

Saya akan menjelaskan lebih lanjut mengapa gerakan bersama Ezam ini kami terima sebagai salah satu pendekatan untuk memantapkan lagi kerajaan PH di dalam program malam nanti. Sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir. Tempat adalah terhad.

*WFAUZDIN NS*





No comments: