PERALIHAN KUASA YANG PALING DITAKUTI



Peralihan kuasa Perdana Menteri di pertengahan penggal pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang asing, malah telah berlaku beberapa kali sebelum ini.
Tun Hussein Onn menyerahkan jawatan kepada Tun Mahathir Mohamad pada 1981, Tun Mahathir menyerahkan kuasa pada Tun Abdullah Badawi pada 2003 dan Tun Abdullah melakukan peralihan kuasa kepada Najib Razak pada 2009, semuanya berlaku dipertengahan penggal.
Tetapi, berbanding semua peralihan kuasa itu dengan peralihan kuasa di pertengahan penggal yang bakal dilakukan oleh Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim, peralihan kuasa inilah yang paling ditakuti sekali.
Kenapa ketika itu, tidak wujud cecehan seperti perlu sokongan Ahli Parlimen terlebih dahulu dan sebagainya?
Pas takut, UMNO takut dan pihak dalam PKR serta PH sendiri pun ramai yang takut juga.
Apa yang mereka takutkan?
Pas yang berdagang dengan Islam untuk mandaat politik adalah pihak yang nampaknya paling takut sekali jika peralihan kuasa itu menjadi kenyataan dan Anwar menjadi Perdana Menteri.
Macam-macam usaha dan macam-macam kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan Pas untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, seolah-olah mereka tidak percaya lagi kepada Qada dan Qadar Tuhan mengenai ketentuan sesuatu kejadian.
Kadang-kadang, daripada semua kenyataan itu, bukan saja ternampak kartun dan lawaknya, tetapi juga menyerlah sisi hitam dan dengki pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam dengan ayat-ayat Al-Quran tidak pernah lekang daripada bibir mereka.
Barangkali, untuk menolak Anwar menjadi Perdana Menteri, tidak mustahil ada dalam parti itu yang turut berdoa secara diam-diam mengadu kepada Tuhan.
Cuma, yang mungkin belum dilakukan Pas setakat ini ialah bersolat hajat secara beramai-ramai di tengah padang saja lagi.
Kenapa Pas begitu sukar menerima hakikat perjanjian peralihan kuasa yang sudah sedia wujud dalam PH dan hanya tinggal untuk dilaksanakan saja lagi pada Mei ini?
Bukankah Pas pernah berkata, kerjasama parti itu dengan UMNO melalui Muafakat Nasional mampu menang sekurang-kurangnya 132 kerusi Parlimen dalam PRU15 akan datang?
Jika begitu, mengapa masih takut dengan Anwar untuk berlawan secara sah dalam gelanggang pilihanraya nanti?
Apakah apabila Anwar jadi Perdana Menteri, harapan untuk menang 132 kerusi itu sudah tiada lagi?
UMNO pula, walaupun baru dua tahun hilang kuasa, ramai juga dalam parti itu yang sudah mengelabah tak tentu pasal menjelang peralihan kuasa kepada Anwar yang bakal menjelang tiba.
Macam-macam gerakan yang mereka lakukan, termasuk berpakat dengan pihak tertentu dalam PH atau melompat katak menyertai Bersatu.
Kenapa mereka begitu takut Anwar jadi Perdana Menteri?
Adakah mereka rasa jika peralihan kuasa berlangsung dengan jayanya, maka tempoh UMNO bergelar pembangkang akan menjadi lebih lama?
Atau apabila Anwar jadi Perdana Menteri, era untuk menyamun sepertimana 60 tahun sebelum ini akan terlubur dengan sendirinya?
Dalam PH pula, pihak tertentu dalam PKR dan Bersatu adalah yang paling menyerlah ketakutannya dengan Anwar menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir.
Mereka ini juga merancang pelbagai usaha dan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menyerlahkan ketakutkan itu, tetapi jika diperhati, semuanya adalah bersabdarkan kepentingan diri dan isi poket semata-mata.
Sandaran penolakan mereka bukan berasaskan apa-apa kepentingan lain yang melibatkan rakyat, orangramai atau negara.
Begitu pun, apakah PH, khususnya Majlis Presiden harus sama mengalah dan akur dengan ketakutan mereka itu dan mahu membiarkan saja isu peralihan kuasa ini menjadi perbualan, malah memecah-belahkan atau mahu meletakkan titik penamat pada mesyuarat 21 Februari ini demi kelangsungan masa depannya? (ShahbudinHusin 16/02/2020

No comments: