TOKOH HEBAT DARI SABAH.PEMECATAN BELIAU DILIHAT JAUH DARI AGENDA REFORMASI SABAH



Tun Razak

Di Pemilihan Keadilan 2018 lalu seramai 5,700++ penyokong Raymond Ahuar keluar mengundi untuk beliau dan ini pun pemilihan kali kedua selepas pemilihan Cabang Pensiangan yang pertama dibatalkan..

Dianggarkan seramai 7,000++ penyokong Raymond Ahuar hadir pada Pemilihan Cabang Pensiangan kali pertama.. Walau hanya 4,472 undi beliau yang dikira menewaskan pencabarnya yang hanya mendapat 633 undi, namun belum ada sejarah seorang calon mendapat 4,472 undi malah belum ada satu cabang di Malaysia mempunyai 4,472 pengundi yang keluar mengundi pada Pemilihan Keadilan..

Sayangnya rakyat Pensiangan kepada beliau sanggup hadir ke pusat pengundian seawal jam 6 pagi dan hanya beredar jam 9 malam demi menyambut kemenangan "Kalawon" yang mereka sayangi..

Inilah yang menyebabkan beliau digeruni dan dihormati lawan dan kawan beliau.. Lawan sudah tentu akan melawan, rakan belum tentu ada yang setia.. Pemimpin sudah tentu ada yang menggunakan kekuatan beliau untuk mengukuhkan parti dan tidak mustahil ada "pemimpin" yang akan "pancung" beliau kerana kekuatannya mampu mencabar kedudukan "pemimpin" berkenaan..

Banyak fitnah dilemparkan kepada beliau namun belum ada satu pun dibuktikan sahih.. Walau telah menjadi kerajaan beliau tidak pernah berhenti memperjuangkan tanah adat, suku kaum serta menentang korupsi dan penyalahgunaan kuasa..

Saya yakin insan ini akan terus bersuara walau tanpa sebarang jawatan yang besar.. Saya berdiri teguh bersama Pahaka Raymond Ahuar..

#KalawanPensiangan
#SolidaritiRaymondAhuar
#ThePowerOfRaymondAhuar


No comments: