Ketua Pemuda PH Sabah dipecat kerana lapor pembalakan atas tanah adat kepada SPRM



Ketua Pemuda Pakatan Harapan Sabah, dipecat dari tugas rasminya sebagai Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah.


Raymond Ahuar dipercayai dibuang kerja kerana membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang kegiatan pembalakan atas tanah adat di Nabawan. 

Ketua Pemuda PKR Sabah itu dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, mendakwa
beliau dimaklumkan secara peribadi mengenai pemecatan itu oleh bossnya, Christina Liew. 

Pemecatan itu juga dikatakan dicadangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan mendapat sokongan majoriti menteri kabinet negeri.

Raymond yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) berkata, Liew memaklumkan beliau dipecat berikutan surat lawatan kerjanya ke Nabawan, sebuah daerah di kerusi Parlimen Pensiangan pada 12 Feb.

Lawatan itu diadakan berikutan aduan daripada masyarakat Murut mengenai syarikat pembalakan yang melakukan aktiviti pembalakan di atas tanah adat mereka.

“Saya hairan mengapa ia menjadi sebab pemecatannya sedangkan beliau telah membuat banyak lawatan ke kawasan itu sejak dilantik pada bulan Julai 2018.”

"Saya sentiasa turun padang dan lawatan seperti itu adalah biasa.

"Saya masih tunggu surat pemecatan rasmi, yang saya harap akan mengandungi sebab mengapa saya dipecat," katanya.

Bimbang aktiviti pembalakan, seperti lawatan kerja yang lain, Raymond mengeluarkan laporan susulan lawatannya ke Tatalaan II, Nabawan.

Laporan itu dilihat menyatakan kebimbangan mengenai syarikat pembalakan yang masih belum memulakan kerja-kerja pengukuran pecah geran.

Ini menyebabkan kelewatan kepada penduduk tempatan untuk menerima geran plot individu atas tanah milik masyarakat terbabit.

Beliau menggesa pihak berkuasa bertindak kerana syarikat itu telah melakukan aktiviti pembalakan melebihi 1,000 hektar di kawasan berkenaan dan permit syarikat itu tamat pada 7 Mac.

Raymond berkata beliau juga melihat kemusnahan alam sekitar yang teruk akibat aktiviti pembalakan termasuk pengurusan sisa minyak yang tidak teratur.

Laporan bertarikh 13 Feb itu tidak dikeluarkan oleh pejabat Liew tetapi melalui NGO Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia, yang mana Ahuar merupakan presidennya.

Laporan itu dikemukakan kepada Shafie, Liew, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah serta agensi-agensi kerajaan negeri yang lain.

Raymond memegang jawatan sebagai setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri selama 1 tahun 6 bulan.

Menerima pemecatan tersebut dengan hati terbuka, Raymond berkata beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat Sabah atas kapasiti yang Lain.

No comments: