SAIFUDDIN SELESAIKAN MASAALAH PENDUDUK YANG LAMA MENDERITA KEMUDAHAN YANG ROSAK



Program balik kawasan yang padat kali ini diakhiri dengan perjumpaan bersama penduduk Flat Taman Mas, Pantai Jerejak.

Flat 13 tingkat dan 104 unit ini siap dibina pada tahun 1996. Penduduk flat ini mengalami dua permasalahan besar, iaitu bumbung dan piping bocor yang menjejaskan kehidupan isi rumah di banyak unit.



Kos kerja-kerja pembaikan bumbung dianggarkan berjumlah RM 81,775 dan kos kerja-kerja penukaran paip dianggarkan berjumlah RM 89,000.

Disebabkan kos yang banyak, Perbadanan Pengurusan Flat Taman Mas telah mendekati pejabat DUN saya untuk nasihat dan bantuan.

Alhamdulillah, kami berjaya mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui "Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang" yang bersetuju menanggung 80% daripada kos pembaikan.


Baki 20% perlu ditanggung oleh Perbadanan Pengurusan Flat. Namun begitu, setelah permohonan daripada para penduduk Flat, Pejabat DUN saya bersetuju menyumbang RM 16,355, iaitu baki 20% untuk pembaikan bumbung.

Peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Pejabat DUN Pantai Jerejak ini telah mengurangkan secara signifikan kos yang perlu ditampung oleh penduduk setempat.

Sebagai ADUN Pantai Jerejak, saya akan meneruskan usaha membela dan menjaga kebajikan warga Pantai Jerejak bagi menjamin keselesaan dan keselamatan rakyat terbanyak.


No comments: