Orang politik jangan jaja isu kaum naik populariti
Orang politik perlu berubah sikap dengan berhenti dari memanipulasi isu perkauman untuk meraih sokongan terutama ketika isu kaum di negara ini dilihat semakin meruncing.
Exco Agama Armada Bersatu Nasional, Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, orang politik mempunyai pengaruh dan setiap tindak tanduk mereka menjadi ikutan penyokong mereka.
“Kata-kata ahli politik itu bagaikan ‘wahyu’ dan apabila dia kata sesuatu ia akan jadi pegangan dan akidah politik (kepada penyokong mereka).
“Sebab itu orang politik perlu dididik (agar) mempunyai tanggungjawab.
“Setiap apa yang mereka lakukan, apa yang di’tweet’ dan ditulis (di media sosial) itu akan diikut rentaknya oleh rakyat dan netizen,” katanya.
Abu Hafiz sebelumnya bercakap pada program SinarLive: Bukan Cakap Kosong bertajuk ‘2020: Sampai Bila Rasis?’ yang dianjurkan Sinar.
.
Mengulas lanjut, Abu Hafiz berkata, pimpinan muda setiap parti di negara ini perlu berani menegur pemimpin-pemimpin senior yang memainkan isu perkauman kerana orang muda yang akan mewarisi negara ini pada masa akan datang.
.
Mengulas lanjut, Abu Hafiz berkata, pimpinan muda setiap parti di negara ini perlu berani menegur pemimpin-pemimpin senior yang memainkan isu perkauman kerana orang muda yang akan mewarisi negara ini pada masa akan datang.
“Yang kita wariskan negara ini puluh-puluh tahun akan datang adalah anak-anak muda dan kalau kita benarkan tokoh-tokoh senior politik memainkan isu ini, yang akan rugi adalah kita.
“Oleh yang demikian pimpinan muda perlulah berani untuk menegur pimpinan senior (tetapi) dengan bahasa yang lunak dan baik,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Faizuddin berkata, isu rasis tidak akan berakhir sekiranya orang politik tidak mahu keluar dari kepompong lama.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador merayu pemimpin dan ahli politik di negara ini berhenti bermain isu perkauman yang boleh menggugat perpaduan dan mengancam keselamatan negara. –