Apakah tindakan SPRM mendedahkan audio tersebut sebagai suatu yang beretika?





Apakah tindakan SPRM mendedahkan audio tersebut sebagai suatu yang beretika?

Samada ianya beretika atau tidak, bergantung kepada pelbagai pandangan. Ianya subjektif. 

Negara ditadbir secara perundangan.  Sekiranya tindakan SPRM itu dilihat bercanggah dengan undang-undang, pihak-pihak berkepentingan boleh ambil tindakan secara perundangan ke atas SPRM. Tiada halangan ke atas mana-mana pihak untuk mengambil tindakan perundangan. Menuduh SPRM tanpa berani mengambil tindakan undang-undang ke atas SPRM juga adalah perbuatan tidak beretika.

Saya melihat apa yang dilakukan oleh SPRM hampir sama dengan tindakan yang dibuat oleh Department Of Justice (DOJ), Amerika Syarikat di dalam mendedahkan salahlaku kleptokrasi MO1 dan kuncu-kuncunya pada tahun 2016.

Ianya kontroversi tetapi secara keseluruhannya yang mendapat manfaatnya ialah rakyat. Rakyat mendapat maklumat yang benar tentang apa yang berlaku tentang salahlaku pemimpin yang berkuasa.

Kecualilah sekiranya ada rakyat yang membenci kebenaran dan menyokong pembohongan.

Jamzuri Ardani

No comments: