Tun Mahathir tidak perlukan sokongan Pas
PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad tak perlukan sokongan PAS untuknya terus kekal mentadbir negara.
Katanya, beliau hanya memerlukan sokongan lebih 50% wakil rakyat sedia ada dan jumlah wakil rakyat Pakatan Harapan adalah lebih daripada itu.
“Saya perlukan sokongan sekurang-kurangnya lebih 50% wakil rakyat. Saya tak perlukan sokongan PAS kerana PH ada lebih separuh kerusi dalam Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kilang baharu Metrod Holdings di Klang hari ini.
No comments:
Post a Comment