KALAU ANDA TERJUMPA AKHBAR INI..ATAU ADA KEPERLUAN KHAS TERUTAMNYA DALAMKECEMASAN
1..Nak terberak tiada air..dan kebetulan ada 2 akhbar dalam kereta anda iaitu sinar dan utusan malaysia...maka ambil lah akhbar ini buat sapu2 kat mana yang patut.
2..Kalau cuci kereta dan untuk nak mengelak dari kotor bahagian dalam kereta anda..maka elok lah lapik kaki surat khabar ini sebagai alas kaki ......
3..dan sekiranya anda ke mana-mana ceramah...jangan dibeli akhbar ini.. kecuali kalau terjumpa tepi jalan..atau kalau ada yang memberinya...elok buat lapik duduk dengar ceramah Pakatan Rakyat....
....elok lah bawa-bawa la taubat dok menipu Melayu bangang yang dok caya fitnah akhbar ni....
Utusan Merendahkan Martabat Kewartawanan Malaysia
Oleh Wira Arjuna
KOMENTAR : Pada tahun 2001, Hakim Mahkamah Rayuan Shaik Daud Ismail menyatakan bahawa cermin kereta para hakim digelapkan bukan atas sebab keselamatan diri tetapi demi menutup malu mereka.
Kenyataan ringkas beliau mencerminkan penghinaan yang ditempuhi badan kehakiman kerana terpaksa ikut telunjuk Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad.
Pada hari ini pengamal satu lagi cabang demokrasi di Malaysia mungkin terpaksa mengikut jejak hakim menggelapkan cermin kereta bagi menutup aib – iaitu wartawan.
Setiap mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam bidang kewartawanan dicengkam dengan rasa kesal, mual atau marah dengan laporan Utusan Malaysia, kononnya ada usaha pihak gereja untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.
Laporan muka depan Utusan Sabtu lalu itu dipetik dari dua blog pro-Umno.
Dua laman berkenaan adalah antara puluhan blogger dalam alam siber yang saban hari mengitar fitnah, tohmahan, rekayasa dan apa sahaja untuk memenuhi agenda sempit Umno.
Tindakan Utusan menyiarkan berita sedemikian tanpa menyiasat sendiri kesahihannya ataupun mendapatkan penjelasan serta merta daripada pihak Gereja jelas tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan.
Mungkin universiti-universiti tempatan perlu membuat kajian – sejak bila khabar angin, desas-desus dan fitnah dalam blog boleh dijadikan bahan berita, malah tajuk utama sebuah akhbar seperti Utusan Malaysia.
Antara nasihat pertama yang diberikan kepada setiap wartawan dalam mana-mana media ialah keperluan untuk melaporkan sesuatu secara bertanggungjawab dan amanah.
Utusan tidak terkecuali daripada tanggungjawab ini – namun berulang kali akhbar ini menyiarkan laporan-laporan yang tidak tepat dan bertujuan untuk membakar sentimen perkauman Melayu.
Sabtu 7 Mei 2011 adalah kemuncak segala penyelewengan kewartawanan Utusan apabila akhbar itu menfitnah sekumpulan paderi Kristian semata-mata untuk membakar hati dan naluri kaum Melayu supaya bernaung di bawah Umno.
Detik hitam itu bukan setakat memalukan warga kerja Utusan Malaysia tetapi mengaibkan seluruh warga media di negara ini.
Ini kerana suka tidak suka, tindakan Utusan bererti semua “ahli’ profesion media di Negara ini seolah-olah membenarkan fitnah di cetak dan disebarkan seluas-luasnya atas nama kebebasan media.
Wartawan malu kerana saban hari, akibat tindakan Utusan dan TV3 khususnya, ungkapan “media arus perdana” di negara ini dikaitkan dengan kongkongan dan kawalan Umno, berita yang ditapis dan fakta yang direkacipta atau diputar belit.
Ini realiti media di negara ini. Sesiapa yang mengatakan akhbar, stesen televisyen, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, (Bernama) di negara ini tidak menerima panggilan telefon dan arahan daripada Pejabat Menteri dan Perdana Menteri hanya menipu diri sendiri.
Tindakan Utusan menyiarkan fitnah dari laman blog bagaimanapun menganjakkan imej tercalar media Malaysia ke paras baru yang hodoh dan menjijikkan.
Apabila berita yang tidak sahih boleh menghias muka depan sebuah akhbar yang menggelar dirinya penyebar fikiran rakyat, ia petanda jelas nilai-nilai murni kewartawanan di negara ini makin deras menuju ke liang lahad.
Laporan yang memetik blogger, tanpa diuji ketepatan fakta dan impak ke atas masyarakat akan menjadi cita rasa terbaru Utusan demi memenangkan Umno pada pilihanraya umum akan datang.
Persetankan keselamatan negara dan perpaduan rakyat yang tersedia rapuh, asalkan maksud politik tercapai, mungkin itu yang difikirkan oleh Lembaga Pengarang Utusan.
Nampaknya usaha Utusan untuk membakar sentimen Melayu sudah berhasil sekurang-kurang di kalangan juak-juak Umno. Perkasa kini mencanang retorik kononnya unsur-unsur Komunis kini menyusup masuk NGO dan pertubuhan politik untuk mencabar kedudukan Islam di negara ini.
Perkasa dan pelbagai NGO pro Umno lain turut membuat laporan polis. Yang disasarkan bukannya Utusan dan blogger terbabit tetapi perjumpaan paderi-paderi yang dimaksudkan.
Di Jakarta, Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadiri sidang ASEAN turut menangguk di air keruh dengan “menjanjikan” siasatan menyeluruh.
Apakah agaknya perasaan penganut Kristian di negara ini apabila paderi-paderi utama mereka di panggil seorang demi seorang ke Ibu Pejabat Polis untuk memberi keterangan.
Utusan, Umno, Perkasa dan Perdana Menteri harus jawab siapa yang sedang bermain dengan api perkauman.
Rasanya semua tahu bahawa sebaik sahaja Utusan menyiarkan laporan sensasinya Sabtu lalu, semua pihak yang berkaitan sudah membuat penafian dan penjelasan khususnya di alam siber,
Penjelasan itu berpaksi kepada hakikat perjumpaan yang dimaksudkan TIDAK langsung menjurus kepada apa yang dilaporkan oleh Utusan, mahupun dua blogger berkenaan.
Yang menarik adalah tidak ada seorangpun Menteri yang berani menegur Utusan kerana keterlanjurannya itu.
Menteri yang paling diharap akan berbuat demikian – Datuk Seri Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bagaimanapun bertindak mengikut kepentingan Umno.
Beliau menyalahkan pembangkang kerana kononnya mempolitikkan agama dan mencetuskan kemarahan penganut Kristian – sesuatu yang langsung tidak ada kena mengena dengan isu yang dipersoalkan.
Hishamuddin juga menyifatkan sebarang gerakan untuk menukar agama rasmi negara ini akan meletakkan seluruh negara dalam bahaya – kenyataan halus yang menunjukkan Umno-Utusan bersekongkol untuk menyemarakkan api perkauman pengundi Melayu.
Tahun lalu permit Suara Keadilan – lidah Parti Keadilan Rakyat dibatalkan hanya kerana mencadangkan Felda mungkin bankrap akibat pemborosan dan salah guna wang yang keterlaluan.
Jika “kesalahan” itu menerima hukuman sebegitu berat, tentunya laporan ”Kristian Agama Rasmi” oleh Utusan yang bertujuan menyalakan api perkauman harus mengundang respon jauh lebih tegas dari KDN.
Namun percayalah, tidak ada apa yang akan berlaku kepada Utusan. Bak kata pepatah Inggeris “Business as usual” untuk akhbar kawalan Umno meneruskan agenda kewartawanan yang mengaibkan semua yang terlibat dalam industri ini.