Kenyataan Media Bersama Pertubuhan Masyarakat Madani

Kenyataan Media Bersama Pertubuhan Masyarakat Madani


> *Heret **Israel** Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa Hague, Pelan Damai
> Untuk Mewujudkan Negara Palestin*

>
> * *
>
> Kami, Pertubuhan masyarakat madani seperti di bawah, mengutuk
> sekeras-kerasnya tentera laut Israel menyerang kapal menghantar barang
> bantuan kemanusiaan ke Gaza, menyebabkan kematian 9 orang dan lebih 30 orang
> cedera. Tindakan zalim dan pembunuhan Israel terhadap sukarelawan
> kemanusiaan bertentangan dengan undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa;
> penyekatan barang bantuan kemanusiaan ke tangan orang palestin yang perlu
> diselamatkan, telah mencabul hak asasi manusia orang palestin untuk mendapat
> barang perlu kehidupan.
>
>
>
>
>
> Sungguhpun kerajaan Israel telah melepaskan 124 orang termasuk 12 orang
> warganegara Malaysia, kerajaan Malaysia harus mengambil tindakan terhadap
> jenayah yang dilakukan oleh Israel. Melainkan memanggil mesyuarat tergempar
> parlimen, kami menggesa kerajaan berpakat dengan Negara-negara lain yang
> berjuang prinsip hak asasi manusia bagi mengheret dan menghukum Israel di
> mahkamah jenayah antarabangsa Hague, menuntut keadilan untuk 9 orang
> mendiang dibunuh yang kurang nasib.
>
>
>
> Rakyat Malaysia juga disaran supaya terus meneliti perlakuan kejam dan
> penganiayaan Israel terhadap orang palestin serta bertentangan konvesyen
> antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – menduduki
> tanah palestin, membina kawasan kediaman di tanah yang diduduki, meroboh
> rumah dan mengusir orang palestin, membina tembok pemisah bagi menyekat
> tanah wilayah palestin secara haram, menutupi lima pintu masuk perbatasan di
> sekitar tebing barat – Israel dan Gaza – Israel dan mengawal pengedaran
> barangan, menyerang kawasan kediaman palestin dengan senjata api berat
> membunuhi ramai orang palestin yang tidak bersalah.
>
>
>
> Masyarakat antarabangsa mesti memberi tekanan berterusan kepada Israel
> supaya kembali ke meja perundingan dan meminta Amerika Syarikat tidak lagi
> membenarkan tindakan ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia Israel.
> Kedua-dua pihak harus menjalankan proses perdamaian semula, menginstitusikan
> satu pelan damai untuk mewujudkan sebuah Negara Palestin.
>
>
>
> Pertubuhan yang menandatangani :
>
>
>
> 1. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG
>

No comments: