Apa cerita ni YB?

Apa cerita ni YB?

Aku tak kira .. baik YB Pakatan tau pun pembangkang, yang tak betul kena cakap tak betul. Yang tak pandai, tak yah buat buat pandai.
Kat bawah ni kenyataan yang dibuat pada tahun 2008. Baca seluruh artikel...

Penyangak kaut RM100j
SHAH ALAM: Hasil `rompakan' membabitkan penggunaan hampir 2,000 lori sehari, penyangak pasir di seluruh Selangor didakwa mampu mengaut keuntungan lebih RM100 juta setahun dan jumlah itu baru membabitkan empat lokasi dikenal pasti setakat ini.

Dalam sehari, penyangak pasir mengangkut keluar sehingga 40,000 tan pasir untuk dijual kepada pihak industri berdasarkan anggaran setiap lori sekurang-kurangnya membuat satu penghantaran 20 tan pasir.

Akibatnya, seluruh kawasan terbabit bertukar daripada subur menjadi seolah-olah zon perang dengan permukaan tanah berlubang seperti dihentam bom.

Ketika mendedahkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari, berkata ia berlaku sejak lama dan semakin menjadi-jadi.

"Antara 350 hingga 400 lori mengangkut keluar pasir setiap hari dari empat lokasi dikenal pasti. "Keuntungan diperoleh itu hanya dibolot penyangak pasir sedangkan kerajaan negeri tidak mendapat hasil yang boleh digunakan semula bagi kepentingan rakyat," katanya di sini, semalam. Beliau mendedahkan perkara itu selepas melakukan tinjauan tiga jam dari udara bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, pagi semalam.

Empat lokasi dikenal pasti tumpuan utama penyangak pasir di Sungai Langat, Sempadan USJ 1, Bestari Jaya serta Kuala Sungai Sembah. "Walaupun penguatkuasaan dijalankan, penyangak pasir seolah-olah tidak kenal takut. Pada masa sama, kami kekurangan anggota penguat kuasa dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

"Bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan selain mendapatkan hasil kerajaan negeri bagi kepentingan rakyat, kami akan mengambil alih seluruh operasi mengorek pasir bermula 15 Ogos ini," katanya.

Pengambilalihan itu hanya membabitkan syarikat sah dalam kerja berkenaan dan sudah tamat tempoh permitnya manakala bagi kawasan diusahakan secara haram, kerajaan negeri akan terus menutupnya.

Menurut beliau, dengan mengambil alih seluruh operasi berkenaan, kerajaan negeri mampu menjana lebih RM100 juta setahun dan pihak industri akan diberi jaminan bekalan tidak akan berkurangan sebaliknya lebih baik dan menguntungkan kedua-dua pihak.

Selasa
8 Julai 2008
[ Sinar harian ]
Hari ni punya cerita ....
Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan perlombongan pasir di Selangor mencatatkan keuntungan RM1.11 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga Mac 2010.

Pada tahun 2009, KSSB mencatatkan keuntungan RM9.4 juta manakala September hingga Disember 2009, mereka mendapat untung RM1.99 juta.
- Harakah
Memang la perompak pasir ni dilahirkan sejak zaman gerombolan dulu .. tapi takkan la keuntungan selepas PR berada kat Selangor, jauh lebih rendah? Curi masih berlaku? Mana gi sasaran keuntungan? Khalid kena jelaskan .. jangan gagap gagap ..

Weyyy ... YB kat Selangor ni buat kerja main main ke?
Dah bagi pakai keta cantik pun tak kan susah sangat nak buat keje?

DARI BLOG WARTAMAYA