MUKRIZ TOLONG JAWAB LAGI


DARI MALAYSIAKINI



PKR: M'sia patut bangga dengan Anwar
May 17, 08 5:51pm


Rakyat negara ini seharusnya berasa bangga dengan penglibatan antarabangsa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Yayasan Masa Depan (FFF) dan bukan membuat tuduhan melulu seperti para pemimpin Umno, kata setiausaha agung PKR. "Rakyat Malaysia sepatutnya menyatakan rasa bangga apabila pandangan komuniti antarabangsa memilih Datuk Seri Anwar sebagai pengerusi lembaga pengarah FFF yang turut dianggotai oleh personaliti terkemuka dunia, dan juga memilih beliau sebagai salah seorang daripada 100 manusia berpengaruh di dunia - penghargaan yang buat pertama kali dianugerahkan kepada seorang rakyat Malaysia," kata Datuk Salehuddin Hashim hari ini.Dalam kenyataannya mengulas tuduhan Datuk Mukhriz Mahathir di Dewan Rakyat minggu ini, beliau berkata ahli parlimen Jerlun dan rakyat Malaysia harus berasa malu dengan penglibatan bapanya Tun Mahathir Mohamad telah didedahkan membuat bayaran sebanyak RM4.6 juta kepada pelobi Amerika Syarikat, Jack Abramoff, demi memastikan pertemuan antara mantan perdana menteri dan presiden George W Bush.