KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MENGAMALKAN SISTEM CAT


Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang telah dijemput untuk hadir dalam majlis perasmian Ibu Pejabat baru PKR Bahagian Bayan Baru. Dalam ucapan beliau yang menyentuh berbagai aspek pentadbiran kerajaan negeri Pualau Pinang, YB Lim menegaskan betapa sistem CAT yang baru diperkenalkan sebagai motto pentadbiran kerajaan Negeri membawa manfaat kepada semua.



“Tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac merupakan satu perubahan dari rakyat untuk menerima wakil-wakil Pakatan Rakyat berkhidmat kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia, khsusnya rakyat Pulau Pinang. Kita mengharapkan wakil-wakil Pakatan Rakyat yang boleh memimpin Negara supaya rakyat dapat memilih kehidupan yang lebih baik. Oleh itu dengan perasaan rendah diri saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat agar memberi kepercayaan kepada wakil-wakil PR untuk menerima amanah ini”

Beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang kini sedang memperkenalkan sistem CAT yang membawa makna competensi,akauntabiliti dan juga tranperansi yang mana ianya melihat kepada kepimpinan yang berkebolehan ,tranperansi , bersih dan amanah dan membelakangkan rasuah yang mana amalan rasuah menjadi amalan kerajaan yang lepas,dan itulah yang diminta rakyat sebenarnya.

“Kini kerajaan sedang berusaha meneruskan program memberi bantuan beras dan juga dengan cara ini kita sebenarnya ingin mengetahui bahawa ini adalah satu tanda dan mengingatkan kita bahawa ini merupakan satu sumbangan kerajaan negeri ,kita tahu kesusahan mereka dan kita harapkan mereka meneruskan kehidupan dengan sempurna”.demikian tegas Tuan YB Lim Guan Eng Lagi.

Bercakap soal pelaburan pula, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri sebelum ini kerugian hampir 7 Billion ringgit apabila sebuah syarikat dari German tidak jadi untuk melabur kerana kita mempunyai saluran paip gas tetapi tiada gas untuk di salurkan
Dalam jangkamasa 1 bulan setengah kebelakangan ini , kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM 1 bilion ringgit. Satu rekod bagi kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kita mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran, tetapi mereka tahu kita tidak ada pengalaman mengambil rasuah ,penyalahgunaan kuasa dan mengambil duit kopi.Inilah yang mereka mahu dari kerajaan kita hari ini”.demikian jelas Timbalan ketua Menteri lagi dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.


“Kita ikhlas sebenarnya untuk menerima sesiapa sahaja yang ingin berkhidmat untuk rakyat.Kita tidak mahu ada antara kita yang jika diminta berkhidmat kepada kerajaan Pusat,kita tidak akan menekannya.Baru-baru ini ada wakil dari parti pembangkang yang ingin berkhidmat kepada Pakatan Rakyat telah diberi amaran yang keras”,demikian jelas Tuan YB Lim Guan Eng dan beliau selanjutnya menegaskan bahawa dengan kekayaan yang kita ada,kita akan kongsi bersama rakyat.

No comments: