PRESIDEN PKR MERASMIKAN PUSAT KHIDMAT PKR PARLIMEN BAYAN BARU




Bayan Baru 17 Mei- Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini telah merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru di mana ahli perlimennya Dato Zaharin b Hashim.Pusat Khidmat tersebut yang terletak di tengah pusat Bandar Bayan Baru ini di sewa bertujuan untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang berada di bawah Parlimen Bayan Baru iaitu, DUN Pantai Jerejak,, DUN Batu Maung dan DUN Batu Uban.




Majlis kemudiannya menjemput Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah berucap dimana beliau dengan ucapan yang ringkas menegaskan bahawa betapa pentingnya wakil-wakil rakyat dalam parti PKR khususnya jika didapati tidak menepati matlamat perjuangan ,mengamalkan rasuah,dan juga tidak berkhidmat dengan baik kepada rakyat agar memberitahu terus kepada beliau , dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka. Majlis seterusnya menjemput YB Datin Sri merasmikan majlis pembukaan pusat Khidmat Parlimen bayan Baru ini dengan memotong reben belon sebagai tanda merasmikan pusat khidmat tersebut.

No comments: