YB YUSMADI MERASMIKAN RESTORAN CAPATI TERKENAL







YB YUSMADI YUSOF MERASMIKAN RESTORAN TERKENAL

OLEH :WRLR

Kulim 17 Mei- Rentoran masakan capati terkenal didaerah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Yusmadi Yusuf Ahli Parlimen Balik Pulau petang tadi. Restoran yang menyediakan masakan capati,roti jala,dan roti nans ini adalah cawangan yang kedua di Bandar Kulim.

Menurut tuan punya restoran Saudara Nazri atau Abang E ini, beliau memulakan perniagaan roti jala ini kira-kira 20 tahun yang lalu dengan bermodalkan RM80 sahaja, dan kini beliau boleh dikatakan mula menampakkan hasilnya setelah cawangan yang kedua kini telah dibuka.

Majlis pembukaan restoran ini dihadiri oleh masyarakat setempat,ahli qariah masjid dan juga pengunjung setia kedai beliau. Beliau yang kini membuka kedai dengan bermodalkan RM40 ribu kini mempunyai hampir 15 pekerja dan juga bercadang membuka dan mengembangkan lagi perniagaan ini di serata tempat.

No comments: