ZAHID JUMPA PMX ? UMNO TERDESAK BERUNDING ?


 

Wahh...SIASAT PEMIMPIN UMNO DIKIRA JATUHKAN MELAYU RCI TABUNG HAJI


 

AKMAL SALLEH MERENTAN, NAK KAYA BOLEH MASUK UMNO PROJEK & JAWATAN


 

PENDANG DIHALAU KELUAR DEWAN ! SPEAKER HILANG SABAR !


 

Catatan Reformasi Zunar | Kes Anwar: Kisah Jamal Amro cuba disogok USD200,000

 


Pada bulan Mei 2005, seorang individu bernama Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim. Siapakah dia ini?

Jamal Amro adalah seorang rakyat Palestin dan beliau menjalankan perniagaan menyewa limosin di Amerika Syarikat. 

Antara yang menggunakan khidmat limosinnya ialah menteri-menteri Kabinet termasuk Anwar (timbalan perdana menteri ketika itu). 

Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan satu insiden yang berlaku setahun sebelum Anwar dipecat pada 1998.

Jamal mendedahkan pada satu hari beliau membawa seorang pegawai tinggi kedutaan Malaysia di Amerika yang menyewa limosin miliknya. 

Ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. 

Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang USD200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan seks dengan Anwar. 

Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.

Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. 

Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. 

Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.

Tetapi seperti biasa keterangan Jamal Amro tidak diambil kira sebagai penting. 

Tetapi ia adalah satu pendedahan bahawa usaha memfitnah Anwar dilakukan jauh sebelum 1998 dan bukan hanya dilakukan di Malaysia saja.





Pas heret kemelut Negeri Sembilan, tuduh PH ‘langgar’ raja dan syarak, serang DAP lagi

 


Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi menjadikan Pakatan Harapan (PH) dan DAP sebagai sasaran dalam tulisan terbaharu Minda Presiden dengan mengaitkannya dengan kemelut politik dan adat di Negeri Sembilan.

Dalam tulisan bertajuk Kalangan Yang Jahil dan Zalim Menuduh Melayu Perkauman, Hadi pada awalnya menghuraikan soal kedudukan Melayu-Islam serta mempertahankan tindakan orang Melayu membela kepentingan bangsa daripada dilabel sebagai perkauman.

Namun, tulisan panjang itu kemudian beralih kepada isu politik semasa apabila Hadi menyentuh keadaan di Negeri Sembilan yang menurutnya berkait dengan prinsip adat, syarak dan konsep Raja Berperlembagaan.

Hadi mendakwa perkara yang sebelum ini tidak dicampuri penjajah telah “dilanggar” oleh Kerajaan PH sehingga menyentuh kedudukan raja, syarak dan Kitab Allah.

Ahli Parlimen Marang itu kemudian mengaitkan dakwaan itu dengan naratif bahawa kerajaan dan kumpulan parti PH “didominasi oleh DAP”.

Bagaimanapun, Hadi tidak menghuraikan secara khusus tindakan PH yang dimaksudkannya atau memperincikan bagaimana tindakan berkenaan dikatakan melanggar kedudukan raja dan syarak.

Serangan terhadap DAP itu juga bukan kali pertama dibawa Hadi dalam siri tulisannya, dengan parti berkenaan berulang kali dikaitkan dengan dakwaan mengenai penguasaan politik dan kedudukan Melayu-Islam.

Ekstrem

Dalam tulisan sama, Hadi turut mendakwa terdapat pihak bukan Melayu yang “ekstrem” serta segelintir Melayu yang mencabar Perlembagaan Persekutuan, Islam, bahasa Melayu dan institusi Raja-raja.

Serangan Hadi itu berlaku Ketika pentadbiran Negeri Sembilan ketika ini bukan lagi diterajui PH.

Selepas Pilihan Raya Negeri 1 Ogos lalu, BN yang memenangi 18 kerusi bergabung dengan PN yang memperoleh tujuh kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, manakala PH memperoleh 11 daripada keseluruhan 36 kerusi.

Datuk Ismail Lasim daripada BN mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Hadi kemudian memperluaskan serangannya kepada Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa dasar ekonomi dan politik kerajaan menghala ke arah White House di Washington serta menggunakan ungkapan “berimamkan mazhab Donald Trump”.

“Keadaan ini turut mengheret pegawai-pegawai kepada Kerajaan Pusat yang beribadat kepada Allah dan bersolat menghadap Baitullah (Kaabah di Makkah), tetapi dasar ekonomi dan politik kerajaan pula menghala ke arah White House di Washington, berimamkan mazhab Donald Trump,” tulis Hadi lagi.




MAMAT NI KENA SAMAN DAH DENGAN YB SAIFUDDIN...ELOK SANGAT

 

MCMC Siasat Individu Kaitkan Kematian Pelajar Di Indonesia Dengan Kes Irene Sofiya

cc525696-ecb4-416d-8c7d-a394077c9517

Pasukan penguatkuasa MCMC mengambil rakaman percakapan individu berkenaan pada 7 Oktober 2026 bagi membantu siasatan. Foto MCMC

CYBERJAYA, 8 Okt – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan disyaki palsu menerusi platform media sosial, Facebook dengan mengaitkan kematian seorang pelajar lelaki di Indonesia berusia tujuh tahun dengan kes kematian pelajar, Irene Sofiya di Yong Peng, Johor.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, hantaran yang dimuat naik pada 5 Oktober lalu itu turut mengaitkan kedua-dua insiden berkenaan dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia sehingga berpotensi menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap sistem persekolahan negara.

Susulan itu, MCMC telah mengambil rakaman percakapan individu berkenaan pada 7 Oktober lalu bagi membantu siasatan.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) pada 8 Oktober 2026. Foto MCMC

Sebuah telefon bimbit bersama kad sim yang digunakan individu terbabit dipercayai untuk memuat naik kandungan berkenaan turut disita bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut MCMC, pihaknya memandang serius penyebaran kandungan palsu yang bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat malah berpotensi menjejaskan perasaan dan sensitiviti keluarga serta rakan mangsa khususnya apabila melibatkan kehilangan nyawa.

Hantaran disyaki memanipulasi maklumat palsu mengaitkan kes Irene Sofiya dengan seorang pelajar di Indonesia yang disiasat MCMC pada 7 Oktober 2026.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan memastikan kesahihan fakta dan sumber sebelum memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan di media sosial.

MCMC turut mengingatkan pengguna media sosial supaya menghormati sensitiviti pihak yang terkesan serta menggunakan platform media sosial dengan beretika dan bertanggungjawab.




Dr Dzulkefly umum 500 kuota kepakaran untuk doktor di Sabah dan Sarawak

 


Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkhususkan kira-kira 500 tempat latihan kepakaran kepada pegawai perubatan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jumlah itu mewakili kira-kira 30 peratus daripada 1,650 tempat Hadiah Latihan Persekutuan yang ditawarkan ketika ini.

Menurutnya, langkah berkenaan dibuat bagi menghargai pengorbanan pegawai perubatan yang sanggup berkhidmat di kedua-dua negeri, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Saya sudah mengarahkan pegawai untuk meneliti dan seterusnya melaksanakan kuota khusus sebanyak 30 peratus bagi lanjutan kepakaran untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berhubung jumlah doktor yang gagal melapor diri di Sabah dan Sarawak selepas tempoh melapor diri tamat pada 7 Oktober.

D Dzulkefly memaklumkan, 63 peratus pegawai perubatan telah melapor diri di kedua-dua negeri daripada keseluruhan penempatan yang ditawarkan.

Di Sarawak, seramai 337 daripada 527 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan telah melapor diri, manakala di Sabah, 336 daripada 528 orang berbuat demikian.

Menurutnya, kadar pegawai yang gagal melapor diri menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2025, namun beliau mengakui masih belum berpuas hati dengan pencapaian itu.

Antara alasan diberikan pegawai yang menolak penempatan ialah faktor berjauhan daripada keluarga, tidak bersedia bertugas di luar bandar, mahu berada berdekatan pasangan atau ibu bapa serta masalah kesihatan, logistik dan kos perpindahan.

KKM turut melaksanakan beberapa langkah lain bagi menggalakkan lebih ramai doktor berkhidmat di Sabah dan Sarawak, termasuk menambah baik sistem e-Housemen atau e-Placement, memberi taklimat mengenai proses penempatan serta mengeluarkan keputusan penempatan lebih awal.

Langkah itu dibuat susulan laporan beberapa hospital di Sabah dan Sarawak berdepan kekurangan pegawai perubatan selepas tiada doktor baharu melapor diri bagi pengambilan jawatan tetap bulan ini.




Belanjawan 2027: Isu Doktor Kontrak Akan Diumum PM Anwar Esok – Dr Dzulkefly

 

IMG_7556

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada 8 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Pengumuman berhubung isu lantikan pegawai perubatan secara kontrak akan dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan pembentangan Belanjawan 2027, di Dewan Rakyat, petang esok.

Perkara tersebut disampaikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) seraya menyebut, usaha menamatkan sistem lantikan kontrak itu menjadi antara hasrat utama beliau sejak kembali menerajui Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ini sudah pun dipertimbangkan, mungkin kita perlu sedikit sabar menanti pengumuman yang bakal dibuat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada 8 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

“Kita mengangkat pelbagai permohonan dan ada harapannya pada pembentangan belanjawan nanti,” katanya.

Beliau turut menjelaskan perihal melonggarkan syarat kelayakan bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak yang memohon jawatan pegawai perubatan.

Jelas beliau, KKM memberi keutamaan kepada penuntut universiti di kedua-dua negeri berkenaan, namun syarat permohonan jawatan tertakluk kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

“Kita semua mahu memastikan jurang dan kelompangan ini akan dapat kita atasi dalam waktu terdekat,” katanya.

Isu doktor kontrak dijangka dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2026. Foto WHO

Isu doktor kontrak yang membelenggu KKM disasar untuk diselesaikan menjelang 2028 dengan menawarkan jawatan tetap kepada semua pegawai perubatan siswazah selepas menamatkan latihan masing-masing.




Myanmar sanggup bayar sendiri untuk bawa pulang ribuan rakyatnya dari Malaysia

 


Myanmar bersedia memudahkan proses penghantaran pulang secara besar-besaran rakyatnya yang berada di Malaysia, termasuk menanggung kos berkaitan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, lebih 10,493 warga dan petugas Myanmar telah dihantar pulang ke negara itu setakat ini melalui penerbangan serta kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau berkata urusan penghantaran pulang seterusnya akan dibincangkan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia dengan kementerian berkaitan di Myanmar bagi memastikan proses berkenaan dapat dilaksanakan mengikut peraturan ditetapkan.

“Sangat sedikit, malah berdasarkan pengalaman saya, hampir tiada negara yang sanggup menerima penghantaran pulang warganya dalam jumlah besar dengan menanggung sendiri kosnya, seperti yang ditunjukkan Myanmar,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Myanmar Min Aung Hlaing selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan sempena lawatan rasmi dua hari pemimpin Myanmar itu ke Malaysia.

Menurutnya, baki warga Myanmar yang masih berada di Malaysia akan dihantar pulang secara berperingkat selepas proses pengesahan kewarganegaraan dan rekod mereka diselesaikan.

Katanya, Min Aung Hlaing turut memaklumkan bahawa antara 3,000 hingga 4,000 warga Myanmar yang kini ditempatkan di depot imigresen akan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Namun, Anwar berkata pihak berkuasa Malaysia perlu terlebih dahulu membuat pengesahan terhadap identiti dan kewarganegaraan mereka, termasuk menyemak rekod kesalahan jenayah jika ada.

“Baki rakyat Myanmar akan dihantar pulang mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan, tertakluk kepada pengesahan rekod mereka,” katanya.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Myanmar atas kesediaannya menerima kembali rakyat negara itu dalam jumlah yang besar, selain memberikan kerjasama bagi melancarkan proses penghantaran pulang.

“Saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan atas keterbukaan anda dan kesediaan untuk bekerjasama,” katanya.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan usaha menghantar pulang warga Myanmar daripada semua kumpulan etnik yang berada di Malaysia secara tidak sah.

Proses tersebut, menurut Anwar, akan dilaksanakan berasaskan prinsip sukarela, bermaruah dan selamat, dengan kerjasama antara kedua-dua negara bagi memastikan kebajikan serta aspek perundangan terus dipelihara.






@jasonyew_ Join Kerajaan saman Kerajaan dan menuntut kos


 

@jasonyew_ Join "Kita hampir setiap hari melaksanakan


 

Sidang Media Menteri Besar N9: Siapa Akan Merasmikan Sidang DUN N9 Nanti?


 

SOALANKAH ATAU FITNAH INI? MENTERI PATAHKAN HUJAH BERBAUR KHABAR ANGIN MP PAS!


 

"SIASATAN & TANGKAPAN MULAI SEKARANG" ! PMX UMUM RCI KAPAL LCS ?


 

HAH NI MACAMNA PULAK.

 ðŸ…°️: Tiada campur tangan PH

🅱️: Ada campur tangan PH







KENAPA LAH DIA NI...ADOIIII.

 




Ahmad Hussein.


Azhar Sulaiman ni dengan saya pun dia pernah pm nak tunjuk kepala short dia.


Kini si Wan Hadi pula kena dengan dia, khabarnya ada unsur ugutan.


Sedangkan Wan Hadi hanya tegur dia kenapa berpolitik sampai naikkan gambar anak isteri orang, iaitu gambar keluarga YBM Adam Adli. 


Beginilah wahai Azhar, 

saya nak beritahu kamu, lawan saya bukan dengan orang macam kamu. 


Saya takmau berlawan dengan kamu, kerana ia tidak adil, kamu bukan level saya. 


Pergi cari hal dengan orang lain.






Kunta kinte

Kepada Sdr. Azhar Sulaiman.  1) Kita rakyat Malaysia bebas untuk jadi orang UMNO, orang KEADILAN, orang PAS.  2) Kita bebas jadi pengkritik kepada mana-mana dasar yang kita rasa lapuk atau kurang bagus untuk rakyat.  3) Tapi, kita tertakluk kepada batasan moral, etika dan undang-undang.  4) Sdr boleh kritik sesiapun. Tapi untuk menggunakan gambar keluarga Adam Adli  yang terpampang muka anak dan isteri beliau adalah tak patut.





"PAKAI OTAK SIKIT, BAIK TUTUP UMNO" ! DATO NAZRI SOUND ZAHID ?


 

SAMPAI PENIAGA2 GERAI2 KECIL2LAM TEKUN BOLEH MENIAGA DI LITAR LUMBA F1 SEPANG PETROLNAS KITA.

 




Copypaste 👇👇
Peluang berniaga di acara bertaraf dunia seperti Formula 1 mungkin kelihatan jauh bagi peniaga kecil, apatah lagi apabila sewa tapak komersial boleh mencecah ribuan ringgit.
Namun bagi 40 usahawan mikro tempatan di Litar Rasa MADANI, mereka diberi pengecualian sewa tapak dan komisen jualan ketika F1 berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Seorang peniaga, Syafika Sarwani, berkongsi rasa syukur selepas berpeluang membawa perniagaan laicikangnya ke dalam kawasan litar.
“Alhamdulillah tak pernah terfikir untuk dapat berniaga percuma di dalam Litar Sepang sempena F1,” tulisnya sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat, Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan seorang sahaja yang mendapat peluang itu.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengesahkan seramai 40 usahawan mikro menyertai Litar Rasa MADANI di G Hillstand tanpa dikenakan sewa tapak atau komisen jualan. Mereka hanya perlu membayar RM180 untuk lesen perniagaan kepada Majlis Perbandaran Sepang.
Sebagai perbandingan, kadar sewa komersial di kawasan tersebut bagi tiga hari dilaporkan melebihi RM6,000, belum termasuk SST serta komisen 15 peratus daripada jualan kasar.
Khemah, meja, kerusi, peti penyejuk dan kipas turut disediakan supaya peniaga boleh memberi tumpuan kepada stok dan operasi perniagaan.
Hasilnya bukan kecil.
Sepanjang tiga hari, 40 usahawan berkenaan merekodkan jualan keseluruhan sekitar RM555,000, melepasi sasaran awal RM500,000. Ada peniaga yang terpaksa menambah stok beberapa kali kerana sambutan pengunjung.
Menariknya, dua bulan sebelum F1 berlangsung, Anwar sudah menyatakan beliau tidak mahu limpahan ekonomi acara antarabangsa itu hanya dinikmati syarikat, hotel dan restoran besar.
Beliau mahu peniaga kecil turut diberi ruang menjana pendapatan.
F1 datang tiga hari.
Tapi bagi peniaga kecil yang biasanya mungkin hanya berniaga di bazar atau tapak biasa, peluang membawa produk mereka ke pentas antarabangsa boleh membuka pasaran yang jauh lebih besar.





MASA HARI KEJADIAN TAK SEKOQ PUN HADIR ZIARAH. KENA NGAT NETIZEN,,,,,

 



Masa orang tu baru meninggal dunia & hendak di kebumikan...taknak pulak ko dtg. Malah, takdak sekoq pun pimpinan tertinggi parti pak Lebai yang hadir untuk menziarahi Allahyarham Tun Asmah serta memberi sokongan moral kepada Tun M.

Lepas beberapa hari selepas itu...baru la ko sampai. Orang ramai tertanya2...dah kenapa? Sebab, kalau ko ziarah masa pengkebumian, penampilan ko akan 'tenggelam' di kelilingi oleh ramai manusia2 yang lain. Tapi, bila time camni...dapatlah jurugambar2 yang dapat fokus kepada ko sorang2 sahaja & dapatlah ko tunjukkan @ pamerkan kezuhudan (tipu-tipuan) serta sifat2 seorang ularmak (suk) ko tu!!. Issshhhh...merepek dah ko ni Adi. Bertaubatlah ko sebelum terlambat. 🤭🤣🤣



KES 521KG DADAH: BUKAN DARI MALAYSIA

 




KES 521KG DADAH: BUKAN DARI MALAYSIA





Pesawat sahaja berlepas dari Subang ke Laos tanpa membawa dadah.
Subang, Malaysia; pesawat berlepas tanpa kargo dadah
Luang Prabang, Laos; 23 beg dibawa masuk ke lapangan terbang dan 500 bungkusan methamphetamine seberat 521kg ditemui
Dadah dipercayai dari Laos, untuk pasaran Manila, Filipina
Pesawat ditahan di Luang Prabang sebelum sempat membawa dadah ke Manila.
Rujuk kenyataan Bukit Aman la bro!