SAMM Kecam MB Kedah Guna AUKU

SHAH ALAM, 23 JAN: Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) segmentasi mahasiswa mengecam tindakan pimpinan PAS Kedah pimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang menggunakan akta zalim, AUKU ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN).


Penyelaras SAMM Segmentasi Mahasiswa, Wan Farel dalam kenyataan medianya berkata tindakan Azizan tersebut bercanggah dengan janji Pakatan Rakyat yang termaktub dalam Buku Jingga.

"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakkanya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan AUKU di dalam Buku Jingga dianggap retorik dikalangan mahasiswa.

"Pakatan Rakyat secara jelas dalam Buku Jingga ingin memansuhkan terus AUKU tetapi tindakan MB Kedah Azizan Razak secara jelas telah bertindak menggunakan AUKU terhadap mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ternyata membelakangkan akur janji pakatan Rakyat tersebut.

"Walaupun memerima banyak kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari pimpinan PR sendiri dan gerakan-gerakan mahasiswa Azizan masih bersikap ofensif dalam menghadapi serangan-serangan tersebut Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa." jelas beliau.

Menurutnya, golongan mahasiswa adalah kumpulan yang amat sensitif dengan isu-isu semasa yang melibatkan perjuangan golongan muda di masa depan.

"Suara mahasiswa jangan dipandang sebelah mata, peranan mereka harus diiktiraf suara mereka hendaklah di dengar oleh pihak pemerintah.

"SAMM berangapan mahasiswa adalah golongan yang tiada kepentingan politik mereka berjuang atas kebenaran dan kebebasan." tegas beliau.

Katanya, jika Azizan terus dengan sikap egonya untuk tidak menyelesaikan masalah KUIN ini secara berhemah jangan terkejut sekiranya kuasa mahasiswa akan digunakan untuk menyingkirkan beliau nanti.

Sebelum ini Ketua, Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi dalam kenyataan medianya mempersoalkan tindakan Azizan tersebut.

Kenyataan Nasaruddin tersebut ekoran kenyataan Azizan pada 19 Januari lalu dilapor berkata AUKU tetap dikenakan terhadap mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan.

Kata Azizan, penggantungan lima mahasiswa KUIN tahun lalu adalah mengikut peruntukan bawah kesalahan AUKU serta pentadbiran berbuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

PKR: NFC Perlu Beri Penjelasan bukan Upah NGO





SHAH ALAM, 23 JAN : Tindakan Perbadanan Fitlot Kebangsaan (NFC) yang cuba menutup pelbagai penyelewengan berhubung salah guna dana rakyat secara politik disifatkan sebagai tindakan menutup isu asal berhubung pemberian projek kepada kroni yang menjadi amalan Umno selama ini.


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihak NFC seharusnya menumpukan sedikit masa untuk mengemukakan bukti bagi menafikan dakwaan yang dibuat berhubung penyelewengan dana rakyat oleh syarikat berkenaan yang gagal dilakukan sehingga hari ini.

Namun sebaliknya menurut Rafizi, NFC sejak kebelakangan ini dilihat menggunakan agenda politik dengan membawa masuk 'kaki-kaki pukul' seperti Perkasa untuk membela mereka.

Sementara itu menurut Ketua Penerangan PKR, Dr Mohamad Nur Manuty, pihaknya tidak menolak kemungkinan NGO yang digunakan untuk memberi kenyataan kepada media dibayar untuk berbuat demikian.

Ikuti berita lanjut melalui vedio dibawah.

Nak tengok Bersih, Cekap dan Amanah? ... ada di Pulau Pinang — Aspan Alias

Nak tengok Bersih, Cekap dan Amanah? ... ada di Pulau Pinang — Aspan Alias

January 23, 2012

23 JAN — Ada sesuatu perkara yang saya mesti kongsi dengan rakan-rakan yang mengikuti blog saya. Sejak saya menyertai parti berbagai kaum DAP baru-baru ini, saya telah mendapat kutukan dari beberapa orang termasuk seorang dua rakan blog saya yang saya kenali, dan itu memang telah saya jangkakan dari awal lagi.

Tetapi sebagai mempunyai blog kecil ini saya telah mendapat lebih galakan dari yang mengkritik saya. Yang mengkritik saya itu pun adalah kebanyakannya dari mereka yang masih baru dalam Umno itu atau hanya sebagai penyokong pemimpin dan “warlords” dalam parti itu. Yang mengatakan saya seorang yang bangkerap politik itu merupakan budak hingusan belum merasakan pengalaman bergiat di dalam Umno itu.

Tetapi yang paling saya seronok ialah sokongan dari orang-orang biasa dan menzahirkan sokongan mereka melalu ribuan teks pesanan ringkas (SMS) yang datang bertalu-talu serta sokongan melalui e-mail dan sebagainya. Sembilan puluh peratus yang memberikan sokongan itu adalah dari kaum Melayu yang saya kenali dan yang saya tidak pernah mengenali mereka.

Apa yang saya seronokkan bukannya kerana saya mendapat sokongan secara peribadi, tetapi kerana mereka sudah faham sebenarnya yang DAP itu bukanlah seperti yang dimomokan oleh Umno dan media masa perdana sejak berdekad-dekad dahulu. Saya merasa sedikit bangga kerana mampu membuatkan mereka menilai secara ilmiah yang mendalam serta sudah mengetahui yang parti DAP ini telah secara deras mendapat sokongan orang Melayu akhir-akhir ini.

Sebagaimana yang saya sebutkan di dalam posting saya yang lalu, saya adalah penyokong kuat kepada slogan Bersih, Cekap dan Amanah yang di popularkan oleh Dr Mahathir. Tetapi apabila setelah beliau menerajui negara lebih dari dua dekad, saya tidak nampak di mana bersihnya pentadbiran beliau. Saya tidak nampak kecekapan pentadbiran kerajaan kita dan amanahnya memang jauh sekali dari penglihatan kita.

Malahan dalam pentadbiran beliaulah bermulanya isu-isu rasuah yang besar dan tidak ada bersihnya. Melalui projek raksaksa runding terus itu telah mengembangkan budaya rasuah yang besar malahan ahli keluarga beliau sama-sama menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul kekayaan. Malahan kecekapan pentadbiran terdahulu itu bertambah lemah dengan isu-isu yang buruk yang tidak pernah kita lihat telah berlaku. Keseluruhan jentera kerajaan tidak beramanah.

Pendeknya Bersih, Cekap dan Amanah itu hanyalah retorik besar yang di ungkapkan semasa Perhimpunan Agong Umno sahaja guna untuk membuatkan perwakilan bertepuk tangan sehingga merah-merah tapak tangan. Dr Mahathir bijak memainkan sentimen orang Umno kerana beliau amat faham kelemahan yang ada pada kebanyakkan orang Melayu yang mudah terlena dengan alunan lagu yang berlirik indah dan mengkagumkan.

Tetapi sebahagian rakyat di negara ini telah mendapatkan nikmat dari slogan itu akhir-akhir ini. Kerajaan PR yang di tunjangi oleh DAP telah berjaya melaksanakan slogan Bersih, Cekap dan Amanah anjuran Dr Mahathir itu. Walaupun kerajaan tunjangan DAP itu baru menghampiri empat tahun sahaja, banyak dari apa yang dimaksudkan oleh slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu telah dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

DAP tidak pandai untuk mewujudkan retorik dan slogan besar, tetapi parti ini pandai untuk mencapai matlamat kepimpinannya; iaitu pentadbiran yang Bersih, Cekap dan Beramanah.

Bersih, Cekap dan Amanah yang di wujudkan oleh Dr Mahathir ini, di amalkan oleh DAP kerana DAP mengikut formulanya dengan betul. Seperti kita menjawab soalan ilmu hisab, kita mesti mengikut formula ilmu hisab itu. Jika kita hanya menghafal formula tersebut tetapi tidak mengikut formulanya dengan terperinci, kita tidak akan mendapat jawapannya dengan betul dan tepat.

Itulah sebabnya Umno tidak berjaya mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan penting dengan betul kerana tidak mengikut formula yang mereka wujudkan sendiri itu. Dalam formula Bersih, Cekap dan Amanah itu tidak ada terselit elemen rasuah dan salahguna kuasa.

Tetapi apabila perlaksanaannya formula ini telah dikotori oleh rasuah dan salahguna kuasa itu, maka slogan BCA itu telah gagal sama sekali, malah wujud pula elemen-elemen negatif yang melumpuhkan negara dan pentadbirannya dengan rasuah yang begitu besar dan menakutkan rakyat. Maka slogan BCA itu hanya tinggal slogan dan telah pun dilupakan dan tidak hidup lagi dalam pentadbiran negara di bawah Umno ini.

Rupa-rupanya slogan itu tidak mati. Ia masih hidup segar. Rupa-rupanya DAP Pulau Pinang dan PKR Selangor dan kerajaan-kerajaan pimpinan PR telah berjaya melaksanakannya dengan baik dan penuh dengan ketelusan. Perlaksanaannya tidak diheboh dan di gembar gemburkan. Dalam diam-diam DAP Pulau Pinang bersama rakan-rakan PRnya telah melaksanakan segala-gala yang di impikan oleh rakyat melalui slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu.

Sekarang kita lihat yang fitnah serta momokan terhadap parti DAP yang “multi-racial” ini ternyata kian menumpul. Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama dalam Malaysia yang akan bebas dari miskin tegar di kalangan rakyatnya dalam setahun dua lagi. Adalah dijangkakan yang Pulau Pinang akan merupakan negeri yang pertama dalam mana apa yang dikatakan sebagai perpaduan berbilang kaum itu akan tercapai dengan sepenuhnya.

Pulau Pinang juga merupakan sebuah negeri yang akan melupuskan segala hutangnya kepada Kerajaan Pusat. Dari RM630 juta hutang Kerajaan BN Pulau Pinang dahulu, Kerajaan PR Pulau Pinang telah mengembalikan sebanyak RM600 juta kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh tiga tahun pentadbirannya. Kejayaan ini bukannya kejayaan yang kecil tetapi ia merupakan satu pencapaian yang “outstanding” jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Walaupun begitu besar tohmahan terhadap DAP dan kerajaan Pulau Pinang oleh seterunya dalam BN, Kerajaan Negeri tetap melaksanakan apa-apa yang telah di juruskan oleh Perlembagaan Negara. Dikatakan oleh Umno yang DAP adalah anti Islam, tetapi dalam jangkamasa hampir empat tahun DAP dan PR mentadbir Pulau Pinang peruntukan untuk majlis agama Islam telah meningkat kepada RM62 juta dari RM12 juta semasa BN memerintah dahulu.

Kerajaan Pulau Pinang telah diperakukan oleh badan-badan penilaian antarabangsa sebagai sebuah negeri yang paling bersih dan beretika kepimpinannya. Pandangan ini bukan diberikan oleh saya atau sesiapa dalam PR, tetapi oleh badan-badan penilaian antarabangsa yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Banyak lagi yang dicapai oleh pentadbiran Lim Guan Eng tetapi satu soalan yang mesti diketahui umum; kenapa PR Pulau Pinang berjaya melakukan segala-galanya ini? Apa yang berjaya dilakukan oleh Lim Guan Eng ini jugalah janji-janji Umno sejak 30 tahun yang lalu, tetapi tidak juga kunjung berjaya. Apabila PR Pulau Pinang berjaya melakukannya dalam tempoh kurang dari empat tahun, ia tidak menyenangkan Umno pula.

Daripada berlumba-lumba untuk menjadikan kejayaan kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh yang patut diikuti, Umno dan BN mengambil sikap menafikan kenyataan yang jelas tentang kejayaan PR (DAP) itu. Kejayaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor dan PAS di dua buah negeri yang lain itu amat menyakitkan hati pimpinan dan penyokong Umno dan BN. Tetapi orang ramai faham, kejayaan PR itu adalah kegagalan bagi BN/ Umno.

Kita sama-sama menilainya dan ambilalih keputusan setelah berfikir dan berfikir. Asalkan kita mengambil sesuatu tindakan setelah berfikir dengan sungguh-sungguh, apa-apa keputusan itu kita hormati.

Kata agama kita, “berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam”. — aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.


Anwar : Media Malaysia Masih Mundur dan Lucu






KLANG, 22 JAN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebebasan media di Malaysia masih belum wujud dan demokrasinya juga ketinggalan jika dibandingkan dengan negara lain.

Mengambil contoh India yang dikunjungi selepas dibebaskan dari tuduhan liwat selepas 9 Januari lalu, beliau berkata lawatannya bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk bertemu cucu Mahatma Gandhi, Raj Mohan Gandhi, menjadi bukti di mana negara itu mengamalkan kebebasan bersuara di kalangan rakyatnya.

Anwar berkata demikian di dalam ucapannya di Pesta Ponggul di Bandar Bukit Tinggi semalam.

Ikuti petikan video tersebu

1Malaysia Sebenarnya 1Melayu





KLANG, 22 Jan : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan semua kommuniti di Malaysia berhak menikmati hasil kekayaan negara dan tidak harus dibezakan antara satu dengan yang lain.

Dalam ucapannya di Pesta Ponggal di Bandar Bukit Tinggi disini, Anwar menyentuh slogan 1Malaysia yang sering dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengkritik prinsip itu dengan berkata ia lebih kepada memberi keuntungan kepada kroni Umno-Barisan Nasional daripada menolong rakyat bawahan.

Ikuti petikan video tersebut.

WARTAMAYA- REMAJA CERDIK DAN TIDAK CERDIK

Bezanya remaja berilmu dan tidak berilmu

Cer lihat berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini di bawah, tentang kumpulan Adam Adli dan pelajar yang buat sketsa pendek di ibunegara semalam,

Sementara golongan yang tidak berilmu, mengikut nafsu tapi bebas berbuat apa saja .. pada lapuran di bawah ini
Kenapa umporno kelihatan tidak berilmu di samping wajah yang kelihatan bangang tahap gaban?
Kerana golongan umporno terdiri dari spesis yang sama. Pada ketika ini, golongan ini terus menjadi lembab dan bangang kerana golongan ini tidak membenarkan para bijak pandai untuk mencampuri urusan mereka, bimbang kalau kalau yang bangang dengan jumlah yang besar ini akan diketepikan.
Kerana itu, untuk menjadi umporno, mereka mestilah angguk angguk, tidak berilmu, bangang dan bodoh sombong. Golongan ini juga kelihatan melakukan solat sunat lepas asar, selain dari langsung tidak bertamadun dan berbudaya. Golongan ini dilihat mendapat sokongan cuma dari golongan yang sama rendah mentalnya.

Jatuh kan golongan ini pada PRU13 nanti kerana bangsa ni lah yang menyekat kemajuan dan perkembangan mental anak anak muda. Merencatkan akal dan menZOMBIEkan fikiran remaja kita.

Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!

Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!

Lim Hong Siang

Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif".

Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) - menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan.

Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang "like" di laman rasmi Ah Jib Gor pada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 "like" pada masa yang sama. Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like.

Perlu diingatkan bahawa laman Ah Jib Gor adalah laman sosial rasmi versi bahasa Cina untuk Najib, dikesahkan Setiausaha Politiknya Wong Nai Chee, malah sesetengah soalan yang diajukan dijawab oleh Najib sendiri, sebelum diterjemahkan, menurut Wong Nai Chee.

Ah Wah Gor pula, ditubuhkan oleh penyokong Anwar Ibrahim secara tidak rasmi, menyatakan bahawa tujuannya bukan sekadar untuk memintas bilangan peminat Najib, tetapi ia adalah "pertarungan maya" sokongan kedua-duanya - untuk menaikkan semangat orang ramai. Malah, admin Ah Wah Gor mengalu-alukan "perbincangan politik", dengan peringatan agar warga internet tidak menggunakan ruang itu untuk serangan peribadi, penghinaan terhadap agama dan institusi Raja.

Pengamatan MerdekaReview mendapati kebanyakan komen yang ditinggalkan di laman Ah Wah Gor adalah positif untuk Anwar Ibrahim - luahan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen ini. Malah ada yang menyifatkan pertarungan antara Ah Wah Gor dengan Ah Jib Gor sebagai pemilihan calon Perdana Menteri dalam PRU 13.

Sementara Ah Jib Gor pula masih dibanjiri komen yang negatif terhadap Perdana Menteri, meskipun komen yang emosi telah berkurang (tidak pasti dipadamkan atau kerana disiplin warga internet), namun kritikan dan soalan yang tajam terus diajukan.

Pada masa yang sama, laman Ah Jib Soh pula mencatat 8,018 like pada jam 12.26 awal pagi 22 Januari 2012. Identiti adminnya tidak diketahui, tetapi dengan terang-terang "menyamar" sebagai isteri PM melalui status yang diperbarui. Dengan status yang bernada "sindir" dan jelas untuk memerli isteri PM, Ah Jib Soh kini menjadi "penghibur" kepada peminatnya.

Baca: Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina

Anwar : Kerajaan Pusat Harus Adil Dalam Rayuan Kes Liwat






Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilaporkan berkata, tindakan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan "satu tindakan yang tepat".


"Bagi saya rayuan itu bukan satu isu kerana sesiapa sahaja yang dalam keadaan seperti itu, Anwar pun tetap akan merayu," naib presiden Umno itu dipetik sebagai berkata.


KITA NAK TANYA PULAK MENTERI DALAM NEGERI MENGENAI KES RAZAK BAGINDA,DAN LAIN-LAIN KES YANG SEPATUTNYA DIBUAT RAYUAN.PATUT KE TIDAK MENTERI DALAM NEGERI BERCAKAP SOAL SEDEMIKIAN.



KLANG, 21 JAN : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung tindakan Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan meliwat.

Malah Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara itu ada kaitan dengan campur tangan politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Nampak campurtangan politik itu berlebihan sangat," katanya kepada TVSelangor selepas menghadiri Pesta Ponggul 2012 di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.

Anwar tidak mempertikaikan notis rayuan itu tetapi berharap ianya dilakukan mengikut peraturan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga diminta mengambil kira kes lain yang dianggap jauh lebih besar.

"Tak apalah dia boleh rayu ikut peraturan semua. Kena konsistenlah. Janganlah kes besar, kes bunuh dan yang lain dia tak payah rayu. Banyak kes."

Pejabat Peguam Negara memfailkan notis itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim kes tersebut, Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.

Menyentuh isu moral yang dijangka akan terus dieksploitasi oleh Umno-BN sekiranya kes itu disebut semula, Anwar secara sinis menjawab.

"Moral apa? Siapa nak cakap pasal moral. Perdana Menteri?".

PENYOKONG HINDRAF DI PUKUL PEKIDA


SHAH ALAM-21 Jan seorang penyonkong Hindraf telah di belasah oleh PEKIDA menurut sumber dari Hindraf .Ini berikutan adanya forum yang telah diadakan semalam.terdapat unsur perkauman yang di lemparkan keataspenyokong Hindraf dimana semua peralatan didalam dewan bagi diadakan forum .







Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Menurut sumber Hindraf lagi, kecederaan yang dialami agak serius dimana penyokong terbabit mengalami kecederaan bahu,dada,kaki dan tangan.Beliau di hantar untuk mendapatkan rawatan di Sentosa Specialist Hospital.


BERITA SETERUSNYA...PROGRAM PAS PAHANG SEMPENA TAHUN BARU CINA AKAN MENYUSUL KEMUDIAN.

PM CAKAP KOSONG LAGI UNTUK KAKITANGAN AWAM


Copy dari blog Guru Tertindas


SUDAH DILAKSANAKAN BARU BERCAKAP.BUAT APA?

ADA YANG MENGGELARNYA

1.SKIM BODEK PIHAK ATASAN
2.SEPAK BARISAN PAKATAN AMBIL
3.SKIM BANTAH PIHAK ATASAN
4.SISTEM BURUKKAN PEMIMPIN ATASAN

PM: SBPA mesti puaskan semua pihak sebelum dilaksana

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.

"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di Kuantan hari ini.

Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Najib berkata kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan.

Perdana Menteri baru-baru ini mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.

Najib berkata kerajaan juga bersedia menimbangkan pemberian gaji yang lebih kepada penjawat awam, bagaimanapun ia perlukan dikaitkan dengan peningkatan produktiviti mereka.

"Kerajaan boleh bagi tambahan gaji dan bonus tetapi ia perlu dikaitkan dengan produktiviti yang tinggi, kalau ekonomi menguncup, mana nak bagi kenaikan gaji dan bonus?," katanya.

Beliau berkata penjawat awam dilihat sebagai kumpulan yang amat penting dalam pentadbiran negara kerana apa jua dasar dan agenda besar bergantung kepada peranan serta sumbangan mereka.

"Penjawat awam adalah sekumpulan dalam pentadbiran negara, penting kerana apa agenda besar negara yang hendak dibawa kerajaan pada kesudahannya, kesampaiannya, bergantung kepada peranan dan sumbangan penjawat awam di seluruh negara, sama ada di peringkat pusat atau negeri," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang dan akan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menggunakan strategi baru yang perlu didukung penjawat awam bagi mencapai impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Menjelang fajar 2020, kita hendak mencapai sebuah negara maju, saya anggap wawasan yang dibuat (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu impak kepada negara, itulah yang kita sambut ketika itu, dan kurang daripada 10 tahun, kita nak capai negara maju, inilah cabaran kepada kita," katanya.

Najib berkata kerajaan yang ketika ini melaksanakan pelbagai transformasi baru, juga melaksanakan pelbagai strategi baru bagi mencapai hasrat berkenaan.

"Ada kalanya strategi yang digunakan dahulu (pimpinan sebelum ini) baik dan tepat tapi strategi itu menjadi kekangan (pada masa ini) dalam usaha kita untuk mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi," katanya.

Justeru, Najib berkata pendekatan di bawah kepimpinannya ketika ini adalah menggunakan strategi yang dilihat mampu untuk mencapai kesinambungan dan harapan kepimpinan sebelum ini, dan ia perlulah didukung semua pihak terutamanya penjawat awam.



YA.....RAKYAT DAH TAU .....SEBAB SAIFOOL ORANG PENTING


Berlakon ja pun bila lepas tu....dan drama pun ibuat last minutes memang syok giler ...kononnya tak buat rayuan lah...peerrghhhh...tepat juga agakan teman-teman dan sembang kedai kopi....malahan kalau anwar masuk dalam..itu jam juga dekat pilihanraya...sebabnya kenapa?...semua sudah tau maaa.....

Anwar boleh menyatukan pakatan...kita percaya UBN ni takut juga...mana tak takutnya...dibawanya pecacai ,katak,dan semuanya ..paling ramai 500 orang yang datang dengar....

Mood untuk nak singkirkan UBN ni memang kuat..jadi bila kes ni dibuka semula..ramai tersentap kembali.Tapi percaya lah...kalau Anwar masuk ke dalam..imej Najib turut tercalar lagi diluar negara.



PRGUAM NEGARA FAIL RAYUAN


Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.

Umno TAK DAK MODAI





PETALING JAYA, 20 JAN : Pengedaran video aib yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini disasarkan kepada ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor.

Yang peliknya, VCD tersebut diposkan di dalam satu sampul bersama surat yang memaparkan ajaran Islam tentang dosa orang yang mengumpat.

Terkini, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya oleh dua orang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mahharul Ismail dan Halimey Abu Bakar.

Mereka mendakwa menerima salinan VCD video aksi seks lelaki dikatakan mirip Anwar dengan seorang perempuan iras bangsa Cina dua hari lepas di alamat kediaman dan pejabat mereka.

VCD tersebut diposkan di dalam sampul beserta surat itu.

Antara kandungan surat tersebut adalah :

"Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat. Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau memburukkan orang melalui lidah."

"Kami membuat laporan ini supaya pihak polis dapat menyiasat siapa yang menghantarnya tanpa penama dan diharap dapat juga menyiasat motif penghantaran VCD ini.

"VCD ini bukan sahaja diedarkan kepada ahli majlis MBPJ tetapi juga ahli-ahli majlis seluruh negeri Selangor ujar Halimey."

Maharrul berkata laporan itu juga dibuat sebagai tanda kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan VCD lucah tersebut.

"Ini juga merupakan satu kesalahan mengikut akta kesalahan jenayah atas kesalahan memiliki atau mengedar bahan lucah terutama diedarkan kepada penjawat awam," tegas Maharrul yang menerima salinan VCD itu di pejabatnya Rabu lalu.

Kedua ahli majlis MBPJ tersebut turut menyatakan kemungkinan pengedaran VCD ini bermotifkan fitnah politik kerana ianya disasarkan kepada penjawat awam dan diedarkan selepas Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

"Fitnah ini semata-mata untuk menggambarkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Malaysia ini tidak bermoral.

Jadi kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana ini merupakan jenayah berat," kata Maharrul.

BERSAMA TUMBANGKAN Umno -HADIR BERAMAI RAMAI


The opposition front belongs to all
ABU Hindraf NGO's Civil Societies and Individuals
Pakatan should stop monopolising the opposition

join us - lets fight UMNO together.

NFC: Rafizi, Zuraidah Sedia ke Mahkamah

SHAH ALAM, 19 JAN: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita Zuraidah Kamaruddin sedia ke Mahkamah untuk membuktikan segala pendedahan yang dilakukan berhubung skandal NFC adalah benar dan bukan bermotif politik.


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi, Rafizi berkata berdasarkan laporan berita internet hari ini bahawa Shahrizat Jalil telah mengemukakan saman menuntut pampasan RM100 juta terhadap beliau dan Zuraidah.

"Saya yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

"Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.

"Oleh yang demikian, saya dan YB Zuraida Kamaruddin bersedia untuk berdepan dengan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak." jelas beliau.

Katanya peluang ini memang telah ditunggu-tunggu supaya kuasa mahkamah boleh digunakan untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.

"Dato' Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan
mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang yang didedahkan setakat ini.

"Jika pimpinan Umno seperti Dato' Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar.

"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat." kata beliau.

MARI KITA DENGAR LAWAK INI.








PILIHANRAYA 11 MAC?

SEREMBAN: PAS yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada awal Februari dan memanggil untuk pilihan raya umum ke-13 pada 11 Mac.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat Hatta Ramli berkata parti-parti politik di Malaysia sekarang sekadar tinggal 50 hari untuk bersedia menghadapi pilihanraya.

"Berdasarkan maklumat dalaman dari Umno, Najib akan membubarkan Parlimen pada awal Februari. Pilihanraya akan diadakan sama ada pada 25 atau 26 haribulan dan kita hanya mempunyai dua minggu tempoh berkempen sebelum membuang undi pada 11 Mac.

"Oleh itu kita hanya mempunyai 50 hari lagi untuk bekerja. Tidak banyak masa yang tinggal untuk kita duduk dan berehat," Ahli Parliman Kuala Krai itu memberitahu 500 hadirin semasa majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng di sini.

Menurut Dr Hatta lagi, ini diperkukuhkan dengan hakikat bahawa cuti sekolah panjang yang pertama bagi 2012 adalah dari 10 hingga 18 Mac.

Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.

NFC : Polis Tak Faham Prosidur Siasatan

SHAH ALAM, 19 JAN: Tindakan Jabatan Peguam Negara (AG) memulangkan semula kertas siasatan berhubung penyelewengan syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) membuktikan pihak polis tidak berintegriti serta tidak memahami prosidur siasatan.


Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata walaupun AG mempunyai hak untuk memulangkan semula kertas siasatan kepada pihak polis namun tindakan ini memberikan persepsi buruk dimata rakyat.

"Pemulangan semula kertas siasatan kepada polis membuktikan pihak polis tidak profesional, lemah dan seolah-olah sengaja untuk melewat-lewatkan siasatan selain tidak faham prosiding siasatan.

"Ini juga bukti selama ini siasatan polis tidak menyeluruh dan mempunyai banyak kepincangan sehingga bila diserah kepada pihak yang lebih memahami prosidur siasatan seperti AG akan menolak kertas siasatan polis.

"Maka tak hairanlah sekiranya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) pada 30 November lalu berkata siasatan awal menunjukkan tiada unsur pecah amanah." jelas beliau yang juga bekas Setiausaha Agung PAS.

Menurut Idris, rakyat berhak mempertikai siasatan polis selama ini kerana pemulangan kertas siasatan tersebut memperjelaskan institusi keselamatan tersebut tidak profesional serta boleh dipertikaikan tindakan siasatan polis selama ini.

"Sebagai rakyat saya merasa amat kesal dan bimbang dengan masa depan rakyat negara ini yang diadili berdasarkan kelemahan siasatan polis.

"Kalaulah polis yang profesional setentunya siasatan mereka lengkap untuk di serahkan kepada AG sedangkan sememangnya polis ditugaskan untuk menyiasat.

"Kerja polis adalah untuk siasat sejak polis ditubuhkan lagi. Tak kan lebih 54 tahun buat kerja masih tak faham kaedah siasatan." kata beliau.

Jelasnya, Polis telah hilang kredibiliti disebabkan oleh kekangan pihak kerajaan Umno/BN terhadap institusi keselamatan negara tersebut

"Polis ni kalau kes pembangkang memang pantas dan lengkap dengan siasatan cara mereka tetapi kalau kes-kes libatkan pemimpin Umno seperti kes libatkan Sharizat ini buat siasatan sambil lewa sahaja.

"Bayangkan kalau kita terima sahaja kenyataan Khalid dahulu, saya anggap tak akan ada siasatan pada NFC lagi. Tetapi bila pakatan kemukan bukti tambahan baru nak mula kelam kabut nak siasat sampai siasatan pun sambil lewa dan di tolak AG.

"Begitu juga kes libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu pun macam-macam lapuran dari pihak polis yang dianggap tidak relevan dengan kes tetapi sengaja dilakukan untuk aniaya Anwar." jelas beliau ketika di hubungi TVSelangor

Siasat Juga Pembelian Aset Keluarga Shahrizat

Siasat Juga Pembelian Aset Keluarga Shahrizat


Sambil menyambut baik keputusan kerajaan melantik firma juruaudit bagi menyiasat dan membongkar penyelewengan dalam syarikat penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR juga mahu segala pembelian yang dibuat oleh keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga diaudit.

Dalam membuat cadangan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata audit mesti dijalankan termasuk pembelian aset yang dibuat oleh ahli keluarganya dari semasa kontrak dianugerahkan.

“(Ini) termasuk pembelian atas nama peribadi untuk menentukan sama ada dana NFC telah digunakan bagi tujuan peribadi,” katanya.

Skop audit, kata Rafizi mesti termasuk menyiasat segala pembelian harta, penubuhan syarikat-syarikat lain, perbelanjaan oleh syarikat-syarikat lain yang ditanggung NFC dan segala operasi oleh pihak ketiga yang ditanggung atau berkaitan dengan NFC.

“Menyiasat setiap perbelanjaan oleh NFC untuk memastikan ia benar dan tepat dengan matlamat penubuhan NFC.

“Ini termasuklah memastikan bahawa setiap perbelanjaan adalah berpatutan, berpada-pada, diluluskan dan ada kena mengena dengan aktiviti penternakan lembu seperti yang dimandatkan kepada NFC,” katanya.

Rafizi, yang juga bekas seorang juruaudit turut mencadangkan empat lagi skop yang perlu dilakukan.

Menyiasat proses membuat keputusan di peringkat tertinggi kerajaan untuk memastikan tiada campur tangan politik dalam meluluskan projek NFC serta penganugerahan projek kepada keluarga menteri.

Menyiasat proses pemberian dana kepada NFC oleh Kementerian Kewangan untuk menentukan ia mengikut prosedur Perbendaharaan dan amalan terbaik (best practices).

Menyiasat setiap pemindahan wang keluar dari NFC kepada pihak ketiga untuk memastikan tidak ada unsur penyelewengan. Ini termasuklah menyiasat segala pembelian harta, penubuhan syarikat-syarikat lain.

Menyiasat setiap pembayaran besar dan berkala oleh NFC dan syarikat-syarikat berkaitan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil untuk menentukan latar belakang pembekal dan individu terbabit yang berurusan dengan NFC.

Rafizi: Enam Skop Audit Untuk Siasat NFC

SHAH ALAM, 19 JAN: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempertikaikan kesungguhan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melantik firma juru audit untuk menyiasat dan membongkar penyelewengan dana rakyat yang berlaku di dalam NFC.


Menurut kenyataan medianya, Rafizi berkata juru audit yang di pilih tersebut perlulah memenuhi enam (6) skop utama.

1) Menyiasat proses membuat keputusan di peringkat tertinggi kerajaan untuk memastikan tiada campur tangan politik dalam meluluskan projek NFC serta penganugerahan projek kepada keluarga menteri. Ini termasuklah menyemak semua minit mesyuarat untuk menentukan keterlibatan setiap menteri terbabit serta menilai sama ada projek NFC mempunyai daya komersil untuk dibiayai kerajaan.

2) Menyiasat proses pemberian dana kepada NFC oleh Kementerian Kewangan untuk menentukan ia mengikut prosedur Perbendaharaan dan amalan terbaik (best practices). Ini termasuklah menyemak setiap pengeluaran dana (loan drawdown) untuk menentukan bahawa ia menepati syarat perjanjian dan tidak ada penipuan dokumen semasa permohonan mengeluarkan wang dibuat;

3) Menyiasat setiap perbelanjaan oleh NFC untuk memastikan ia benar dan tepat (true and fair) dengan matlamat penubuhan NFC. Ini termasuklah memastikan bahawa setiap perbelanjaan adalah berpatutan, berpada-pada, diluluskan dan ada kena mengena dengan aktiviti penternakan lembu seperti yang dimandatkan kepada NFC;

4) Menyiasat setiap pemindahan wang keluar dari NFC kepada pihak ketiga untuk memastikan tidak ada unsur penyelewengan. Ini termasuklah menyiasat segala pembelian harta, penubuhan syarikat-syarikat lain, perbelanjaan oleh syarikat-syarikat lain yang ditanggung NFC dan segala operasi oleh pihak ketiga yang ditanggung atau berkaitan dengan NFC;

5) Menyiasat setiap pembelian aset oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil bermula dari tempoh kontrak dianugerahkan sehingga sekarang, termasuk pembelian atas nama peribadi untuk menentukan sama ada dana NFC telah digunakan bagi tujuan peribadi; dan

6) Menyiasat setiap pembayaran besar dan berkala oleh NFC dan syarikat-syarikat berkaitan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil untuk menentukan latar belakang pembekal dan individu terbabit yang berurusan dengan NFC. Ini bertujuan memastikan dana NFC tidak digunakan bagi membiayai kegiatan politik Dato' Seri Shahrizat Jalil atau mana-mana individu lain.

Menurut Rafizi, selain itu firma juru audit tersebut juga perlu membentangkan keputusan siasatan ketika sidang dewan Rakyat akan datang.

Dalam pada itu beliau juga bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk sebagaimana cadangan PAS dan DAP bagi menyiasat penyelewengan projek membabitkan RM250 juta wang rakyat tersebut.

MARI BERMAIN BERSAMA KAK ROS


ANTARA FAEDAHNYA

1. MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENYIMPAN SEJAK KECIL UNTUK MEMBELI SESUATU YANG MAHAL YANG TIDAK MAMPU DIBELI .

2. MENJADI IKON KEPADA KANAK-KANAK

3. PERMAINAN YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN

4. KESILAPAN AKAN MEMBAWA BENCANA DI BOM

5.KEUNTUNGAN BERGANDA DALAM NILAI USD.

6. BAG TANGAN YANG BERNILAI DAN AMAT BERHARGA BAGI ANAK-KANAK.

Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina

Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina


Mungkin di luar jangkaan dirinya, cubaan Perdana Menteri Najib Razak untuk mendampingi komuniti Cina melalui Facebook telah mengundang kesan sebaliknya, apabila warga internet membanjiri laman rasmi Facebook versi bahasa Cina ini dengan sindiran dan kritikan yang tajam.

Tidak kurang komen yang menyasarkan isteri Najib Razak, iaitu Rosmah Mansor, misalnya mengajukan soalan nakal seperti "Nak shopping kat mana hari ini bersama isterimu? Apa jenama baru yang boleh kamu perkenalkan?", malah ada yang mengungkit semula nama "Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang diletupkan dengan C4 di Malaysia pada tahun 2006.

Laman Facebook ini menggunakan Ah Jib Gor (makna: abang Jib) sebagai namanya, membuatkan tidak kurang yang menganggap laman itu direka oleh warga internet yang sengaja menyindir Najib. Ini kerana "Ah Jib Gor" adalah nama yang digelar oleh pembangkang dalam ceramah, ketika merujuk kepada Najib Razak. Gelaran ini dipopularkan di ruang internet, sedikit sebanyak berunsur "sindiran" ketika digunakan. Bagaimanapun, laman ini akhirnya dikesahkan sebagai laman rasmi oleh Setiausaha Politiknya, Wong Nai Chee.

Ketika ditanya MerdekaReview mengapa laman itu dinamakan "Ah Jib Gor", sedangkan gelaran ini selalu digunakan untuk tujuan menyindir, Wong Nai Chee berkata ramai yang memberitahu Najib bahawa beliau digelar sebegitu. Malah, Najib sendiri menganggap panggilan sebegitu agak mesra, maka tidak mengapa jikalau digunakan, menurut Wong Nai Chee.

Tiada perbincangan politik

Bagaimanapun, laman "Ah Jib Gor" mengundang kritikan sebermulanya apabila menyatakan bahawa "tiada perbincangan politik" di situ. Admin menyatakan, "Sekali lagi anda diperingatkan, bahawa tiada perbincangan politik di sini, 'mengacau' tidak dialu-alukan. Anda boleh masuk dan melihat apa yang ada di sini, tetapi anda diharapkan berniat baik dan neutral, dan bukannya berniat jahat atau sengaja sabotaj. Kami sangat mengalu-alukan seandainya perbincangan berdasarkan fakta, juga perkongsian pengalaman hidup. Terima kasih!"

Kenyataan "tiada perbincangan politik" terus mengundang kritikan warga internet, mempertikaikan "Takkan rakyat bersembang soal cinta dan kasih dengan seseorang Perdana Menteri, jika bukan politik?" Kemudian ada pula yang mengalih topik ke shopping, beg tangan, Altantuya Shaariibuu, kapal selam dan sebagainya, memenuhi kehendak PM yang enggan membincang soal politik di laman ini.

Hampir semua soalan yang diajukan berlapik, misalnya ada yang memohon untuk membela lembu, ada pula ingin mengambil alih kontrak mengendali laman Facebook ini, menyindir peruntukan RM1.8 juta untuk Facebook Kementerian Pelancongan sebelum ini.

Terdapat juga warga internet yang cuba mengaitkan sikap "tiada perbincangan politik" ini dengan MCA pada zaman Ong Ka Ting menyandang jawatan Presiden. Pada ketika itu Ong Ka Ting cuba elak untuk menyentuh agenda besar politik, sebaliknya menumpu kepada soal kebajikan, sehingga mencungkil kritikan. Wong Nai Chee adalah ahli jawatankuasa pusat pergerakan belia MCA, dilihat berada dalam sekta Ong Ka Ting sebelum ini.

Bagaimanapun, Wong Nai Chee (gambar kiri) berkata kepada MerdekaReview bahawa ia bukan bermaksud tiada langsung perbincangan politik. PM akan respon kepada perkara yang mempengaruhi kehidupan orang ramai. Wong Nai Chee menjelaskan, Najib telah memiliki satu laman yang khas dalam bahasa Inggeris, maka laman versi bahasa Cina-nya tidak berniat untuk menjadi tiruan kepada laman tersebut. Lebih-lebih lagi, laman ini tidak berniat menampilkan imej Najib yang serius sebagai PM, tetapi sebaliknya.

Menurut pengamatan wartawan, respon rasmi laman ini terbahagi kepada dua, iaitu jawapan daripada Admin, dan kedua, jawapan daripada Najib setelah soalan diterjemahkan kepadanya. Sesetengah warga internet mengadu komen mereka telah dipadamkan admin, menyindir bahawa tidak usah menubuhkan laman Facebook seandainya tidak berani berdepan dengan kritikan.

Najib baru-baru ini hadir dalam majlis penayangan filem Cina tempatan, Ah Beng The Movie: Three Wishes. Ketika ditanya sama ada beliau faham apa yang dikisahkan filem tersebut, Najib menjawab dirinya cuba memahami jalan ceritanya melalui subtitle, dan adegan yang paling disukainya adalah apabila bapa Ah Beng mengambil keputusan untuk berhenti merokok, dan berjaya mengelak dari kebakaran rumahnya.

Jawapan Najib sedemikian lantas mengundang pertikaian warga internet, "Bagaimana pula pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas yang bakal menghancurkan rumah orang?"

"Ah Jib Soh"

Tidak lama selepas laman "Ah Jib Gor" ditubuhkan, satu laman dengan wajah Rosmah Mansor ditubuhkan, bernama "Ah Jib Soh" (makna: makcik Ah Jib). Laman itu secara terang-terang menyatakan bahawa ia "perwatakan rekaan", kini menarik lebih 3,000 peminat.

Status yang diperbarui dengan memilih topik-topik tertentu, menyasarkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, misalnya rambutnya, berat badannya, malah amalan menabung sejak zaman kanak-kanak - untuk membeli cincin intan, yang menjadi bahan sindiran warga internet sebelum ini.

Ahmad Yunus Exco Baru Sukan, Belia dan Adat Resam Melayu

SHAH ALAM, 18 JAN : Pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru melibatkan rombakan kecil di dalam pentadbiran negeri di mana beliau akan dipertanggungjawabkan terhadap portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.

Manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dipegang Datuk Dr Hasan Ali sebelum ini akan diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan lancar.

Tambahnya Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah pembantu exco untuk portfolio belia dan sukan.

"Saya percaya Dr Ahmad Yunus boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab. Latar belakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat dan boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara profesional," ujarnya.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut mengumumkan bahawa Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT) yang sebelumnya disandang oleh Hasan.

"Seperti yang saya katakan, kita gunakan peluang ini untuk cepat selesaikan pentadbiran. Saya berpendapat, Dr Ahmad Yunus mempunyai pengalaman dalam portfolio belia dan sukan, maka beliau sesuai untuk mengambil alih portfolio itu daripada saya bagi menjalankan tugas.

Oleh kerana Datuk Setiausaha Kerajaan adalah ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), maka mudah bagi saya selaku pengerusi untuk melihat perkembangan hal ehwal Islam di Selangor," katanya.

Dr Ahmad Yunus merupakan lulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan Universiti Malaya pada tahun 1991 dan mempunyai empat orang anak.

Beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Selangor dan Ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat.




Pemimpin BN Terlibat Bawa RM1.07 Trilion Keluar Negara?

SHAH ALAM, 18 JAN: Ahli Parlimen Selayang, William Leong mempertikaikan samaada ada dikalangan pemimpin BN terlibat dalam pengaliran wang haram keluar negara berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) sejak 10 tahun lalu.

Katanya berdasarkan pendedahan Bank Negara bahawa pengaliran wang haram tersebut membuktikan tiada usaha dilakukan oleh kerajaan BN untuk menangani isu tersebut.

"Pengaliran wang haram ke luar negara dalam tempoh 10 tahun berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) membuktikan amalan rasuah dan aktiviti haram di negara ini berlaku secara berleluasa.

"Saya pertikai ketelusan kerajaan BN yang tidak mengambil sebarang tindakan drustik berhubung hal ini.

"Apakah hal ini tidak diambil tindakan disebabkan oleh ramai pemimpin BN terlibat. Inilah persepsi rakyat sekiranya kerajaan bersikap lepas tangan dan tidak mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kegiatan yang merugikan negara ini.

Kata William, Pakatan Rakyat merasa amat kesal dan bimbang dengan pengaliran aset negara tersebut.

"Amat membimbangkan apabila Malaysia di istihar sebagai negara ke lima di dunia menjadi pusat pengaliran wang haram.

"Jumlah ini bukan sedikit tetapi amat besar serta memberikan imej buruk kepada negara dimata antarabangsa.

"Secara tidak langsung menjadikan negara ini sebagai pusat kegitan haram antarabangsa yang gagal ditangani oleh kerajaan." kata beliau ketika di hubungi TV Selangor.

Beliau yang juga seorang ahli ekonomi berkata masalah pengeluaran wang haram yang telah berlaku sekian lama dinegara ini tidak ditangani oleh kerajaan BN.

"Mengapa isu ini tidak ada pemimpin BN yang bersuara untuk mengatasinya kerana sudak 10 tahun negara berhadapan masalah ini." ujar beliau

Katanya, tidak sukar untuk mengenal pasti isu tersebut kerana transaksi pengaliran wang haram tersebut boleh dilakukan oleh pihak Bank Negara dan Kementerian Kewangan.

"Saya bimbang ada komplot yang besar yang beroperasi di negara ini dan saya menyeru supaya kerajaan segera bertindak menghalang kegiatan ini." tegas beliau

Dalam pada itu beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat di pilih menerajui negara dalam pilihanraya akan datang, usaha untuk memburu dan mengatasi masalah ini akan diberi perhatian utama.

"Kita tidak mahu wang negara dan aset negara dikhianati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab." katanya

Hindraf Sertai Gerakan ABU






KUALA LUMPUR, 18 JAN : Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) hari ini menyatakan secara rasmi penyertaannya dalam Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU).

Koordinator Kebangsaan Hindraf, W. Sambulingam menyatakan pendirian Hindraf sejak awal penubuhannya bahawa Umno/BN seharusnya berkubur demi membawa pentadbiran negara yang lebih telus.

Sambulingam turut berpendapat bahawa untuk menjatuhkan Umno/BN, ABU memerlukan kuasa -kuasa lain seperti yang berlaku sewaktu Pilihanraya Umum 2008 lepas.

"Kami mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan Umno dan kami yakin dengan penggabungan ini, kita akan berjaya tawan Putrajaya dalam pilihanraya kali ini.

"Kami juga percaya bahawa ini akan membawa perubahan dalam skala besar untuk Malaysia," ujar Sambulingam dalam satu sidang media di Jalan Klang Lama pagi tadi.

Sementara itu, orang kuat ABU, Haris Ibrahim menyatakan rasa gembira dengan penyertaan Hindraf dalam ABU dan percaya penyertaan badan-badan pertubuhan pro-rakyat akan menguatkan ABU.

"Kami merasa gembira Hindraf menyertai ABU dan ia berada dalam landasan yang sangat menggalakkan untuk menjayakan gerakan ABU. Walaupun terdapat perbezaan namun kami bersedia berbincang untuk menjayakan hasrat kami menghapuskan Umno yang merupakan kanser negara.

"Usaha ini juga akan berjaya sekiranya rayat Malaysia semuanya bersatu menolak Umno. Cabaran paling besar adalah untuk membawa kebenaran kepada orang ramai, yang kebiasaanya disuap maklumat fitnah dan pembohongan oleh media arus perdana," tegas Haris.

ABU ketika ini sudah merangka gelombang pertama dengan penganjuran 11 siri jelajah ABU ke seluruh negara bermula di negeri Selangor diikuti oleh Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Sebelum ini ABU sudah mengedar lebih kurang 200,000 ribu salinan VCD DNBN Kuburkan BN yang berdurasi selama 1 jam dan 40 minit, sebuah dokumentari penipuan Umno selama lebih 50 tahun pemerintahan.

Isu Lynas: Debat Fuziah - Adnan Yaakob Pada Februari

SHAH ALAM, 18 JAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersedia untuk berdebat dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu kilang Lynas yang mendapat perhatian umum khususnya masyarakat di Kuantan, Pahang.


Ketika dihubungi TVSelangor hari ini, Fuziah berkata, beliau sememangnya bersetuju dan menyambut baik saranan Adnan untuk bersemuka dalam satu sesi perbincangan atau debat secara ilmiah berhubung perkara itu.

Menurutnya, pasti ia adalah medan terbaik bagi orang ramai membuat pernilaian terhadap persoalan Lynas tersebut.

Katanya, pihaknya kini menunggu kata putus dari Kerajaan Negeri Pahang berhubung perkara itu.

"Saya menyatakan persetujuan untuk berdebat apabila diajukan Sinar Harian dan menyambut baik persetujuan Adnan dalam perkara ini. Sinar Harian yang mempunyai pengalaman dalam mengadakan sesi perbahasan seperti Wacana Sinar Harian juga bersetuju untuk bertindak sebagai penganjur.

"Program ini dijangka diadakan di Kuantan pada minggu pertama atau kedua Februari ini," katanya.

Difahamkan sesi perdebatan itu akan menyentuh mengenai soal sama ada wajar atau tidak Lynas diberikan kelulusan untuk memulakan operasinya di Kuantan.

Fuziah berkata, program tersebut akan mempertemukan dua pihak iaitu pihak yang bersetuju serta menentang dan pihaknya akan mengemukakan hujah selain fakta termasuk bukti kukuh yang disokong pakar luar.

"Perdebatan itu juga akan memberi kesempatan kepada rakyat Kuantan untuk memahami isu Lynas dengan lebih lanjut.

"Apa yang kita perkatakan selama ini adalah untuk kebaikan rakyat Kuantan," ujarnya.

Beliau turut menyentuh mengenai keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang tidak melanjutkan tempoh meneliti dokumen permohonan lesen peringkat pengendalian sementara syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai tidak relevan.

Tegasnya, dokumen lebih 100 muka surat yang penuh aspek teknikal itu perlu dikaji secara teliti dan tidak boleh semudahnya diputuskan dalam tempoh singkat.

Video lucah baru bakal tersebar

Video lucah baru bakal tersebar



Laman web Umno Reform mendakwa terdapat dua lagi video yang membabitkan pemimpin pembangkang bakal tersebar tidak lama lagi. Klik disini.


Laman web pro Umno itu tidak bersetuju jika Umno dan Barisan Nasional berterusan bermain dengan politik lucah.


Seharusnya, perdebatan politik sekarang ini telah diangkat ketahap perbincangan polisi dan dasar. Jika politik lucah dan serangan peribadi terus dimainkan, negara akan terus menerus mundur kebelakang.


Kuasa ditangan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mahu dikenang sebagai seorang reformis atau sebagai jaguh politik lucah.

Umno- Bn DIAMBANG KIAMAT

KOMENTAR

Tahun 2012 telah diberikan pelbagai gambaran tragis termasuk terjadinya bencana besar, kekacauan, keruntuhan kerajaan dan peperangan diseluruh dunia yang merintis kepada berlakunya Kiamat.

Tahun 2012 juga akan melibatkan banyak peristiwa besar termasuk kejatuhan ekonomi dunia melibatkan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika, Eropah, China dan Jepun.

Sebagai umat Islam, urusan hari kiamat hanya ada dalam perbendaharaan Allah dan bukan dalam tanggapan hamba Allah. Manusia hanya di beri hak untuk merancang, mengkaji dan menghujah.

Manakala menurut ahli tasawuf pula pengertian kiamat tersebut boleh di rungkai dalam pelbagai keadaan seperti bencana, kecewa, penyakit, kemalangan dan sebaginya.

Berdasarkan kepada hak merancang, mengkaji dan berhujah yang diberikan Allah kepada manusia tersebut kemungkinan gambaran tersebut ada kebenarannya.

Keruntuhan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak selepas 30 tahun menguasai mesir, terbunuhnya pemimpin Libya, Muhammar Gaddafi setelah lebih 36 tahun memerintah dan runtuhnya LDP setelah menguasai kerajaan Jepun selama 40 tahun adalah antara deretan keruntuhan kerajaan yang dicatatkan oleh sejarah dunia.

Di Malaysia, Umno telah menguasai kerajaan selama 54 tahun. Pelbagai kezaliman, rasuah, salah guna kuasa, sogokan, politik wang, pembaziran wang rakyat, fitnah, lucah, ketirisan, kronisme, nepotisme dan pemborosan, semuanya telah sinonim dengan pemimpin-pemimpin Umno.

Ikon-ikon tersebut tidak akan diberikan lebel sedemikian sekiranya tidak ada kebenarannya.Bak pepatah, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Malah kecelikan rakyat berhubung sumber maklumat memperteguhkan lagi bahawa Umno semakin tersisih ekoran penolakan rakyat.

Kesimpulannya pemimpin Umno sendiri menyedari bahawa pilihanraya Umum (PRU) akan datang Umno/BN sedang berhadapan dengan detik paling getir dalam sejarah.

Pilihanraya Paling Getir

Pengerusi pilihnraya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa pilihanraya kali ini adalah amat getir bagi Umno/BN.

Begitu juga dengan kenyataan beberapa menteri kabinet serta pemimpin-pemimpin BN lain yang melihat kesukaran BN untuk menang.

Maklumat dari kenyataan tersebut mungkin datangnya dari risikan polis dibawah cawangan politik yang sememangnya wujud di Bukit Aman bagi mendapatkan maklumat berhubung sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Pengunduran Dr Mahathir ekoran penyerahan kuasa kepada Abdullah Badawi juga dipercayai dari maklumat risikan pihak polis.

Bagi Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak pula dilema untuk menetapkan tarikh PRU-13 merupakan suatu keputusan yang amat berat.

Isu-isu berhubung pelbagai penyelewengan wang rakyat seperti isu NFC, PKFZ, isu ekonomi yang mencengkam rakyat selain masalah dalaman Umno/BN yang kucar kacir tidak memihak kepada BN untuk meraih sokongan rakyat.

Begitu juga berhubung isu calon-calon yang masih belum mencapai penyelesaian.

Calon Tikam Belakang

Kebimbangan Najib berhubung calon yang akan menikam dari belakang sekiranya tidak terpilih masih menjadi keutamaan yang belum di selesaikan.

Isu calon menikam dari belakang dan memberi sokongan kepada pembangkang sememangnya banyak berlaku ketika PRU 2008 lalu.

Ini disebabkan bagi Umno, sesiapa yang dipilih menjadi ketua bahagian atau calon bererti akan memperolehi kekayaan dan kuasa. Budaya ini telah lama berkembang dalam Umno/BN sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan lagi.

Manakala calon yang tidak terpilih akan dianggap sebagai calon yang gagal dan tersisih. Selain hilang kuasa dan mendapat malu calon serta pengikutnya juga akan terpinggir dari mendapat sebarang projek dan kontrak.

Isu pergaduhan ketika pemilihan di perhimpunan Agong Umno bukan perkara baru. Sengketa antara puak-puak dari pimpinan tertinggi hingga kepada Umno Bahagian telah menjadi budaya yang tidak lagi boleh disembunyikan lagi. Ini termasuk team Muhyiddin dan team Najib sendiri.

Najib Yang Lemah

Ahli Falsafah Yunani, Plato berkata kelemahan seseorang terletak pada keputusan dan tindakan yang diambil bukan berdasarkan apa yang dicakapkan.

Najib pula adalah pemimpin yang terlalu banyak melaung untuk menjayakan tranformasinya dan bersikap 'flip-flop' bila melibatkan tuntutan rakyat sebagimana BERSIH 2.0.

Isu yang membabitkan seorang menteri kabinet beliau berhubung skandal NFC memperjelaskan betapa Najib begitu lemah dan membuat keputusan dan tindakan.


Di pihak parti pembangkang, tindakan Najib mempertahankan Shahrizat Jalil merupakan kondisi yang amat menyenangkan. Ini disebabkan isu ini terus menjadi bahan kempen berpanjangan yang menyegarkan.

Najib mungkin merasakan tindakan beliau membiarkan isu yang membabitkan keluarga Shahrizat itu sebagai tekanan untuk Ketua Wanita Umno tersebut melepas jawatan secara sukarela.

Sebelum ini ramai dikalangan pemimpin Umno termasuk Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Dr M) menggesa Najib bertindak menghukum Shahrizat namun Najib masih membisu.

Manakala kem-kem di dalam Umno juga telah wujud gerakan yang meletakkan kelemahan Najib sebagai asas untuk melobi ahli-ahli Umno menentang beliau.

Tindakan Najib yang juga Presiden Umno yang enggan mengadakan pemilihan ketika perwakilan Umno bersidang dalam beberapa perhimpunan Agung parti itu perjelaskan lagi kebimbangan Najib berhubung perpecahan dalaman parti yang dipimpin beliau.

Najib di kuasai Dr M

Ramai dikalangan pemimpin Umno/BN sendiri menyedari bahawa Dr M masih bertaring di era Najib. Dan Najib pula bukan seorang berani. Beliau tiba dipuncak sekarang bukan disebabkan oleh ketokohan beliau tetapi lebih kepada sikap 'play safe' beliau selama ini.

Najib juga menyedari kejatuhan Tun Abdullah disebabkan oleh gerakan yang dilakukan oleh Dr M dan Muhyiddin yang mengkritik Abdullah secara terbuka ekoran kekalahan teruk BN dalam PRU 12 lalu.

Najib kemudiannya memberikan kerusi Timbalan Menteri kepada anak Dr M (Mukhriz). Dan kemudiannya Dr M mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana memberi jawatan tersebut kepada anaknya.

Sejak itu setiap tindakan Najib sentiasa dibayangi oleh Dr M. Najib pula akan meminta pihak media mendapatkan kenyataan dari Dr M berhubung sesuatu yang akan dibuat supaya tidak mendapat tentangan.

Dr M Perlu Kuasai Najib

Dalam Umno tidak ada orang yang paling dimarahi Dr M selain dari Abdullah Badawi. Hingga ke saat ini permusuhan dan saling serang menyerang masih antara mereka masih berlarutan

Kemarahan Dr M bukan sekadar kekalahan teruk BN dalam PRU 2008 sahaja tetapi tindakan membebaskan Anwar dari Sungai Buluh menjadikan beliau tidak dapat memaafkan Abdullah.

Membebaskan Anwar membuktikan Anwar tidak bersalah selain persepsi rakyat bahawa Anwar sengaja di aniaya oleh beliau. Abdullah dianggapnya cuba menjadi hero dengan memalukan beliau.

Selain itu pembebasan Anwar juga menyebabkan pembangkang menjadi kuat kerana ketokohan Anwar sememangnya di geruni beliau sendiri.

Dengan pembebasan Anwar tersebut telah memaksa beliau kembali aktif memantau Umno dari luar selain memberi cadangan dan jalan kepada kepimpinan Umno/BN sekarang.

Dr M tahu, Anwar mempunyai banyak rahsia tentang kelemahan Umno dan rahsia diri dan keluarga beliau. Anwar juga tahu bagaimana Dr M menggunakan dana awam seperti KWSP dan Tabung Haji untuk membantu syarikat-syarikat anak beliau ketika krisis ekonomi 1998.

Di Majlis Rapat Rakyat Perdana Di Alor Setar pada 14 Januari lalu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata setelah PR menguasai Putrajaya semua pemimpin negara akan disiasat.

"Dr Mahathir tak boleh lari, Rosmah pun sama," kata beliau di hadapan lebih 50,000 hadirin di malam penutup konvensyen PR itu.

Menurut Karpal lagi, walaupun kes tersebut telah lama berlaku namun tidak ada sebab untuk membolehkan kes itu dibuka semula untuk dibicarakan sekiranya perlu.

Anwar dan Pakatan Rakyat

Tekanan Najib paling hebat datangnya dari pembangkang yang di terajui Anwar Ibrahim. Selepas berjaya menguasai lima negeri Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum 2008 lalu gerakan PR dilihat lebih menyerlah berbanding BN.

Walaupun propoganda media perdana hanya sekadar dapat memujuk diri sendiri namun hakikatnya Umno/BN sedang berada dalam situasi paling sukar.

Ketika Konvensyen PR ke-3 di Alor Star baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan beberapa negeri seperti Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu bakal jatuh ke tangan PR.

Selain itu di beberapa negeri seperti Melaka dan Johor di semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan mengalami lonjakan kerusi bagi membolehkan PR menguasai Putrajaya.

Ketika PRU-10 pada 1999, ekoran isu pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, orang-orang melayu bangun dan menolak kepimpinan Umno/BN. Kesannya pembangkang menguasai 42 (PAS-27, DAP-10, ADIL(PKR)-5) kerusi parlimen.

Bimbang dengan kebangkitan Rakyat tersebut, akhirnya Dr M terpaksa berundur setelah menerima maklumat dari jentera pilihanraya pusat dan pihak risikan polis. Susulan maklumat tersebut akhirnya beliau menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah.

RM1.077 Trilion Keluar Negara

Ketika berucap di Konvensyen PR ke-3 baru-baru ini, Pengerusi BERSIH 2.0 yang juga bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menyarankan supaya PR berusaha membawa balik pulang USD291 billion (RM1.07 trilion) wang negara yang telah dibawa keluar dalam beberapa bulan kebelakngan ini.

Menurut Ambiga, usaha tersebut harus dilakukan sebagai tindakan terawal apabila PR berjaya menguasai Putrajaya kelak.

Katanya wang tersebut merupakan aset negara paling berharga yang telah diseludup keluar melalui pelbagai cara.

Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas membuktikan bahawa terdapat segelintir rakyat yang berkepentingan telah dapat menghidu akan berlaku berubahan tompok pemerintahan negara selepas PRU akan datang.

Setakat ini tiada laporan yang menyatakan siapakah individu yang terlibat dalam pengkhianat terhadap aset negara tersebut.

Terpulanglah juga kepada pembaca untuk menafsirkan kedudukan kemudian.

Setakat ini Najib tidak memberi sebarang reaksi berhubung isu tersebut walaupun pelbagai pihak termasuk PR cuba mengenengahkan isu tersebut untuk di tangani.

Apa pun keadaannya, masanya akan tiba juga untuk menyaksikan kuasa rakyat akan meletakkan hakikat kebenaran. Kekalahan akan menjadikan Umno berada di ambang kiamat.

Waktu telah terlewat untuk Umno/BN memperbaiki apa yang telah dirosakkan. Yang ada hanya jalur waktu untuk menunggu detik kiamat tersebut untuk dihakimi rakyat.

Tuan Ibrahim: Hasan Ali Bukan Lagi Ahli PAS

SHAH ALAM, 17 JAN : Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali yang di pecat 8 Januari bebas untuk membuat sebarang kenyataan dan tindakan peribadi memandangkan beliau bukan lagi menjadi ahli PAS.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan tidak mempunyai halangan melancarkan siri ceramahnya ke seluruh negara bagi mendedahkan kononnya terdapat kumpulan 'parasit' dalam PAS.

Beliau menyifatkan usaha tersebut sebagai satu tindakan pribadi kerana ia adalah diluar kawalan dan tanggungjawab parti.

"Kita berlapang dada untuk Hasan meneruskan ceramahnya, kerana beliau bukan lagi ahli PAS dan tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan PAS.

"Terpulang kepada orang ramai untuk percaya atau tidak dengan dakwaannya itu, kita tidak boleh halang kerana jelas beliau bukan lagi Ahli PAS," katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim tidak menafikan hak Hasan Ali untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk membuat keputusan.

Hingga ke saat ini Hasan di dakwa tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung pemecatan beliau. Tarikh rayuan tersebut berakhir 7 Februari depan.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Hasan mendakwa, kumpulan itu memainkan peranan memesongkan PAS dari perjuangan Islam.

Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Ketika dihubungi TVSelangor, Tuan Ibrahim berkata, tidak pernah wujud kumpulan 'parasit' dalam kepimpinan PAS seperti yang didakwa bekas Exco Hal Ehwal Islam negeri Selangor itu.

Kenyataan Hasan tersebut juga dianggap tidak munasabah kerana sebarang keputusan parti perlu menerusi perbincangan dalam mesyuarat tertinggi.

"Kita ada majlis syura yang akan menentukan dasar parti dan perkara yang besar pula akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

"Jadi dakwaan yang mengatakan wujud kumpulan perosak itu antara punca beliau dipecat langsung tidak boleh diterima, kerana keputusan besar dalam parti adalah keputusan bersama bukannya keputusan antara kumpulan,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata keghairahan media arus perdana mengambil kesempatan dengan mendampingi bekas ahli pembangkang sudah diramal.

Namun, bagi PAS, ia tidak menjejaskan perjalanan mereka untuk terus memberi fokus kepada pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Fenomena biasa, kalau beliau (Hasan) kritik PAS, media arus perdana akan membuat liputan, tidak ubah seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin dan beberapa pemimpin lain ,"jelasnya.

Lynas akan bina tapak pembuangan sisa nadir bumi di Pahang


Chan Wei See

Sesungghnya Lynas merancang untuk mengitar semula dan mengkomersialkan sisa radioaktif nadir bumi, namun seandainya sisa radioaktif ini gagal dikitar semula sepenuhnya, maka Lynas akan mendapatkan sebidang tanah di negeri Pahang untuk membina tapak pembuangan sisa radioaktif, diletakkan di bawah pengawalan institusi (institutional control) selama 300 tahun.

Dalam laporan Lynas kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) untuk mendapatkan lesen operasi sementara, seandainya syarikatnya gagal mengkomersialkan sisa buangan radioaktif yang diproses dan dikitar semula - setelah semua cara digunakan, maka Lynas akan mendapatkan sebidang tanah yang sesuai di negeri Pahang untuk membina kemudahan pengendalian sisa radioaktif kekal (permanent disposal facility).

Menurut laporan, "Ini untuk memastikan pengendalian yang selamat dan pembuang sisa radioaktif dalam masa 300 tahun di bawah pengawalan institusi." Laporan juga menyebut, dalam tempoh 300 tahun itu, tapak pembuangan sisa radioaktif ini akan membina satu papan notis di situ, memberi maklumat terperinci mengenai operasi tapak itu, dan menghalang orang awam dari memasuki kawasan itu tanpa kebenaran.

Lynas belum mengenalpasti lokasi tapak pembuangan sisa radioaktif, namun menyebut bahawa lokasi itu akan mematuhi cadangan yang dikemukakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), mempertimbangkan faktor ciri-ciri hidrologikal, kedalaman air bawah tanah, ciri-ciri tanah, kegunaan air bawah tanah, aktiviti di atas permukaan bumi, risiko tsunami, populasi manusia, sumber mineral dan sebagainya.

Bagaimanapun, Lynas tidak menyatakan dengan jelas sama ada tanah ini diperuntukkan kerajaan negeri Pahang atau dibeli sendiri. Namun, laporan Lynas menyebut, untuk memastikan sumber kewangan yang mencukupi, syarikatnya akan membekalkan dana yang cukup untuk merobohkan kilang (bila tamat operasi), kerja pembersihan dan pembinaan tapak pembuangan sisa radioaktif.

Tapak pembuangan sisa radioaktif di Papan, setelah tamatnya operasi kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah.

Menurut Lynas, penghitungan sekarang menganggarkan kos setinggi USD 25 juta, untuk pembinaan tapak pembuangan sisa radioaktif, pemeliharaan dan kos untuk merobohkan kilang selepas tamat operasinya.

Menurut laporan, ketika kilang pemprosesan nadir bumi beroperasi, sisa radioaktif akan disimpan buat sementara di perkarangan kilang (Residue Storage Facility, RSF). Kemudahan ini direka untuk menampung sisa buangan selama lima tahun. Apabila terlebih muatannya, maka sisa Water Leach Purification Solid (WLP) akan dibawa ke tapak pembuangan sisa kekal.

Apabila kilang pemprosesan nadir bumi berhenti operasi selepas 20 tahun, semua sisa pembuangan radioaktif akan diangkat ke tapak pembuangan sisa radioaktif yang kekal.

Laporan Lynas menegaskan, strategi pengendalian sisa pembuangan adalah, menjadikan Flue gas desulfurization Residue (FGD), Neutralization Underflow Solid (NUF), dan Water Leach Purification Solid (WLP) kepada Synthetic Gypsum, Magnesium Rich Gypsum dan Iron Phospho Gypsum.

Lynas mendakwa, kajian terkini menunjukkan FGD, NUF dan sebahagian besar WLP boleh dikomersialkan, hanya sebahagian kecil WLP perlu dibuang dengan menanamnya di tapak pembuangan sisa radioaktif kekal. Lynas berkata, seandainya situasi terburuk berlaku, iaitu WLP gagal dikitar semula untuk kegunaan lain, maka tapak pembuangan sisa kekal akan direka bina untuk sisa WLP yang dihasilkan semasa kilang pemprosesan nadir bumi ini beroperasi.

Carta dalam laporan Lynas menunjukkan, Lynas merancang untuk menjual FGD pada musim keempat tahun 2012, dan menjual FGD sepenuhnya pada tahun 2013. Kemudian, Lynas mungkin menghasilkan baja yang dibuat dengan FGD pada tahun 2014 hingga 2015, untuk pulangan yang lebih tinggi.

Untuk sisa NUF pula, Lynas merancang membina kilang untuk menghasilkan MgCaSO4 pada musim pertama tahun 2013, dan dijual ke Australia, Malaysia dan Indonesia, malah mula menghasilkan Carbon Mg Gypsum product dari tahun 2014 hingga 2015.

Untuk sisa WLP yang mengandungi radioaktif tinggi, Lynas merancang untuk menjalankan ujian penghasilan road base dan paver pada tahun 2012, malah akan menjalankan eksperimen untuk diaplikasikan pada tahun 2013, untuk membina jalan raya, paver dan sebagainya, seterusnya akan menjalankan eksperimen berulangan pada tahun 2014 dan 2015 - dan menghasilkan produk selepas itu.

Dokumen permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), iaitu Radioactive Waste Management Plan dan Safety Case For Radioactive Waste Disposal telah dipamerkan untuk mengutip pandangan umum di empat lokasi, dari 3 hingga 17 Januari 2012.

Empat lokasi ini adalah Ibu Pejabat AELB, Dengkil Selangor; pejabat sementara LPTA di tapak Lynas Gebeng, Kuantan, Pahang; Pejabat AELB Cawangan Timur, Kemaman, Terengganu dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disunting dan diterjemah dari teks asal, yang disiarkan pada 5 Januari 2012.

Homoseksual: Jangan terpengaruh dakyah dan fitnah jahat media UMNO

Homoseksual: Jangan terpengaruh dakyah dan fitnah jahat media UMNO

Ahmad Kasim

Seusai pembebasan Anwar Ibrahim dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong UMNO terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat. Beberapa hari kebelakangan ini, Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.

Fitnah yang dipintal media UMNO seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Anwar Ibrahim (gambar kanan) ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation). Sekiranya diteliti jawapan Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini. Saya nukilkan petikan jawapan Anwar Ibrahim tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

"We will have to review archaic laws ...and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

..but we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated
."

Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis). Walau bagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media UMNO. Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.

*Kenyataan media oleh HJ Ahmad bin Kasim (gambar kiri) selaku ahli parlimen Kuala Kedah, dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat.