KALAU BUNCIT BELAJAR LAH DARI RINA HARUN..KAN DIA DAH JADI MODEL..

 


Mira Filzah kata dia buncit

Mira Filzah kata dia buncit

SEJAK pelakon kesayangan ramai, Mira Filzah mendirikan rumah tangga tahun lalu, ramai yang ternanti-nanti berita kehamilannya.

Terbaharu, foto yang yang dimuat naik Mira dalam Instagramnya mencuri perhatian ramai.

Dalam foto yang memaparkan dia memakai baju berwarna biru itu, kelihatan bahagian perutnya sedikit menonjol. Tidak dapat disahihkan sama ada Mira hamil atau kerana baju yang dipakainya agak besar.

Susulan foto berkenaan, ruangan komen Instagramnya dihujani ucapan tahniah daripada netizen.

“Eh, macam ada baby bump lah! Tahniah,” tulis seorang netizen.

Tidak kurang juga apabila ada yang melahirkan perasaan teruja kerana menyangka pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu sudah berbadan dua!

Disebabkan ramai sangat yang bertanyakan hal tersebut, Mira tampil membalas komen seorang pengikut Instagramnya.

“Ahhh, buncitlah,” balasnya ringkas.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat isteri kepada Wan Emir Astar itu kelihatan semakin kurus kerana wajahnya yang sedikit cengkung.

Tidak perasan pula pada mata Diva wajah pelakon cantik itu semakin kurus. Tajam betul penglihatan peminat ya!

Tak mengapalah jika Mira belum ada rezeki untuk berbadan dua. Nanti-nanti mesti ada. Doa-doa sahaja.


Penyokong Mahathir mahu bertanding 98 kerusi, cadang PH ambil 124 kerusi parlimen

 


Mula-mula para penyokong saka ni nak bekerjasama..aku tak tahu la secara paksa ka atau dah berunding. Awat yang nak kerjasama macam secara paksa? Kalau dah terasaa kuat sangat eloklah bertanding lah berapa kerusi sekali pun . Mana ada siapa yang akan larang.

Kemudian, setelah nak paksa PH terima mereka....boleh pulak aturkan parti ni sekian sekian banyak kerusi yang bertanding dan dia  parti apa ntah la yang akan mewakili OT 95 tadi akan bertanding dengan 98. Makna kata dia nak jadi "Abang Besar"  la kononnya. Makna kata boleh lah tentukan siapa akan jadi PM?

Owhh banyak hangpa punya cerdik..Tak bekerjasama lagi dah nampak hangpa punya cengkadak nak menipu..kalau menang la..kalau...dulu pun menang berapa kerat kerusi saja....jangan nak mengarut lah...

PH tak akan bekerjasama dengan OT 95 pun sebab dah tahu hangpa punya perangai nak kencing...buat busuk nama saja...PKR akan bertanding semua kerusi kecuali Kerusi DAP.....amacam?


POSTED BY AMIR WRLR


Penyokong Mahathir mahu bertanding 98 kerusi, cadang PH ambil 124 kerusi parlimen


Buat pertama kalinya kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan formula kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

Kumpulan penyokong Dr Mahathir yang memperkenalkan mereka sebagai ‘The Third Force bloc’ atau Pasukan Ketiga mahu bertanding 98 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang dan mencadangkan Pakatan Harapan bertanding 124 kerusi.

Dalam satu tulisan yang dibuat oleh penyokong kuat mereka, Raggie Jessy Rithaudeen, The Third Force dianggotai oleh Pejuang akan bertanding 50 kerusi, Warisan (23) dan lain-lain (25).

Kerusi-kerusi itu adalah kerusi yang telah dimenangi oleh Pejuang dan Warisan sekarang serta sejumlah kerusi yang lain.

Tulisan itu mencadangkan, PKR bertanding 50 kerusi, DAP (42) dan AMANAH (32).

Cadangan ini bertujuan untuk mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru, kata tulisan itu lagi.

“Semua pihak akan bertemu selepas pilihan raya umum untuk menentukan siapakah yang patut menjadi perdana menteri,” cadang tulisan itu.

Tulisan ini mengandaikan, Bersatu, Umno dan Pas serta rakan-rakan mereka akan bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang dan tidak akan bertembung antara satu sama lain.

Ini adalah cadangan yang pertama datang dari kumpulan Tun Dr Mahathir untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru atau lebih dalam pilihan raya umum akan datang selepas berpecah dengan Pakatan Harapan.

Dr Mahathir masih menjadi faktor dalam pilihan raya di Malaysia.

Yang menjadi isu juga adalah apakah Umno akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya nanti kerana kedua-duanya merebut kerusi yang sama.

Dalam mesyuarat bahagian-bahagian Umno awal Januari lepas, 147 dari 222 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke 15 nanti.

Namun begitu, Umno sedang dipujuk oleh Pas terutamanya bahawa tanpa kerjasama dengan Bersatu dan Pas, mereka akan kalah.

Jika Umno bertegas dengan keputusannya tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, akan terbentuk tiga blok utama dalam pilihan raya umum akan datang.

Perikatan Nasional (PN) di mana Bersatu akan bersama dengan Pas dan rakan-rakannya termasuk Gerakan yang baru menyertai mereka.

Barisan Nasional yang terdiri dari Umno, MIC dan MCA.

Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan AMANAH yang bekerjasama dengan kumpulan The Third Force pimpinan Dr Mahathir. 



Panas! Saarani bagi amaran pada Bersatu, jangan kacau tempat UMNO

 


Panas! Saarani bagi amaran pada Bersatu, jangan kacau tempat UMNO


UMNO Perak memberi kata dua kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertegas supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu kekal ditandingi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kalau ada keikhlasan untuk menyokong dan mendokong penyatuan di negeri Perak, jangan ganggu tempat UMNO dan Pas.

“Terdapat dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Bersatu di Perak sekarang iaitu di Sungai Manik dan Tualang Sekah. Kerusi itu sebenarnya hak UMNO. Jadi, UMNO akan letak calon bertanding di kawasan ini.

“Bersatu juga digesa tidak bertanding di Parlimen Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang. Itu juga asalnya kawasan UMNO.

“Kami menang dulu (PRU14) atas tiket BN (Barisan Nasional). Kita tidak akan bagi kepada Bersatu. Tiada sebarang kompromi,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Ahad di sini baru-baru ini.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, jika Bersatu benar-benar mahu menyelamatkan ummah dan Melayu, maka mereka disarankan bertanding di kerusi-kerusi yang disandang oleh Pakatan Harapan (PH).

“Bersatu janganlah mengganggu tempat UMNO dan Pas. Cuba cari pasaran baru, itu yang kita minta.

“Kalau tidak, seperti yang dijangkakan, akan berlaku pertandingan tiga penjuru ataupun empat penjuru. Jika itu berlaku, sudah tentu orang lain akan mengambil kesempatan dan parti-parti Melayu akan jatuh,” ujar beliau.

Menurut ADUN Kota Tampan itu, UMNO memiliki kekuatan sendiri menerusi Muafakat Nasional (MN) dan persefahaman itu perlu diteruskan.

“UMNO sudah ada kekuatan bersama dengan MN. Jadi teruskan, tetapi Bersatu datang kemudian.

“Kalau datang Bersatu untuk sama-sama menguatkan Pas dengan UMNO, maka jangan ganggu tempat Pas dan UMNO,” tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut berjanji untuk mengarahkan semua ahli UMNO supaya membantu Bersatu sekiranya parti itu tidak bertanding di kawasan UMNO.

“Saya janji, kalau Bersatu sanggup bertanding di Simpang Pulai, ahli UMNO di kawasan ini saya akan kerah untuk sokong Bersatu sehingga menang,” katanya.

Kerusi DUN Simpang Pulai disandang Tan Kar Hing daripada PKR yang dimenanginya dengan majoriti lebih 20,000 undi pada PRU 2018.

Ketika ditanya mengenai masa depan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang, Saarani berkata, tidak mustahil PN akan berkubur pada PRU15.

“Ini mungkin boleh berlaku kerana di tempat-tempat Melayu akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Kita ambil contoh apa yang berlaku di DUN Titi Serong.

“Ada tiga calon Melayu bertanding iaitu Pas, UMNO dan parti Amanah. Orang Melayu di situ ada lebih kurang 60 peratus, selebihnya bukan Melayu.

“Jadi orang Melayu berpecah kepada tiga. Barangkali 20 peratus sokong Pas, 30 peratus sokong UMNO dan 10 peratus lagi sokong Amanah. Tetapi orang bukan Melayu menyokong PH yang diwakili Amanah.

“Maka, Amanah yang menang. Pas dan UMNO kalah. Amanah menang atas nama PH, didokong oleh DAP,” katanya.

Sehubungan itu, Saarani menggesa Bersatu mengotakan kata-kata mereka yang mahukan penyatuan dan perpaduan dalam kalangan parti-parti Melayu.

“Kalau Bersatu begitu hebat menyeru kepada perpaduan dan penyatuan, saya tiada masalah tetapi perpaduan dan penyatuan jangan datang daripada mulut sahaja, perlu ada tindakan,” kata beliau. 


Langgar SOP: Puad tempelak Annuar Musa jangan tambah koyak imej PN yang dah rabak

 


Langgar SOP: Puad tempelak Annuar Musa jangan tambah koyak imej PN yang dah rabak


Ahli Majli Tertinggi Umno Puad Zarkashi menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa supaya “jangan tambah koyak imej PN yang semakin terkoyak.”

In susulan Annuar dituduh ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP kerana makan semeja bersama enam yang lain.

“Sedangkan SOP hanya benarkan dua orang sahaja.

“Sekali lagi Annuar bagi alasan dia cuma duduk sebentar sebelum bergegas pergi kerana penganjur tidak kut SOP.

“Kalau sudah tahu tidak ikut SOP kenapa duduk juga di situ walau sebentar. Mana logiknya,” soal Puad pada hantaran di media sosial.

Jelas Puad, kelakuan menteri itu menunjukkan budaya orang yang tidak mahu mengaku salah.

“Ada sahaja alasan yang diberi untuk tidak mahu mengaku salah,” kata Puad.

Malaysiakini telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan maklum balasnya.

 

Puad juga mendakwa sebelum ini, Annuar dituduh ingkar SOP yang melarang berjoging lebih dua orang dari rumah yang sama.

Ini selepas tersebar gambarnya berjalan dalam kumpulan secara bertiga ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Annuar kemudian mendakwa bahawa ketiga-tiganya telah berjalan di jalan yang berbeza, dan saling bertembung secara kebetulan.

Menteri itu menafikan dirinya melanggar SOP ketika bersenam.

“Terkial kial Annuar mencari alasan kononnya mereka bertiga datang dari arah berbeza tetapi bertembung secara tidak sengaja.

“Pandai cari alasan. Soalnya kenapa terus jalan bersama? Tiga tiga pakai tongkat tetapi tidak pakai face mask. Ada-ada sahaja alasan,” kata Puad lagi



MODEL BARU UNTUK DIPERKENALKAN- NAK JADI MENTERI KA MODEL

 



Semakin cerca merba. Ada Menteri sibuk update motor honda Ex5, ada yang sibuk tayang baju dan jubah merah time cina raya. Ada menteri yang sibuk ikat usus perut nak jadi kurus dan cantik, dalam.keadaan rakyat terpaksa kurus kerana ikat perut, lapar duit takde, tiada kerja, harga barang mahal..

Sudah semakin teruk...semoga Istana tahu apa yang terjadi dan tidak akan biarkan kerajaan tanpa mandat rakyat, tanpa majoriti ini terus memerintah menyiksa rakyat...

Ada wanita kena gangguan seksual dia tak peduli, ada anak sekolah kena dera dia tak peduli,ada keluarga susah payah nak besarkan anak-anak dia x ambil tahu...


Menteri yang jaga hal ehwal wanita, keluarga dan masyarakat sibuk photoshoot baju baru rekaan designer dekat pejabat.


Elok la berhenti jadi Menteri, pergi jadi pengacara Nona.Kecik-kecik x nak mampos dah jadi menteri menyusahkan orang..


W Faudzin 

Mohd.Nasir


#DSAIPM9

#StaySafe

#BerkatBerjasa

#iklasdemirakyat

#PeduliRakyatPrihatin

#KekalBermaruah

#KekalBerprinsip

#kitajagakita

#akukeadilan

#MuhyiddinOut




MANA 'PENJAWAT'-PENJAWAT JAWATAN POLITIK?

 

NORMAN RADZUAN


PRU15 mungkin selepas berakhir darurat...Yg saya bimbang ahli2 yg berjawatan dlm parti ramai yg berdiam diri. Yg siang malam lwn PN dan BN ni NGO, Reformis, mereka yg tidak berparti atau ahli AJK kecil parti sahaja. Yg lain kata org Perak 'lebuh'.

Bila menang nanti tiba2 muncullah muka mereka sebagai Setiausaha YB, Exco, Menteri, MB, TPN dan PM atau paling kurang sebagai Ahli Majlis. YB ini pun satu suka layan pengampu2 daripada mereka yg sanggup berkorban utk kejayaan PH. Sebab itu dulu PH punah segera sebab dikelilingi pengampu2 politik.

Ingat PRU15 ini yg menjadi penentu kemenangan PH adalah media sosial. Ia kerana isu pandemik akn dimanipulasi yg dilihat memberi kelebihan kpd PN. Please...5 juta pengundi PH setiap org mesti memainkan peranan menyedarkan rakyat dari terus dibohong.

Saya lihat yg menulis siang malam melawan kleptokrasi ini mereka yg tak bergaji dan berjawatan dan akn dilupakan dari YB hingga ke pengampu2 (pegawai ) YB.

Jadilah org muda di zaman Anwar... agresif, tegas dan berani. Bila nanti tak ada jawatan mulalah bising suruh org2 tua bagi laluan dkt anak2 muda. Mulalah bising anak muda tidak diberi peluang dlm politik dan sebagainya. Bila hari2 lawan org2 tua ni lah yg hadap.

Kata Anwar...'yg kita lihat mereka mahu jawatan, mahu gelaran Dato dan akhirnya perjuangan entah ke mana..'

Please jgnlah bila saat akhir muncullah wajah mereka yg kononnya sdg berteriak 'Reformasi.' Kerja kuat dari skg samada tua, muda, yg ada jawatan dan tidak berjawatan jika mahu menang.

Kredit :

Norman Radzuan

 

 

ANNUAR MUSA PERDANA MENTERI MASA DEPAN MALAYSIA

 

Kalau rakyat biasa langgar SOP dua kali, sudah pasti RM2000 melayang daripada poket sendiri.

Tetapi, Annuar Musa dua kali langgar SOP tetap masih bebas lagi.

Kali pertama beliau didapati beriadah bertiga dan semalam, duduk di meja makan yang dipenuhi enam orang.

Ketika beriadah bertiga sebelum ini, dia kata hanya kebetulan terjumpa, berjalan bersama dan bergambar dengan dua jiran serta kenalannya itu.

Selepas itu, katanya, mereka berpisah ikut haluan yang berbeza.

Kali kedua ini pula, Annuar memberi alasan hanya seketika saja duduk di meja makan sebelum beredar pergi kerana beliau kononnya sedar ada SOP tidak dipatuhi.

Meneliti semula gambarnya di meja makan, ternampak seperti beliau khusyuk membelek telefonnya, manakala yang lain-lain sedang menikmati makanan yang dihidangkan.

Tak tahulah berapa lama seketikanya beliau duduk di meja itu, mungkin sempat membaca beberapa mesej atau mungkin juga sehingga habis sepinggan nasi.

Pokoknya, setidak-tidaknya setakat ini, Annuar semacam terlepas dan tidak disentuh oleh undang-undang.

Selain pandai mencipta alasan, jika terlepas lagi kerana kes melanggar SOP ini, bermakna Annuar seorang yang kebal orangnya.

Kalau kita tidak lupa, ada satu kes kena kompaun sebelum ini hanya kerana seseorang itu meletakkan pelitup muka di dagunya.

Makna kata, dia hanya seketika juga tidak menutup mulut dan hidungnya dengan pelitup muka.

Tetapi, oleh kerana orang itu tidak kebal macam Annuar, dia tetap kena saman juga.

Susah nak cari orang hebat dan kebal macam Annuar ini, dua kali langgar SOP, kedua-dua kalinya pihak berkuasa takut nak berbunyi.

Menteri kanan yang jaga keselamatan sewaktu PKP, Ismail Sabri Yaakob pun tak berani nak kata apa-apa, walaupun dengan rakyat biasa, setiap hari ada saja amaran diberinya.

Oleh kerana hebatnya itu, tak mustahil selepas ini Annuar akan langgar SOP lagi dan terus bebas lagi.

Hebat beb…ini bukan saja undang-undang takut dengannya, silap-silap virus Covid19 pun takut sama dengannya.

Kalau menteri lain yang balik daripada luar negara perlu kena kuarantin tiga hari, Annuar mungkin tak perlu semua itu.

Barangkali kuarantin baginya cukup dengan hanya duduk bersendirian sambil menikmati kopi di lounge KLIA saja.

Hebat, hebat, hebat…

Dengan kehebatan tak terbanding dan tak tertanding itu, sebenarnya hanya jawatan Perdana Menteri saja yang sesuai buatnya selepas ini.

Jawatan Menteri Wilayah Persekutuan sekarang ternampak sangat kecil dengan kewibawaan dan kecekapannya mencipta alasan melanggar dua SOP setakat ini.

Bayangkan jika melanggar SOP kali ketiga nanti, pasti alasannya lebih canggih serta luar biasa lagi.

Rugi besar negara dan kita semua jika orang hebat seperti beliau tidak dijadikan peneraju negara.

Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan pasti setuju benar dan tiada halangan memberi sokongan. 


(Shahbudindotcom 14/02/2021)



DR DZULKIFLY JANGAN CEMARKAN BODY ANDA

 

SUDAH-SUDAHLAH PERCAYAKAN OT95. JANGAN BUKA RUANG UTK DIKHIANATI LAGI...MOVE FORWARD..!!

**************************

DR DZULKIFLY JANGAN CEMARKAN BODY ANDA

 

Saya rasa tidak perlu untuk sesiapa pun dari PH membuka cerita memberi harapan dan peluang kepada OT95 walaupun untuk dia mainkan peranan apa sekali pun. Kenyatan berupa padangan ikhlas daripada Dr Dzulkifly Ahmad yang memberi tahu OT95 boleh berperanan dalam PH rasanya tidak perlu disebut kenang lagi. Cukuplah, riawayat politiknya perlu dihabisi.

Dzulkify menarik perhatian itu dalam satu temuramah dengan sebuah portal.

Walaupun dia boleh memainkan peranan penting, tetapi dengan melibatkannya menyebabkan luka lama akan berdarah kembali. Jadi usahlah Dr Dzulkifly cuba pipihkan lada kepada burung yang memang pelahap. Jangan lada tersambar jari pula yang terluka.

Dzulkifly kata OT95 tidak lagi calon PM dalam pilihanraya ke 15 tetapi tidak menolak dia boleh dilantik jadi menteri mentor, tak payahlah, PH tidak perlu kepada mentor mante cukup berdiri dengan sendiri. Bagi saya lebih baik ajak Najib Razak untuk bersama berbanding dengan OT95.

Dia manusia yang tidak boleh dipercayai dan diharapkan lagi. Dia seperti anjing terjepit yang akan menangis ketika sakit dan akan menyalak dan mengigit apabila terlepas.

Maaflah, biarpun PH menang kalau dengan pertolongannya, tetapi bagi saya kemenangan itu tetap tidak halal, lebih baik seribu kalah daripada menang dengan pertolongannya. Walaupun daging babi banyak lemah tetapi ia haram. Cukuplah untuk jadi bodoh dua kali jangan sampai berkali kali.

Minta kepada mana mana pihak dalam PH usah bercakap dan mahu bergantung harap kepada OT95 lagi. Percaya dan yakinlah, peluang dan nasib baik kepada seseorang itu tidak akan berulang sampai tiga kali. Sebaik baik tindakan kuburkan sahaja pengharapan dan rasa penyanjungan tinggi kepada orang seperti itu. Jangan kerana dia lantik kita jadi menteri kita terus bersujud sawi kepadanya. Hormat dan sanjung ada batas mentaranya.

Dzulkifly pula jangan anda cuba menjadikan diri anda seperti Lid Lid Gun ataupun macam Salahuddin Ayub atau pun Mat bin Sabu. Lebih baik percaya kepada diri sendiri daripada percaya kepada orang lain terutamanya seperti OT95. Trims.

- MSO

 

HIPOKRITNYA PAS..

 

BETAPA HIPOKRITNYA PAS

Takder apa yang nak diperkatakan lagi melainkan sekadar mendedahkan betapa hipokritnya PAS... dah lama PAS memang macam nih... Ianya bukan benda baru...

Adoilah...

 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎PAS Bandar Universiti 16 Jan 2020 PAS Bandar Universiti 4h.® Sebiji pun jangan beli!! LLB Selamat Tahun Baru Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 8h.â 2020 i Selamat Tahun Baharu Cina 2021 Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada masyarakat Cina khususnya kaum Tionghua yang hidup bersama kita di M... See more SR CEMPEDAKCHEESE.COM Promosi pun tiada orang beli, netizen serius boikot limau mandarin? جينا بهارو تاهون SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2021 恭喜發財 SONG CHAI‎"‎‎

RAKYAT TERUS DISAMAN, MENTERI KAYANGAN BANGGA LANGGAR SOP



Ketika Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan SOP baru dengan membenarkan orang ramai boleh makan di restoran tetapi terhad kepada dua orang, hari ini tersebar satu foto Menteri Wilayah Persekutuan makan lebih daripada enam orang.

Gambar berlatar belakangkan banner yang tertera Program Pertanian Bandar (Urban Farming) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 13 Februari 2021 itu mula tersebar, memperlihatkan tujuh orang sedang menjamu selera termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bertempat di Kebun Komuniti Bandar Urban Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia Desa Petaling Kuala Lumpur.

Tersebarnya foto berkenaan, warganet mula mempertikaikan perbuatan mereka yang dikatakan telah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan pada PKP2.0 ini.

“Level kayangan”, kata Nor Azizuddin Abdul Manan.

“SOP… 1 meja untuk 2 orang tu hanya TERPAKAI untuk rakyat biasa sahaja. TIDAK pada VIP@Menteri,” tulis Suhaizy Shamsudin.

“Prasangka yg baik baik… Mungkin gambo nie diambil tahun 2011 kot eakk,” sindir RN RN Mohamed.

“Takkan bro tak tau SOP dibuat khas untuk rakyat. Covid-19 hanya boleh detect rakyat biasa. Menteri, VVIP dan tokey-tokey virus tak berani nak masuk sebab takut kena saman,” kata Mohd Shafique Effendie.

Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

 

TAK PERLU LAH PENYOKONG OT 95 NAK AJAR PH...KALAU DAH KUAT PENGARUH OT 95 LAWAN SENDIRI GUNA LOGO SENDIRI....

 

TAK PAYAH TERKEJUT SANGAT LA...HANGPA TAK DA FUNGSI PUN DALAM KERAJAAN TEBUK ATAP...APA HANGPA BUAT ...YELLEK...

 

Sugar baby: Pemuda PAS terkejut gejala tidak bermoral wujud dalam kerajaan PN

Sugar baby: Pemuda PAS terkejut gejala tidak bermoral wujud dalam kerajaan PN

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mendesak agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyekat laman web dan aplikasi Sugarbook demi menjaga nama baik negara.

Naib Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, peningkatan sebanyak 40 peratus pelajar pengajian tinggi yang mendaftar bermula Januari lalu bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh rakyat dan kerajaan.

Tambahnya, keadaan tersebut menunjukkan kadar peningkatan kecenderungan rakyat terhadap gejala tidak bermoral sudah berada pada tahap yang amat membimbangkan.

“Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) dengan tegas telah menyuarakan pendirian kami berkenaan isu ini pada Disember 2019 apabila tular paparan iklan billboard Sugarbook di ibu kota Kuala Lumpur.

“Negara China boleh menyekat aplikasi Facebook untuk mengambil langkah keselamatan dari Amerika Syarikat manakala Amerika Syarikat pula boleh menyekat aplikasi Tik Tok atas alasan mempertahankan keselamatan kebangsaan, dasar luar dan ekonomi mereka dari China.

“Kenapa kita tidak boleh menyekat aplikasi Sugarbook demi menjaga agama dan generasi muda rakyat Malaysia?” soalnya di Facebook pada Sabtu.

Pada Rabu, Malaysia dilaporkan negara ketiga paling tinggi di Asia iaitu seramai 42,500 ‘sugar daddy’,selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250). 



KISAH NIAT PARA LEBAI

 

BOB KELANANG


Terharu tok dengan fatwa dari lebai tok. Fatwa ini belum wujud sewaktu kerajaan PH perintah dulu. Wahyu baru ini turun sebaik saja lebai2 tok jadi kerajaan. Segala kemungkaran, kita tolak gunakan niat sahaja. Itu jihad.

Tok tanya guru tok, jika berjimak boleh tak guna niat juga? Guru tok kata, kalau berjimak lebih afdal secara zahir dan bersentuhan. Jika dharurat boleh guna niat tapi tentukan bawa sabun.


 May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Dewan Ulama PAS menafikan pihak mereka hanya mendiamkan diri dalam isu kartel daging haram, ratu cantik, arak, judi dan isu-isu lain berkaitan kepentingan umat Islam. Agama ajar kita untuk cegah segala bentuk kemungkaran sama ada dengan tangan, mulut ataupun hati. Itulah-yang kami buat. Tegur kerajaan melalui hati.""

SETAKAT ADA JENTERA PARTI KUAT...PEMIMPIN TAKUT ....NAK BUAT KEPUTUSAN KENA MAIN DENGAN MUHYIDDIN SAJA

 UMNO ada jentera parti yang kuat, bukan setakat ‘tayang baju’ macam Bersatu

UMNO ada jentera parti yang kuat, bukan setakat ‘tayang baju’ macam Bersatu

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan bahawa kekuatan parti itu masih lagi luar biasa dengan kewujudan jentera akar umbi yang menjadi nadi keutuhan parti Melayu itu di seluruh negara.

Menurutnya, ianya berbeza dengan beberapa ‘pihak lain’ yang disifatkannya hanya mampu membuat ‘tayangan baju’ dalam program yang dianjurkan.

Jelasnya, atas kekuatan itu, beliau menyatakan bahawa pihak Pas mempunyai keyakinan dan selesa untuk bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) terutama di negeri Perlis dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) yang difahamkan akan diadakan selepas keadaan wabak COVID-19 di Malaysia semakin baik.

Tambah Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau, jentera MN di negeri itu akan terus bergerak ke hadapan meskipun wujud beberapa masalah kecil sebelum ini seperti pendaftaran secara rasmi membabitkan kerjasama antara Pas dan UMNO.

“Yang paling penting, Pas masih yakin dengan UMNO, dan Pas rasa selesa untuk kerja dengan UMNO sebab UMNO ada jentera.

“Kalau kita nak buat majlis di sini, kita tidak beritahu orang luar untuk buat majlis, kita ada kekuatan kita sendiri, kalau nak buat di kampung, kita ada kekuatan sendiri, dan Pas tahu ini kekuatan UMNO yang luar biasa, di semua tempat kita ada UMNO tetapi orang lain, banyak orang sama buat di Padang Besar, buat di Kangar di Arau, itu bukan kekuatan, itu hanya pergi tayang baju sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Jamuan Pandu Lalu Tahun Baharu Cina 2021 anjuran MCA Bahagian Arau di Tokong Cina Jejawi pada Sabtu.

Dalam pada itu, Shahidan menyatakan bahawa kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu adalah bukan disebabkan kelemahan jentera parti sebaliknya persepsi buruk yang dimainkan pihak Pakatan Harapan (PH).

Perlis memiliki tiga kerusi Parlimen yang mana dua daripadanya dimenangi oleh calon daripada parti UMNO iaitu Arau dan Padang Besar, manakala kerusi Parlimen Kangar dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), UMNO memiliki komposisi kerusi tertinggi dengan sembilan kerusi DUN, diikuti PKR dengan tiga kerusi, Pas ( dua kerusi DUN) dan MCA (satu kerusi DUN). 


KAH...DAH TUKAQ MAZHAB KA APA TAK TAU LA NI...LIMAU PUNYA PASAI. KALAU LIMAU COP PAS...SEBIJI JANGAN AMBIK....HAROM...CINA PUNYA




Pelaq ni tak bagi beli..la dia jadi apa tak tau la....tah kah kedarah limau sampai cirit...dah semua pakat pakai baju melayu merah...sahih tukaq mazhab dah.


Kali ini lebai kata, " Nabi pun suka warna merah".  Tak kisahlah baju warna apa pun lebai pakai, tak boleh lindungi perangai lebai.  Kaum cina kenal lebai bukan baru.  Kaum cina sokong lebai ni di era Almarhum Tok Guru Nik Aziz je sbb Arwah tak jual agama...
 
Korang tentu masih ingat kan...waktu PH perintah. Ada kempen BMF, sampai nak boikot limau mandarin. Sekarang, bila dah dapat upah jadi pengkhianat dok dlm kjaan tebuk atap, mana kempen BMF? Limau mandarin pun siap balut logo bulan....maka limau jadi suci lagi menyucikan. Ehehh...
 

W. FAUDZIN

YAHUDI TIDAK MEMFITNAH BANGSA SENDIRI!


Kak Ida Abdullah


Saya pernah menulis mengenai fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim oleh orang-orang yang mengenali diri mereka sebagai orang Melayu dan mengakui diri mereka sebagai seorang Islam. Yang bukan Melayu dan Islam saya tak kisah la sebab saya tak tahu sangat mengenai hukum fitnah dalam agama mereka. Tapi mereka tak pula memfitnah dan mengeji DSAI walau mereka tidak beriman dengan Allah dan Rasul. Paling teruk pun komen mereka ialah DSAI cakap besar atau tidak boleh dipercayai. Itu biasa la...


Tetapi yang mencerca, mengeji, mencarut jijik ni yang Melayu Islam lah! Yang dok dabek dada sopan, berakhlak, beriman. Kalau yang haji atau lebai tu lagi celupar mulut macam minta selipar sahaja!


Jika cybertrooper kita faham, dia memang cari makan cara macam tu. Hina Anwar, dibayar.. Maki PH, dibayar. Yang saya meluat tengok tu ialah lelaki dan perempuan tua yang tak ingat kubur, amboi lebih lantang mencarut.


Dengar sini baik-baik:

         Azizan (saya tak ingat nama ayah dia, tak apa sb yg jahat dia)  yang menuduh Anwar Ibrahim meliwatnya telah #MEMBERSIHKAN nama Anwar Ibrahim dalam mahkamah apabila Lawyer Christopher Fernando bertanya kepadanya 3 kali berturut-turut samada Anwar meliwatnya atau tidak. Jawapannya TIDAK, 3X. Jika liwat I itu, satu pembohongan utk membunuh karektor Anwar oleh Mahathir, Liwat II adalah rencana Najib ketika dia berkuasa mengekang kemaraan Anwar. Kamu semua adalah  pemfitnah yang jahat, menyebar sesuatu yang tidak benar dan paling celaka, menggunakan Islam pula untuk menguatkan tuduhan kamu. Kamu semua bukan sahaja berdosa dengan Anwar kerana memfitnahnya sedang dia tak kenal pun siapa kamu, kamu semua berdosa dengan orang-orang yang kamu pengaruhi dan kamu berdosa dengan Allah kerana Allah memurkai pemfitnah.


Saya menulis sekadar  mengingatkan agar kamu semua insaf atau tunggulah balasan untuk pemfitnah yg sombong.


Kamu semua adalah contoh Melayu bangsat yg tidak menyumbang apa-apa kepada agama dan bangsa selain dari mempamirkan akhlak jelek dan mengelirukan org bukan Islam terhadap Islam dan membuat mereka menjauhkan diri dari Islam!


Mahukah orang Melayu menjadikan fitnah sebagai satu budaya dan peradaban Melayu masa hadapan? Yang suka memfitnah dan diberi amaran oleh Allah dalam al Quran adalah golongan Yahudi. Sejahat-jahat Yahudi, mereka TIDAK memfitnah bangsa dan agama sendiri. Kamu mengaku Melayu, beragama Islam tapi tidak malu memfitnah dan mencerca saudara sendiri.


Yang terang-terang merompak dan sedang dibicara kamu pertahankan pula, oh tidak bersalah kerana belum jatuh hukuman lagi! Sedangkan yang dirompak khazanah negara hak rakyat, hak kamu, anak cucu kamu! Apa ke bodoh nya kamu? Yang patut kau bising menuntut hak kau senyap, fitnah kau sebar!


Sebab itulah bangsa kamu ketinggalan dalam serba hal kerana kamu membiar minda kamu diliwat oleh perkara dusta dan nista. Hati kamu berulat kerana benci bertahta. Kamu Melayu manusia kufur nikmat kerana bangsa lain tidak dilahirkan sebagai Islam. Itu kurniaan Allah terbesar kepada hamba TAPI kamu mensia-siakannya dengan menjadi pengikut syaitan!


Negara kecil yang dikurnia Allah SWT pelbagai khazanah, bumi, laut dan udara sudah membolehkan kamu menjadi antara rakyat terkaya dunia, tetapi bangsa Melayu bangsa merempat kerana apa? Kerana kamu suka pada perkara sia-sia dan membiarkan semua khazanah dibolot oleh orang-orang yang sentiasa memperbodohkan kamu agar teralih pandangan kamu supaya mereka boleh terus merompak. Kemudian mereka melempar secebis daging untuk kamu seperti BR1M yang kamu sangat  gelojoh menerkam, beratur panjang berterima kasih, mencium tangan pemimpin yang merompak hak dan keselesaan hidup kamu!


Semuga pemfitnah selama mana sombong tidak mahu bertaubat akan tidak merasa ketenangan rohani dan merempat meminta-minta kerana melarat akibat memilih jalan hidup yang JAHAT!



RAKYAT TERUS DISAMAN, MENTERI KAYANGAN BANGGA LANGGAR SOP


Bob Kelanang


Ketika Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan SOP baru dengan membenarkan orang ramai boleh makan di restoran tetapi terhad kepada dua orang, hari ini tersebar satu foto Menteri Wilayah Persekutuan makan lebih daripada enam orang.


Gambar berlatar belakangkan banner yang tertera Program Pertanian Bandar (Urban Farming) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 13 Februari 2021 itu mula tersebar, memperlihatkan tujuh orang sedang menjamu selera termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bertempat di Kebun Komuniti Bandar Urban Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia Desa Petaling Kuala Lumpur.


Tersebarnya foto berkenaan, warganet mula mempertikaikan perbuatan mereka yang dikatakan telah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan pada PKP2.0 ini.


“Level kayangan”, kata Nor Azizuddin Abdul Manan.


“SOP… 1 meja untuk 2 orang tu hanya TERPAKAI untuk rakyat biasa sahaja. TIDAK pada VIP@Menteri,” tulis Suhaizy Shamsudin.


“Prasangka yg baik baik… Mungkin gambo nie diambil tahun 2011 kot eakk,” sindir RN RN Mohamed.


“Takkan bro tak tau SOP dibuat khas untuk rakyat. Covid-19 hanya boleh detect rakyat biasa. Menteri, VVIP dan tokey-tokey virus tak berani nak masuk sebab takut kena saman,” kata Mohd Shafique Effendie.


Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.



PN SUKAR MENANG PRU15, PH DAN BN DIJANGKA RAIH LEBIH BANYAK KERUSI


Persoalan yang mula menjadi bualan sekarang ialah mampukah Muhyiddin Yassin dan PN menang PRU15 akan datang, lebih-lebih lagi setelah masuknya Gerakan ke dalam gabungan itu?


Meskipun ada beberapa penganalisis mengatakan PN berpeluang cerah, malah disebut mampu meraih kemenangan dua pertiga dalam PRU15 nanti, secara kasarnya semua itu terlalu sukar, bahkan hampir mustahil dapat dicapai.


PN yang dianggotai Bersatu, Pas, Star, Sapp dan terbaru Gerakan adalah sebuah gabungan setengah masak serta sudah tidak diyakini lagi oleh rakyat dalam mengurus kerajaan.


Mereka adalah kerajaan yang gagal dengan sejumlah kegagalan yang tak terhitung lagi, bahkan dianggap kerajaan paling teruk sekali dengan tahap kebencian makin meningkat hari demi hari.


Malah, kebencian rakyat kepada Muhyiddin saja sekarang ini lebih parah berbanding penolakan terhadap Najib Razak yang membawa kecundangnya BN pada PRU 2018 lalu.


Kalaulah PN begitu yakin dengan kemenangan, di ketika UMNO/BN semakin menarik sokongan dan enggan bekerjasama dengannya lagi, pastilah Muhyiddin akan memilih untuk membubarkan Parlimen.


Tetapi, kenapa mencadangkan darurat kepada Agong menjadi pilihan Muhyiddin?


Alasan Covid19 sebagai halangan PRU diadakan lebih awal tidak boleh diterima sama sekali kerana pelbagai peraturan atau SOP sudah tentu boleh diperkenalkan oleh SPR jika benar kemenangan lebih memihak kepada PN.


Dengan memilih menasihatkan Agong untuk melaksanakan darurat, ia adalah bukti nyata PN tidak boleh menang PRU, walaupun kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sudah pun tiada majoriti lagi.


Darurat ini walaupun berjaya mengelakkan Muhyiddin daripada dijatuhkan, namun ia jelas menyebabkan tahap kebecian makin meningkat terhadapnya.


Luahan tidak puas hati, kebencian dan caci maki sehingga ke laman media sosial Istana Negara dan Presiden Indonesia adalah petanda sahih tahap penolakan yang makin membesar itu.


Selain kebencian dan penolakan terhadap kerajaan ini berpunca daripada sosok Muhyiddin sendiri yang disifatkan sebagai Perdana Menteri paling lemah, kegagalan mengurus Covid19 sehingga peraturan sering berubah-ubah dan adanya dwi standard peraturan antara orang biasa dengan menteri-menteri turut membuatkan rakyat jadi tambah meluat lagi.


Keghairahan menjual jenama kerajaan Melayu/Islam ketika peringkat awal pengkhianatan sehingga terbentuknya kerajaan PN ini pula seperti sudah jadi senjata makan tuan sekarang ini.


Terutama dengan adanya Pas yang menjadi pengampu nombor satu Muhyiddin dalam kerajaan PN ini, perjuangan Melayu/Islam yang digembar-gemburkan sebelum ini sudah dapat dilihat dengan nyata oleh rakyat sendiri hanyalah sebagai mainan sebelum beroleh kuasa semata-mata.


Setelah beroleh kuasa dan kedudukan, semuanya jadi leka mengira habuan dunia sehingga jangankan mahu melihat hudud dan RUU355 dilaksanakan, malah membela nasib Adib, anggota bomba yang terbunuh dalam tragedi kuil dan bersuara berkenaan mangsa yang dilanggar pemandu mabuk pun tidak lagi kedengaran.


Lebih dahsyat lagi, demi kemaruk kuasa dan takut hilang kedudukan, sementara sebelum ini kaum Cina dilabel dengan rasis, harbi, anti hudud, komunis dan macam-macam lagi, sebaliknya kini penunggang agama tersebut berebut-rebut mahu mencinakan penampilan mereka sendiri semata-mata dengan harapan dapat beroleh secebis sokongan kaum tersebut dalam PRU akan datang.


Hakikatnya, inilah kelompok hipokrit dan penjual agama paling dahsyat pernah wujud di negara ini, kalau pun tidak di dunia.


Dalam kebanyakan wajah dan suara pengundi yang ditemui, selain kebencian dan penolakan itu makin membesar, dapat dirasakan juga mereka hanya menunggu masa saja untuk menghukum dan membuang ke longkang kerajaan PN ini.


Jika begitu siapa yang boleh menang?


Berdasarkan perkembangan semasa, terutama dengan lulusnya usul UMNO tidak mahu lagi bekerjasama dengan Bersatu, pertandingan PRU15 hampir pasti menjadi pertembungan tiga penjuru antara PN, PH dan BN.


Dengan kedudukan PN yang terperosok teruk dibenci dan ditolak rakyat ketika ini, peluang PH dan BN adalah jauh lebih cerah dari segi memenangi banyak kerusi.


PN, walaupun ada Pas dan Gerakan didalamnya, dijangka hanya mampu menang jumlah kerusi paling sedikit sekali.


Sejak hampir setahun lalu telah membuktikan Pas tidak lagi dipercayai mampu memperjuangkan Islam bila beroleh kuasa dan parti itu hanya dilihat sebagai parti yang gah di pentas ceramah semata-mata.


Kemasukan Gerakan juga tidak mungkin mampu menyumbang apa-apa kepada PN kerana parti itu bukan sebuah parti yang dipercayai oleh kaum Cina, kedudukannya lebih kurang saja dengan MCA.


Pilihan kaum Cina tetap bersama DAP, sebuah gabungan dalam PH.


Bersatu, walau mengetuai kerajaan dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri serta beberapa pemimpinnya menguasai kementerian kanan, parti itu tidak mungkin mampu menandingi UMNO dari segi penguasaan di kawasan-kawasan Melayu.


Dengan itu, dalam kelompok PN, Bersatu dijangka paling bergelut sekali untuk meraih kemenangan, terutama di kerusi-kerusi lompat yang asalnya adalah milik UMNO dan PKR.


Tidak mustahil, oleh kerana ketaksuban pengundi Melayu di Kelantan dan Terengganu begitu totok terhadap Pas, parti itu akan menang lebih banyak kerusi berbanding Bersatu.


Begitu pun, meski peluang PH dan BN lebih baik berbanding PN, kedua-dua gabungan itu juga dilihat sukar memperolehi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan secara sendirian.


Sebuah kerajaan campuran adalah hampir pasti akan terbentuk dan siapa yang menang lebih banyak kerusi Parlimen, calon gabungan tersebutlah akan mengisi kerusi Perdana Menteri. (Shahbudindotcom 14/02/2021)