SKETSA KERAJAAN PN FLIP-FLOP

RAKYAT MELUAT KERAJAAN TIPU, BUKAN MELUAT POLITIK










Muhyiddin, kata Chin Tong perlu menunjukkan kepada pengundi bahawa beliau komited membanteras rasuah, dengan membiarkan keadilan terlaksana – supaya Dato' Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Dato' Seri Tengku Adnan dan Dato' Seri Zahid Hamidi disumbat ke penjara apabila mereka didapati bersalah atas tuduhan rasuah di mahkamah. "Jika tidak beliau tidak akan meraih keabsahan moral kerana melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan PAKATAN HARAPAN yang dilantik secara demokratik. "Masalahnya, mampukah beliau berbuat demikian tanpa diserang UMNO?" Soal Chin Tong. Sementara itu desas-desus menyebut penggerak Langkah Sheraton, Dato' Seri Azmin Ali mungkin menubuhkan parti baharu memandangkan beliau tiada tempat dalam BERSATU yang berpecah itu. Chin Tong berpendapat Muhyiddin hanya memiliki sokongan 113 atau 114 kerusi, maksimum. Jika Ahli-ahli Parlimen parti-parti PAKATAN HARAPAN dan Warisan, serta kumpulan Mahathir dalam BERSATU kekal bersama; Muhyiddin tiada ruang untuk berkuntau.



PEMBOHONGAN PERAK TODAY DAN MGTV




DOKUMENTARI - PEMBOHONGAN PERAK TODAY DAN MGTV SKRIP : YB KHALID SAMAD



INGAT ORANG MELAYU...JANGAN HANGAT HANGAT TAHI AYAM....




OK...MAI RAMAI RAMAI SEMAK KALAU NAMA DAH TAK SESUAI DENGAN PKR-SENARAI YANG DIGANTUNG







SELAMAT BERAMBUS...


UNTUK BERSATU MENJADI SATU, PILIHANNYA ADALAH SATU



Sejak awal penubuhannya, tidak dinafikan tonggak utama Bersatu ialah Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi dan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.
Tetapi, berikutan keinginan mendapat kedudukan lebih tinggi serta lupa bagaimana kemenangan dalam PRU14 lalu diperolehi, Muhyiddin dengan sokongan majoriti MPT Bersatu telah membawa parti itu keluar daripada PH.
Seterusnya, melalui kerjasama dengan UMNO, Pas, GPS dan kumpulan pengkhianat daripada PKR dan mereka yang lupa diri daripada Bersatu sendiri, Muhyiddin akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.
Sejak itu, Bersatu tidak lagi menjadi parti yang bersatu, tetapi sudah jadi parti berdua – atau terpecah kepada dua.
Satu kumpulan yang memihak kepada Muhyiddin berada dalam kerajaan tidak berdaftar PN, manakala satu pihak lagi yang menyokong Tun Mahathir terus pro kepada PH.
Setiausaha Agung juga ada dua, satu lantikan asal oleh Tun Mahathir dan satu lagi lantikan baru oleh Muhyiddin.
Dalam keadaan ini, Bersatu terus terpecah dua sehingga dalam sidang Parlimen pada 18 Mei ini, Tun Mahathir telah memutuskan untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH.
Mungkin beberapa lagi Ahli Parlimen Bersatu yang memihak kepada Tun Mahathir akan turut sama duduk bersama PH di barisan pembangkang.
Sesungguhnya situasi ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana parti sebelum ini dan ia sama sekali bukanlah sesuatu baik bagi Bersatu.
Mana-mana parti politik mesti ada satu hala tuju saja, tidak boleh sama sekali separuh berada dalam kerajaan dan separuh lagi bersama pembangkang.
Tidak lama lagi, mungkin dalam suku ketiga tahun 2020 ini, Bersatu akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya.
Tun Mahathir yang mempertahankan jawatan Pengerusi tidak dicabar oleh sesiapa dan dengan demikian, beliau telah diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Muhyiddin pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir bagi jawatan Presiden.
Ini bermakna, menjelang pemilihan akan datang atau jika Muhyiddin terus kekal lagi sebagai Presiden Bersatu dalam pemilihan akan datang ini, parti itu sentiasa menjadi parti yang ada dua nakhoda sehinggalah tempoh tiga tahun akan datang.
Jika demikian, bagaimana Bersatu mahu menghadapi PRU akan datang dan di kerusi-kerusi mana mereka ingin bertanding nanti?
Berbanding Muhyiddin yang bersama PN, tetapi UMNO sendiri telah mengumumkan akan mengenepikannya bila tiba masa bertanding, Tun Mahathir dan Mukhriz sebaliknya ingin membawa kembali Bersatu ke pangkuan PH.
Usaha membawa Bersatu kembali ke pangkuan PH tidak mungkin berjaya jika Muhyiddin terus menang sebagai Presiden kerana menangnya beliau, sementara Tun Mahathir tetap ada juga sebagai Pengerusi, parti itu akan terus terbelah dua dan caca marba.
Lantaran itu, untuk menjadikan Bersatu sebagai parti yang satu, dalam erti kata satu haluan dan satu tujuan, memenangkan kumpulan Tun Mahathir dalam pemilihan akan datang ini adalah satu-satunya pilihan yang ada.
Hanya dengan kemenangan kumpulan Tun Mahathir menguasai Bersatu, hala tuju parti itu dapat ditentukan dengan lebih baik, terpulang sama ada selepas itu mahu kekal bersama PN, keluar meninggalkan PN atau membawanya kembali menyertai PH.
Kumpulan yang kalah pula dengan senang hati boleh menyertai mana-mana parti lain seperti UMNO atau Pas misalnya, sebagai pilihan meneruskan perjuangan.
Barangkali kesilapan Muhyiddin di sini ialah tidak meletakkan orang untuk mencabar Tun Mahathir bagi jawatan Pengerusi Bersatu.
Jika semua jawatan dipertandingkan, maka proses pembersihan dan penyucian hala tuju parti melalui usaha memastikan satu kumpulan saja menguasai kepimpinan Bersatu tentu lebih mudah untuk dilakukan.
Tetapi, dalam keadaan sekarang, oleh kerana Tun Mahathir telah diisytiharkan menang tanpa bertanding dan kedudukannya tidak boleh diketepikan lagi, satu-satunya pilihan untuk menjadikan Bersatu sebagai parti yang bersatu hanyalah dengan menjadikan Muhyiddin dan kumpulannya sebagai “korban sebuah perjuangan”. 

(ShahbudinHusin 04/05/2020)


PKPB ditolak: Khaled Nordin salahkan Azmin gagal bincang dengan kerajaan negeri

PKPB ditolak: Khaled Nordin salahkan Azmin gagal bincang dengan kerajaan negeri

Umno Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Bersatu hilang modal dalam pasar politik

Umno Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Bersatu hilang modal dalam pasar politik


BERSATU Pulang ke Pakatan Harapan?



ITU PERANCANGAN MUHYIDDIN PERANCANGAN ANWAR IBRAIM BELUM TAHU



TIADA SALAHNYA TUN M DAN AHLI-AHLI BERSATU MAHU SOKONG PH ATAS KAPASITI INDIVIDU





Di dalam politik, kita mesti mencari seramai mungkin kawan dan mengurangkan seramai mungkin musuh.  Di dalam politik juga kena ada percaturan dan strategi serta maslahahnya, tetapi setiap percaturan itu mesti dilakukan dengan penuh kebijaksanaan.

Semua tahu, Bersatu kini bukan lagi di dalam gabungan PH setelah Presidennya mengistiharkan Bersatu keluar dari PH.  Ertinya, bukan PH yang membuang Bersatu.  Sama juga sewaktu di dalam PR dulu, Pas istihar keluar dari PR apabila menolak kerjasama dengan Dap dan Keadilan, atas alasan kita menentang Hudud.  Pas mahu bersama Umno kerana Umno pasti akan membantu Pas buat Hudud.  Begitu juga, Bersatu keluar dari PH atas alasan tidak mahu bersama Dap, tetapi bersedia untuk bersama Umno, Pas dan MCA, demi mahu tubuhkan kerajaan Melayu Islam yang lebih baik dari PH.

Terbukti sekarang, kerajaan pintu belakang hasil pengkhianatan ini lebih baik dari PH. Ekonomi bertambah baik, pengangguran bertambah kurang, pelaburan rancak, perkembangan Islam bertambah hebat, semua masjid penuh dengan berbagai kuliah, dan semua tempat maksiat telah ditutup. Mak Cik Kiah dari seorang penjual goreng pisang kini telah menjadi jutawan.  Tengok jumlah para menteri seramai 70 orang tidak termasuk beberapa duta khas bertaraf menteri dan para penasihat, itu pun sudah jauh mengatasi PH.  Kita dulu tidak mampu miliki seramai itu menteri dan duta khas kita dulu pun tidak bertaraf menteri.   Hebat kerajaan PKPB (Pemerintahan Kerajaan Pintu Belakang) !!

Berbalik kepada maudhuk asal.  Ada yang bertanya, wajarkah Tun M dan para pemimpin dan penyokong Bersatu menyokong PH?  Jawapannya, Tun M dan sesiapa pun dari Bersatu boleh sahaja untuk menyokong PH atas nama peribadi masing-masing, bukan atas nama parti Bersatu.  Bukan sahaja pemimpin atau ahli Bersatu, jika ada pemimpin atau ahli Umno atau Pas yang ingin menyokong PH, tiada masalah asalkan atas nama individu.  

Ertinya, sokongan mereka tidak membabitkan parti mereka kerana secara resminya Bersatu bukan lagi gabungan di dalam PH.  Tun M mengaku beliau masih lagi Pengerusi Bersatu, tetapi beliau juga tahu Presiden Bersatu telah membawa majoriti MPT  Bersatu untuk keluar dari PH.  Mana mungkin suku badan Bersatu bersama PH, sebahagian besar badan bersama kerajaan pengkhianat?  PH sebuah parti bermaruah tidak boleh terima kerjasama politik sedemikian.  Jangan perlekehkan PH. 

Untuk menjadikan Bersatu sebagai rakan kerjasama dengan PH seperti parti Warisan Sabah juga tidak masuk akal, selagi Bersatu masih bersama kerajaan pintu belakang sekarang.  Warisan Sabah tidak berpecah, partinya solid menyokong PH semenjak PRU14 yang lalu walaupun Warisan tidak berada di dalam gabungan PH.  Berbeza dengan Bersatu, batang tubuh parti tersebut kini berada di dalam kerajaan pintu belakang.  Hanya Tun M dan empat lima orang sahaja pemimpin Bersatu yang mahu bersama PH.  Mana mungkin PH boleh terima satu parti gabungan yang hanya ada empat lima orang pemimpin? 

Atas sebab itu, PH harus terbuka menerima sokongan dari beberapa individu dari Bersatu bukannya atas nama Bersatu.  Apabila mereka menyokong PH atas kapasiti individu, maka mereka tidak terikat dengan PH dalam apa jua bentuk rundingan di dalam Majlis Presiden PH. Tidak timbul soal PH perlu tabalkan Tun M sebagai bakal PM lagi atau sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.   

PH harus tegas di dalam soal ini.  Maksud saya, jangan sesekali anggap sokongan Tun M kepada PH itu merupakan sokongan Bersatu kepada PH.  Bagaimana kita mahu angkat Tun M sebagai pemimpin kita sedangkan parti beliau sendiri berada di pihak pengkhianat?  Bagaimana Tun M boleh berfungsi sebagai Ketua Pembangkang sedangkan Presiden partinya berada di pihak pengkhianat?  Tidak masuk akal langsung.  

Kesimpulannya, saya setuju agar PH terima sokongan dari sesiapa pun atas kapasiti individu bagi memperkuatkan sokongan kepada PH tanpa syarat.  Kita tahu, tidak semua ahli dan penyokong Bersatu itu setuju dan terima tindakan Presiden mereka untuk mengkhianati kerajaan PH.  Justeru itu, jika benar mereka tidak setuju, apa yang mesti mereka buat?  Biar mereka tentukan dan buat keputusan yang bijak.  Kita teruskan kerjasama sesama kita di dalam gabungan PH dan perkuatkan PH.  

Tidak perlu kita berselisih pendapat hanya kerana memikirkan masalah parti lain yang telah meninggalkan kita.  Biar mereka tentukan hala tuju mereka sendiri.  

WFAUZDIN NS

Anwar Ibrahim: Anwar Tak Cukup Melayu? Tak Cakap Soal Melayu Sahaja?



Anwar Ibrahim: Komen Tentang PKPB Yang Akan Dilaksanakan Bermula Isnin Ini


[SIRI 18] BICARA SANTAI PKP BERSAMA YB KHALID SAMAD



PKR LARANG SERTAI PRO KARTEL

MASIH ADA RISIKO BUKA EKONOMI 4 MEI?

AMBIL TINDAKAN MENTERI SOLAT TERAWIH LANGGAR PKP – AKMAL

PASARAYA MANA PULAK DISERBU IMIGRESEN


INI CERITA TAHUN 2018...NETIZEN "BODOH LA KATAKAN" TAK TAHU SOP KE?

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 5 orangImej mungkin mengandungi: 6 orangImej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiriImej mungkin mengandungi: 8 orang, orang duduk
Imigresen "Menggila" Lagi
Kini Pasaraya ............ pula "diserang" oleh Imigresen ... Ini adalah satu tarikh kejadian dlm sejarah negara ... Mana tempat ni pernah diserbu pihak berkuasa sblm ini ...

Warga asing tanpa permit , Tokey untung negara rugi ... Rakyat tanggung segala kos ...
Teruskan bongkar , tangkap dan bersihkan negara dari JAJAHAN WARGA ASING PENDATANG HARAM .


TANPA KAIN BAJU JACKEL RAYA SAMA SAHAJA....BODOH SOP PUN TAK TAU...



YUSOFF ISMAIL

Betul ke bukan share holder. Kerja biasa jer. Macam tak percaya jer statement maaf dia ni. Buat perangai macam lobai. Cakap ikut dan jer pastu bila dah viral orang mengamuk, senang jer minta maaf. Terlajak kata orang ingat sampai kemati.....kan ka




KITA JAGA KITA, PH TANPA TEAM MAHATHIR


HAMSINA HAMZAH 

Many are unhappy with Anwar, says Dr Mahathir




Buat apa kutip atok, nanti pendewa-pendewa dia kata kita menumpang popularity atok hebat mereka, Kita berjaya kerana atok, atok bijak mencatur dalil ayat-ayat  dewa batak mereka. Caitrok atok akan hari-hari menghina DSAI srikanji meloya, badak sumatera dan caitrok  lain akan menghentam apa sahaja gerak kerja DSAI, macam yang sudah-sudah.

So since atok mereka hebat biarlah mereka mencatur sendiri. Ada rezeki DSAI jadi PM itu sudah tertulis di luh mahfuz begitu juga sebaliknya. Namun untuk mengangkut biawak hidup dibelakang kita baik janganlah. Atok bukan orang yang berpegang kepada janji, dia sanggup gadai prinsip demi mendapat tempat untuk boboy dia dikerusi TPM. Pendewa-pendewa dia anggap perbuatan atok tu mulia, korang bayangkan lahhhh.

Cukup-cukuplah.... MALAYSIA bukan hak atok dan legasi dia shj. Kami penat menangkis macam fitnah yang dibuat pendewa atok. Rasanya biarlah Bersatu dengan cara mereka iaitu umno 2.0. Din botok, peminum bekas atok dan pendewa-pendewa atok kan bijakkkkk. Kita apa sangattttt..


TERTIPU JUGAK ?



Macam mana korang kononnya bijak pandai bijak pandai boleh kena tipu?

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks