RAKYAT MELUAT KERAJAAN TIPU, BUKAN MELUAT POLITIK










Muhyiddin, kata Chin Tong perlu menunjukkan kepada pengundi bahawa beliau komited membanteras rasuah, dengan membiarkan keadilan terlaksana – supaya Dato' Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Dato' Seri Tengku Adnan dan Dato' Seri Zahid Hamidi disumbat ke penjara apabila mereka didapati bersalah atas tuduhan rasuah di mahkamah. "Jika tidak beliau tidak akan meraih keabsahan moral kerana melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan PAKATAN HARAPAN yang dilantik secara demokratik. "Masalahnya, mampukah beliau berbuat demikian tanpa diserang UMNO?" Soal Chin Tong. Sementara itu desas-desus menyebut penggerak Langkah Sheraton, Dato' Seri Azmin Ali mungkin menubuhkan parti baharu memandangkan beliau tiada tempat dalam BERSATU yang berpecah itu. Chin Tong berpendapat Muhyiddin hanya memiliki sokongan 113 atau 114 kerusi, maksimum. Jika Ahli-ahli Parlimen parti-parti PAKATAN HARAPAN dan Warisan, serta kumpulan Mahathir dalam BERSATU kekal bersama; Muhyiddin tiada ruang untuk berkuntau.



No comments: