ANWAR DAKWA BANTUAN KE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ADALAH UMPAN UNDI

Pakatan perintah semua sekolah diberi bantuan.Sekolah agama rakyat pun tidak mendapat bantuan kerajaan.Kita naik, kita akan pastikan semua sekolah mendapat bantuan yang sepatutnya..
                                           SYED HAMID, NIZAM DAN TENGKU ZULPURI


ANWAR  DAKWA BANTUAN KE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ADALAH UMPAN UNDI


Mentakab- Sepetang bersama Anwar Ibrahim yang diadakan di Taman Saga Mentakab petang tadi mendapat sambutan yang luar biasa. Walau waktu bekerja , dan hujan renyai hampir 3000 hadir bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Turut hadir ialah mantan ADUN  Semantan Syed Hamid syed Mohammed(penyandang di dun Semantan parlimen Temerloh), Calon Dun Lanchang Ahmad Nizam Hamid, Calon Dun Mentakab dari DAP Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.Ketiga-tiga calon DUN Temerloh ini turut sama berucap sebelumnya.

Anwar menjelaskan bahawa bantuan kepada semua sekolah kebangsaan yang diberikan adalah apabila tibanya pilihanraya.malahan katanya sekolah agama pun tidak ada yang kerajaan Umno Bn berikan. Pakatan dalam manifestonya menjelaskan bahawa pendidikan percuma akan diberikan termasuk memperbaiki sekolah jenis kebangsaan tamil, Bantuan Guru Bahasa Melayu kepada sekolah jenis kebangsaan Cina, dan bantuan kepada sekolah agama rakyat.

“ Semua sekolah jenis  kebangsaan termasuk semua sekolah agama bukan ada bantuan sama macam sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil. Semua sekolah kebangsaan  mesti jaga bahasa kebangsaan. Sebab itu saya jelaskan bahawa mesti  dijaga bahasa kebangsaan baik di sekolah jenis kebangsaan cina dan Tamil, dan bantuan seluruhnya kepada semua sekolah” 

“Kita bantu semua sekolah, sekarang panggil semua sekolah cina bagi bantuan 400,ooo ringgit . naik sahaja pakatan kita akan bantu semua sekolah kebangsaan dengan memperbaiki mutu bahasa bahasa di sekolah jenis kebangsaan.”

Beliau juga mengulangi bahawa tidak aka nada rasuah untuk mana-mana wakil rakyat dalam kerajaan baru pakatan. Jika harta perniagaan itu wang sendiri, maka ianya tidak menjadi soal,namun kalau ianya duit rakyat dan duit Negara ianya tidak seharusnya menjadi hak pimpinan Umno untuk mengambil duit rakyat.Beliau juga menjelaskan bahawa harta dunia tidak akan dibawa sampai mati.

“Lihat muka saya, jika saya bohong,ubah semula.curi harta rakyat saya tak akan kompromi .Tidak akan ada wakil rakyat Pakatan yang ada rakyat Malaysia yang akan mencuri duit rakyat .kalau ambil , kita rampas dan hokum. Kalau duit lembu bagi semula kepada penternak lembu, kalau duit angkatan tentera, kita akan kembalikan kepada tabung angkatan tentera”


Beliau juga turut mengulangi janji beliau untuk menurunkan harga minyak tetapi biarlah ianya menjadi rahsia terlebih dahulu.Pengalaman selama 8 tahun sebagai menteri kewangan , boleh menjadikan kita mampu  membantu rakyat . 

Anwar juga menjelaskan bahawa apabila kerajaan baru mengambilalih, semua sistem tv akan dirombak semula bersesuaian dengan kemajuan Negara bagi  menyampaikan berita tanpa adanya fitnah dan berita kotor yang mahu memperbodohkan rakyat.

“Kita ambil alih 6hb , Tv semua kita ubah.Kalau nak jadi pemimpin, ikut suka sahaja.tak suka hentam kita siang malam . Kalau Mahathir pun saya maafkan. Semua saya maafkan.Yang nak kita bentuk ialah kerajaan baru yang baik untk semua rakyat. Bukan macam tv yang ada sekarang.” 

 Beliau kemudiannya memperkenalkan calon-calon DUN Parlimen termerloh.


WRLR

PM: Pengundi lebih yakin kpd DSAI (LM)

Umcedel: Pengundi cenderung pilih Anwar jadi PM

KUALA LUMPUR - Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Kajian membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon. 

Bacaan seterusnya:    PM: Pengundi lebih yakin kpd DSAI

Seks & bom, memang kepakaran mereka (LM)

Kenyataan Media: Letupan Nibong Tebal: Ini Kebolehan 'Mereka'

Saya mewakili pasukan kempen PR N21 DUN Sg. Acheh memandang serius insiden yang konon letupan di program Bn di sini baru - baru ini.

Saya menggesa pihak polis segera menyelesaikan siasatan memandangkan hanya tinggal 10 hari sebelum hari mengundi bagi mengelakkan kejadian sama berulang. 

JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI KE PAHANG

5 April 2013 (Khamis)
1) 3.00 ptg – Medan Selera Kg Baru, Bentong
2)    4.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi:  Jln Saga 8, Taman Saga, Mentakab
3)    5.30 ptg – Sepetang  Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi : Tapak Pekan Sari, Felda Lepar Hilir 1
4)    9.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Felda Cini 1
5)    11.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Simpang Kepayang, Bera

Iklan takutkan pengundi dengan Pakatan mungkin memakan diri, kata industri

Iklan takutkan pengundi dengan Pakatan mungkin memakan diri, kata industri

TERKINI @ 06:34:30 PM 24-04-2013
Oleh Emily Ding


April 24, 2013
KUALA LUMPUR, 24 April — Kempen Barisan Nasional (BN) dalam akhbar yang memainkan isu kaum untuk menakut-nakutkan pengundi ke atas Pakatan Rakyat (PR) mungkin memakan diri pada pilihan umum 5 Mei ini, kata sumber dalaman industri dan ahli politik pembangkang. Antara iklan bertulis yang dimainkan untuk menakutkan masyarakat Cina terhadap pengaruh parti Islam PAS, manakala orang Melayu pula ditakutkan dengan pengaruh DAP, dengan slogan "Undi kepada DAP adalah undi kepada PAS" dan sebaliknya.
"Sebuah iklan dalam akhbar yang dimiliki MCA, The Star mengambarkan roket terbang ke awan untuk menunjukkan simbol bula PAS dalam keadaan terjaga dengan mesej berbentuk: "Kuasa di belakang DAP adalah PAS. Pertama adalah bendera. Esok prinsip fundamentalis pula?".
"Iklan tersebut menunjukkan ia direka untuk menunjukkan keraguan dan ketakutan orang Cina bahawa mereka mungkin hilang kebudayaan dan pendidikan jika memilih DAP," kata Masjaliza Hamzah daripada Center of Independent Journalism kepada The Malaysian Insider.
"Ia adalah konsep kosong. Hanya tuduhan tanpa kebijaksanaan atau rasa hormat. Ia iklan yang sangat merendah-rendahkan, satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat," kata seorang penulis iklan, Kevin, 32, yang mendedahkan nama sebenarnya.
"Mereka terlupa peraturan utama pengiklanan. Tiada pengiklanan boleh menyelamatkan produk yang buruk, "katanya.
Iklan tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan DAP yang berdepan tekanan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang tidak mengiiktiraf barisan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), hingga memaksa parti tersebut membuat keputusan untuk memakai simbol bulan milik PAS dan bukan simbol roket miliknya.
Walaubagaimanapun, parti pembangkang tidak bimbang tentang iklan BN tersebut yang mungkin memberi pengaruh negatif, sebaliknya memberitahu The Malaysian Insider mereka sebuah gabungan yang sangat bersatu-padu.
"Memang benar undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, dan pada masa yang sama undi PAS adalah undi untuk PKR, dan undi untuk PKR adalah undi untuk DAP. Kami bersama-sama dalam gabungan, "kata Tony Pua, setiausaha publisiti kebangsaan DAP dan MP Petaling Jaya Utara.
"Iklan itu bagus... saya harap BN terus untuk melaungkan slogan itu. Tiada undi untuk BN," kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.
Pengguna Twitter @patricklsk bersetuju dengan menulis: "MCA sebenarnya membayar untuk iklan akhbar bagi mempromosikan kerjasama DAP-PAS? Ini sangat menakjubkan! #freemarketing"
Namun, iklan tersebut tidak bukan diterima semua dan kebanyakkan iklan membuat orang ramai marah.
"Kami berbual tentang perkara itu dalam pejabat hari ini. Seseorang bertanya kepada saya sama ada sudah melihatnya dan saya jawab ya, saya sudah lihat. Datanglah sini, ia dalam tong sampah saya," kata seorang pengarah akaun yang enggan dinamakan.
"Lebih banyak iklan mereka letak, lebih ramai rakyat akan marah. Mereka hanya mengali kubur untuk diri sendiri," katanya.
Contoh iklan anti-pembangkang Barisan Nasional di akhbar tempatan.
Seorang pegawai eksekutif operasi di sebuah agensi menggambarkan iklan di The Star, dengan tiga ke lima pembangkang menghentam iklan dalam setiap satu akhbar, melihatnya sebagai "terlalu melampau" dan akan menyebabkan rakyat akan jemu.
"Semua mereka buat adalah salah. Mereka beri terlalu banyak perhatian kepada pembangkang daripada menggariskan pencapaian mereka sendiri," kata beliau.
"Tapi ia baik untuk lawak, lawak yang sangat mahal," tambahnya lagi.
Pua berkata, BN telah menggunakan isu ketakutan kaum dalam empat pilihan raya sebelum ini dan DAP kemudiaan bertindak balas dengan kemarahan, tapi tidak kali ini.
"BN masih bermain politik lama. Kami semua telah melangkah keluar politik lama," katanya.

Seorang pengguna Facebook, Tan Lin Li, menulis: "Serang polisi, bukan parti," serta menghantar gambar iklan DAP yang diterbitkan dalam The Rocket dan Sinar Harian menampilkan ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga berlegar-legar dalam laman sosial bagi menangani iklan-iklan daripada BN.
"Tiada apa yang perlu ditakuti dan saya percaya orang-orang di Malaysia adalah bijak hari ini untuk membezakan pembohongan BN yang bertentangan dengan kebenaran perkara itu, "kata Pua.
Beliau menambah jika PR mempunyai wang, iklan yang mereka akan buat untuk menangani iklan tersebut adalah dengan berkata, "Satu undi untuk MCA adalah satu undi untuk Perkasa."
Masjaliza juga mempersoalkan sama ada iklan BN tersebut mematuhi Kod Amalan Pengiklanan Malaysia.
Datuk Johnny Mun, pengerusi 4As Malaysia, sebuah persatuan pengamal pengiklanan yang berkongsi amalan dalam industri, memberitahu Malaysian Insider bahawa kod ini hanya terpakai untuk pengiklanan produk secara amnya dan tidak mengawal iklan politik.
Masjaliza juga berkata iklan itu menjejaskan integriti bebas dan adil dalam media.
"Sebagai contoh, perbelanjaan pengiklanan hendaklah terhad kepada jumlah yang tertentu. Jika tidak ada had maka ia akan memberi kelebihan kepada pihak yang mempunyai dana besar," katanya.
Media sebelum ini melaporkan BN dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM73 juta pada bulan lepas untuk pengiklanan, langkah untuk mempertahankan Putrajaya dan yang termahal pernah dibelanjakan dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Uplod kertas undi salah, SPR tipu rakyat? (LM)

Jika SPR tipu Rakyat dengan daftar pengundi yang meragukan, nama pengundi berganda, pindahkan lokasi pengundi... tak salah pulak? Alahai SPR...

SPR: Memuat naik gambar kertas undi satu kesalahan

PUTRAJAYA - Perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria. 

KENAPA BERLAKU PERTINDIHAN CALON PAS & PKR?


RAMALAN TENTANG KEMENANGAN PAKATAN DI SABAH

PAKATAN JANGKA SABAH SUMBANG 11 MP PDF Print E-mail
   








PAKATAN Rakyat Sabah yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 11 kerusi parlimen di Sabah walau menghadapi tentangan pelbagai penjuru di banyak kerusi.

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong berkata Pakatan yakin akan mempertahankan kerusi Kota Kinabalu, Tuaran dan Beaufort.
Kota Kinabalu dimenangi calonnya Hiew King Cheu pada 2008 manakala Tuaran dan Beaufort pula masing-masing dimenangi Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin.

Bumburing dan Lajim memenangi kerusi itu ketika menyertai BN tetapi kini menjadi sekutu Pakatan.
Lapan lagi kerusi yang diintai Pakatan adalah Sandakan, Putatan, Sepanggar, Tawau, Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Penampang.

 DIBAWAH INI PULA RAMALAN SEORANG PEMERHATI POLITIK TENTANG SABAH TERUTAMANYA PARLIMEN


Keputusan Pilihanraya PRU13 pada 5hb Mei 2013 (Parlimen)
[Peratusan undi diperolehi dari Jumlah pengundi yg keluar mengundi]


P167 - Kudat
BN-42% [MENANG]
PKR - 39%
SAPP - 4%
STAR - 7%

P168 - Kota Marudu
BN - 35%
PKR - 41% [MENANG]
SAPP - 7%
STAR - 13%

P169 - KOTA BELUD
BN - 47% [MENANG]
PKR - 41%
STAR - 9%
BEBAS - %

P170 - TUARAN
BN- 38%
STAR- 5%
PKR - 45% [MENANG]
IND - %

P171 - SEPANGGAR
BN- 33% [MENANG]
DAP- 32%
STAR- 5%
SAPP - 30%

P172 - KOTA KINABALU
BN-35%
STAR - 2%
DAP -62% [MENANG]

P173 - PUTATAN
BN- 45% [MENANG]
DAP- 39%
STAR-3%
SAPP-7%

P174-PENAMPANG
BN - 41%
STAR - 11%
PKR - 42% [MENANG]

P175 - PAPAR
BN - 45%
STAR - 7%
PKR - 46% [MENANG]

P176 - KIMANIS
BN- 47% [MENANG]
PKR- 43%
SAPP - 2%
STAR - 5%

P177 - BEUFORT
BN - 30%
PKR- 65% [MENANG]
STAR - 2%

P178 - SIPITANG
BN - 55% [MENANG]
SAPP - 3%
PKR - 41 %

P179 - RANAU
BN - 39%
IND -2%
PKR - 43% [MENANG]
STAR - 11%

P180 - KENINGAU
BN - 34%
PKR 30%
STAR - 44% [MENANG]

P181 - TENOM
BN - 30%
STAR -15%
SAPP -5%
PKR-45% [MENANG]
KITA- 3%

P182 - PENSIANGAN
BN - 30%
STAR - 21%
PKR - 43% [MENANG]
IND - 2%

P183 - BELURAN
PKR- 49% [MENANG]
BN- 38%
STAR - 7%
IND -3%

P184 - LIBARAN
BN - 37% [MENANG]
BEBAS -25%
PKR - 29%
STAR - 3%

P185 - BATU SAPI
BN - 46% [MENANG}
PAS - 44%
STAR - 5%

P186 SANDAKAN
BN - 30%
DAP - 50% [MENANG]

P187 - KINABATANGAN
BN - 40%
STAR - 9%
PKR - 47% [MENANG]

P188 - SILAM
STAR - 4%
BN - 50% [MENANG]
BEBAS - 2%
PKR - 43%

P189 - SEMPURNA
USNO - 30%
BN- 35% [MENANG]
PKR - 30%

P190 - TAWAU
BN - 30%
PKR - 40% [MENANG]
SAPP - 20%
BEBAS - 5%

P191 [KALABAKAN]
BN - 45% [MENANG]
PAS - 42%
BEBAS - 8%
STAR - 7%

P192 - LABUAN
BN - 43% [MENANG]
PKR - 30%
OTHER - 25%

Ringkasan
BN - 12
PR - 13
STAR - 1

SABAHKINI

SPR jelaskan! Pilihan Raya apa ni? (LM)

SALAH seorang sahabat seorang anggota Polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi hari ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Sahabat ini turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya. 

Kalau dilihat dari nama yang tertera, ia menunjukkan sahabat ini mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon KEADILAN di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN, Ahmad Fauzi Zahari.
 

Bacaan seterusnya:   SPR jelaskan! Pilihan Raya apa ni?

Mengapa Melayu mesti tolak Umno/BN? (LM)

Terjemahan Artikel Global (TAG)
Dipetik daripada Harakah Online: Why Malays should no longer vote for UMNO/BN - Dr Rosli Khan, 18 April 2013.

PILIHAN RAYA UMUM yang akan menjelang, akan merupakan suatu yang sungguh penting dan menarik, untuk diri saya dan juga untuk Malaysia. Sepanjang hidup saya sudah terjadi 12 PRU dan saya masih ingat 11 PRU dengan baik, sedangkan pertama kali saya mengundi ialah pada 1982. 

Iqrak wahai anak muda Islam, Iqrak! (LM)

Surat terbuka pengundi baru kepada umat Islam — Siti Norhayati Mohd Yusoff

22 APRIL — Dewasa ini topik politik telah mendominasi perbualan ramai. Angkat telefon sahaja untuk bercakap dengan sahabat mahupun saudara, dan tanpa sedar, kita sudah berbual mengenai politik.

Saya tidak berminat politik sehinggalah baru-baru ini, setelah saya merasakan wang dan titik peluh saya telah berakhir di dalam beg tangan mahal segelintir individu kaya. 

INGAT 1998 - BUKAN INIKAH PUNCA PAS,DAP MENDAPAT SOKONGAN???


Calon PAS, PKR & DAP Yang Bertanding Sesama Sendiri Adalah Hantu MSO

Calon PAS, PKR & DAP Yang Bertanding Sesama Sendiri Adalah Hantu

ULASAN KASAR                                                                                                              

Sejak semalam saya dihujungi dengan panggilan telefon dan sapaan menerusi PM Facebook dan whatsap mengenai pertandingan bertindih di antara calon PAS dengan calon PKR di lapan kerusi termasuk pertembungan calon DAP dengan calon PSM.


Masing-masing mahukan penjelasan kenapa perkara itu boleh berlaku. Mereka juga mahukan penjelasan dan menganggap apa yang berlaku itu sesuatu yang malang dan menyedihkan sekali. Mereka menyifatkan pertembungan itu sebagai simbol Pakatan Rakyat tidak sekata dan padu sekaligus menjatuhkan nilai PR sebagai parti pengganti kepada UBN.


Membimbangkan kata mereka pertindihan itu menyebabkan anak-anak muda yang baru berjinak dengan Pakatan Rakyat akan kecewa dan menganggap Pakatan Rakyat tidak serius untuk menumbangkan UBN.

"Tuan, ulaslah kenapa berlaku pertandingan sesama sendiri, kejadian ini boleh menyebabkan Pakatan Rakyat akan kalah, bukan kerana musuh tetapi kerana bertading sesama sendiri," begitulah sunggut seorang pengirim yang lain dengan gaya penuh kesal.

Pengirim lain pula juga ingin penjelasan sambil bertanya kenapa perkara itu boleh berlaku dan menganggap apakah ianya disengajakan. "Harap tuan ulaslah kerana blog tuan berpengaruh," tekan yang lain.

Saya juga benci dan juak dengan apa yang berlaku. Tidak mahu menyentuhnya. Tidak sepatutnya pertindihan sebegitu berlaku. Dalam menyusun perang terhadap UBN tidak elok kalau masih ada askar bergaduh dan bergomol sesama sendiri. Nampak sangat askar kita tidak cukup latihan dan kurang disiplin. Bertanding sesama sendiri seolah berebut tulang kering dalam mangkuk plastik.

Ada lapan kawasan yang melibatkan pertandingan sesama sendiri ataupun PAS dan PKR sama-sama meletakkan calon untuk berdepan dengan UBN. Kawasan itu ialah; tiga kawasan di Terenggu; Bukit Besi, Kota Putra dan Seberang Takir. Satu kawasan masing-masing di Perak (Jelapang), di Selangor (Damansara) dan Sabah (Labuan).
Untuk kerusi Damansara calon PAS, Ridzuan Ismail dan calon PKR Dr Mohd Nasir Hashim masing-masing mendaftarkan diri bersama dua calon bebas untuk menentang calon UBN Halimaton Saadiah Bohan. Kerusi ini sebelum ini adalah milik Dr Mohd Nasir dari PCM yang bertanding atas PKR.

Di kerusi Bukit Besi (Terengganu) pula, Mohd Syamsul Md Amin (PKR) dan Roslan Ismail (PAS) menentang calon UBN, Rosli Daud. Kerusi Kota Putra, calon PKR Abdul Ghani Ibrahim dan calon PAS, Adam Mat Said akan menentang calon UBN Mohd Mahadi Musa.

Manakala di Seberang Takir calon PAS Zakaria Dagang dan calon PKR Ahmad Nazri Mohd Yusuf menentang calon UBN Ahmad Razif Abdul Rahman.

Manakala di kerusi Sungai Aceh, (Pulau Pinang) pula, calon PKR Badrul Hisham Shahrin dan calon PAS Mohd Yusni Mat Piah menetang calon UBN Muhammad Zakaria. Di kerusi Panti calon PAS Azlisham Azhar dan calon PKR Mohd Annuar Mohd Salleh menentang calon UBN Baderi Basuki.

Di Labuan pula calon PAS, Hadnan Muhammad dan calon PKR Ibrahim Manuddin menentang calon UBN Rozman Isli. Di Jelapang, Perak calon DAP, Teh Kock Ke dan calon PSM M Salavarthy menentang calon UBN S Mokan.

Khabarnya pemimpin ketiga-tiba buah parti itu sedanag berusaha untuk menyelesaikan pertindihan demikian demi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat. Penyelesaian perlu kerana sekiranya gagal dan calon PAS dan PKR berdegil untuk terus berlawan dan tidak mahu berkompromi sudah pasti calon UBN di ketujuh-tujuh kerusi itu akan menang dengan mudah. Amat mustahil calon PAS dan PKR atau DAP akan menang kalau berlaku perebutan sesama sendiri. Tidak perlu menarik sampai 1,000 undi cukup seratus dua saja sudah cukup untuk menafikan kemenangan sesama sendiri.

Sekiranya semua pihak meletakkan kepentingan Pakatan Rakyat bukan kepentingan diri sendiri, penyelesaian dapat dilakukan. Tidak ada guna kalau semua calon-calon degil dan tidak berdisplin terus ingin berlawan kerana akhirnya mereka akan kalah. Sikap degil dan terus berlawan sampai ke hari mengundi bukan politik yang profesional sebaliknya politik 'kucarlana'.

Mengikut logik saja mereka akan kalah, apabila berlaku perpecahan undi. Calon UBN akan menang dengan mudah kerana undinya solid. Tidak usah banyak cukup kalau seratus atau dua ratus undi sahaja sudah cukup untuk menutup peluang masing-masing untuk menang.

Persoalan yang ingin diketahui kenapa berlaku demikian? Bukankah semua calon yang hendak bertanding itu harus membawa watikah masing-masing dan watikah itu pula dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti bukannya oleh ketua cawangan. Misalnya calon PKR perlu membawa watikah dari partinya begitu juga PAS dan DAP. Apakah sebelum watikah dikeluarkan kata putus yang konkrit tidak diambil dari kalangan pucuk pimpinan parti?

Kalau sudah ada keputusan konkrit tidak berlakulah pertidihan itu. Kelemahan di sini bukan calon yang mendaftarkan diri tetapi ketua parti yang mengeluarkan watikah. Tidak teliti dan kemas membuat keputusan. Kelemahan ini tidak syak lagi akan disuluh sebagai kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mengambil sesuatu tindakan.

Apa yang harus dilakukan sekarang ini ialah perlu ada mana-mana ikhlas menarik diri dan memberi sokongan kepada calon yang seorang lagi itu. Di sini memerlukan kebijaksanaan pucuk pimpinan. Mungkin kalau ia rumit untuk diselesaikan tindakan membayar ganti rugi kepada mana-mana calon boleh difikir kalau ianya praktikal?



Katakan kalau calon PAS ingin bayaran RM100,000 sebagai ganti rugi untuk tarik diri, ya bayar. Atau kalau ada tawaran rendah dari PKR misalnya RM50,000 bayar kepada calon PKR. Tetapi ingat kalau penyelesaian ini sampai ke peringkat bayar membayar ini nampak sangatlah calon-calon berkenaan haprak dan mata duitan. Tetapi kalau dengan cara lunak dan harmonis tidak dapat dilakukan, itulah formula terbaik.


Selebihnya kalau usaha secara baik dan komersial itu gagal biarlah 14 calon-calon hantu itu bertanding dan bertarung sesama sendiri. Kepada saya ia tidak memberi kesan kepada pembentukan kerajaan di negeri-negeri berkenaan kecuali Terengganu melibatkan tiga kerusi di mana jumlah itu agak besar juga. Tertakdir PAS Terengganu hanya memerlukan satu atau dua kerusi untuk memerintah, tiba-tiba ketiga kerusi berlaku pertindihan itu kalah, maka calon-calon hantu itu harus disalahkan. Mereka harus disula dan disebat kemudian mayatnya dilempar ke tengah laut.





Kita masih berharap moga ada penyelesaian. Dalam berdepan dengan soal-soalo maruah dan muka ini keikhlasan dan semangat berjiwa besar sangat diperlukan. Sesiapa di antara 14 orang calon itu yang sedia menarik diri marilah kita sama-sama menjujung mereka sebagai pemimpin sejati dan memahami tanggungjawab sebagai pemimpin berjiwa rakyat. [wm.kl.3:19 pm 21/04/13]




PECAT SAHAJA AHLI TANDING BEBAS.PKR JUGA TIDAK TERLEPAS.

Pertindihan calon, PAS mesyuarat Isnin ini


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof (gambar) dalam satu kenyataan petang ini.
Antara kerusi yang berlaku pertembungantersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti.
“Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini,” katanya.

Di sebalik pencalonan Che'gu Bard.. (LM)

Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh

Assalamualaikum WBT,

Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. 

Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal. 

Senarai Lengkap Calon Parlimen dan DUN PRU-13 (LM)


Senarai lengkap calon PRU-13:

http://marhaen.info/pru13/parliament/parliament.htm

VIDEO PENAMAAN CALON DI PERMATANG PAUH DAN LAIN TEMPAT






Malaysia 007 - LISTEN to the People! [大马007] (中文字幕/English Subtitled)


APA CERITA?

  • PAS, PKR bertembung di 7 kerusi
  • dikemaskini 6.14pm PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain di enam kerusi - sebuah Parlimen dan enam DUN - dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan.  




  • Runding telah berjalan.namun sikap sebegini dilihat bukan sahaja melemahkan semangat penyokong, malahan sudah tentulah Umno akan menang.Sebab Umno akan menang kerana pimpinan harus membuktikan persetujuan yang dicapai demi menentang Bn/Umno.

    Sementara itu ada juga ahli DAP dan PAS juga PKR yang bertanding bebas kerana perbezaan kawasan dan juga tidak terpilih.

    DAP dah pecat, Umno yang selalu dok kutuk pun pecat ahli yang bertanding bebas.PKR pecat atau ahli terus hanyut dengan angan-angan nak jadi YB...PAS bagaimana pula. kita tunggu sehari dua ni kenyataan Dato Tuan Ibrahim atau Mustaffa Ali.
     

Sia-sia Makcik Felda sokong Umno... (LM)

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim terpaksa bertanding sebagai calon bebas kerana segala khidmat dan sokongan sayap wanita Umno berkenaan tidak langsung mendapat tempat di hati Rosmah, suami Najib Razak.

Dengan ketiadaan Ketua Wanita bertanding dalam PRU-13 dan kini Naib Ketua Wanita yang telah dipecat secara automatik, apakah makcik-makcik felda akan terus memberikan sokongan kepada Umno? 

Terbukti, perjuangan makcik-makcik felda kini adalah usaha yang sia-sia, di dunia mahu pun di akhirat. 

Seterusnya mengenai nasib Datuk kamilia...:  Sia-sia Makcik Felda sokong Umno...

Updet 12:20PM: Laporan sekitar pencalonan PRU-13 (LM)

DAP guna roket, Tee Keat tak tanding (dengan updet pada 12:20 PM)

Hari penamaan calon pagi ini menandakan permulaan rasmi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang membabitkan pertandingan merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Cuaca pagi ini diramalkan baik di kebanyakannya tempat di seluruh negara, kecuali Pulau Pinang, Johor dan kawasan-kawasan tertentu di Melaka.

Sisipan menarik di dalam: Naib Ketua Wanita Umno bertanding calon bebas di K.Kangsar

Bunga RoS bantu PR tundukkan BN (LM)

Masalah logo roket DAP meningkatkan populariti bulan PAS dalam PRU13, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 20 April — Kesediaan DAP untuk menggunakan logo bulan PAS dalam Pilihan Raya 2013 kerana masalah perundangan boleh memberikan peningkatan penerimaan bukan Melayu terhadap parti Islam itu yang selama ini ditakuti kerana imej konservatif, kata penganalisis.

Bacaan seterysnya:  Bunga RoS bantu PR tundukkan BN

DAP, mulut buaya sentiasa ternganga...(LM)

DAP jangan ambil mudah pelbagai tipu muslihat pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan SPR. Pada waktu ini, kedua-dua badan mesra-BN berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa calon-calon DAP bebas menggunakan simbol Roket kerana parti DAP tidak dibatalkan atau diharamkan.

Yang dipertikaikan oleh ROS ialah kesahihan pemegang-pemegang jawatan dalam parti DAP. 

ASD-Lokasi berkumpul penyokong Paga Gomo dan Penyokong Pakatan Rakyat Permatang Pauh untuk Penamaan Calon esok!

Lokasi berkumpul penyokong Paga Gomo dan Penyokong Pakatan Rakyat Permatang Pauh untuk Penamaan Calon esok!


Sempena dengan hari Penamaan Calon untuk PRU13 ini bagi Parlimen Permatang Pauh (P044) lokasi yang telah ditetapkan ialah Institut Kemahiran Belia Negara, Jalan Berapit (IKBN), 14000 Bukit Mertajam, Malaysia.

Delegasi Calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen dan juga DUN-DUN jajahannya akan bergerak masuk ke IKBN bermula dari Simpang Mengkuang Semarak.

Masa yang telah ditetapkan ialah dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi, tiada masa bantahan kali ini.

Oleh itu seluruh penyokong Pakatan Rakyat di Permatang Pauh diminta berkumpul di persimpangan tersebut pada pukul 8.00 Pagi..

Manakala bagi penyokong-penyokong UMNO/BN pula akan bergerak masuk dari Jalan Berapit, Bukit Mertajam..

Bagi penyokong-penyokong PapaGomo pula diminta berkumpul di Empangan Mengkuang seawal sesudah subuh..untuk berarak melalui belukar di sebelah empangan tersebut menuju ke IKBN..

Menurut sumber PapaGomo akan diterbangkan ke empangan tersebut dengan menggunakan helikopter yang disewa khas oleh macai-macainya..

Elakkan sebarang provokasi.. dan tunjukkan kepada Malaysia, rakyat Permatang Pauh tanpa mengira ideologi politik adalah matang dalam berpolitik..

Petanda Raja Nong Chik Bungkus Di Lembah Pantai Posted by Addin Deen at 4/18/2013

Petanda Raja Nong Chik Bungkus Di Lembah Pantai

KUALA LUMPUR 18 APRIL: BN pasti akan ‘bungkus’ di Parlimen Lembah Pantai apabila Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang terpalit skandal rasuah anaknya diletakkan sebagai calon BN, melawan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Ini berikutan pemberian projek kepada anak Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu bernilai RM30.8 juta yang tentunya memberi kesan buruk kepada pengundi.
Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai, Siddik Ibrahim berkata, Nong Chik yang masih belum memberi penjelasan berhubung skandal itu hanya akan melingkupkan BN kawasan.
“Peluang untuk KEADILAN menang tetap cerah. Ini kerana isu Nong Chik sampai sekarang belum selesai. Rakyat sekarang celik, mereka tahu apa yang berlaku di sekeliling.
“Sepatutnya sebelum bertanding, Nong Chik perlu bersihkan nama. Sama-sama kita tunggu BN lingkup kali kedua di Lembah Pantai,” katanya kepada Keadilan Daily.
Pada Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Syarikat itu dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ia bukan satu-satunya projek yang dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau.
Anak perempuan Nong Chik, Raja Farhana turut disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat.
Syarikat itu yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa.
“Apabila dicalonkan, mana ada masa lagi nak bersihkan nama, Nong Chik hanya akan terus berkempen, dan semua itu akan jadi sia-sia kerana rakyat bukan bodoh untuk menilai,” kata Siddik.
Selain skandal itu, Nong Chik juga dilaporkan antara tersenarai mempunyai aset luar negara yang banyak melalui pemilikan syarikat luar pesisir seperti didedahkan Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ).
ICIJ yang berpangkalan di Washington mendedahkan 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia.
Nong Chik disenarai melalui syarikat keluarganya, RZA International Corporation.
Pemilikan rahsia itu berkemungkinan bertujuan menyembunyikan aktiviti kabur, mengelak cukai atau menyembunyikan urusan jual beli luar negara. ~keadilandaily

Pakatan tubuh Majlis Etika Media yang bebas lepas menang PRU 13

Pakatan tubuh Majlis Etika Media yang bebas lepas menang PRU 13

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 18 APRIL: Majlis Etika Media yang bebas dari kawalan Menteri Dalam Negeri akan ditubuhkan sebaik Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini sesuatu yang semestinya berlaku. Kita tak boleh mengandaikan media seperti Utusan Malaysia dan TV3 meneruskan cerita fitnah tanpa dikawal oleh sebuah majlis etika media yang bebas.

bebaskan media“(Dan Majlis Etika Media) bukannya (dikawal) oleh Menteri Dalam Negeri,” kata Anwar pada ‘Forum Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama’ di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Anwar menjelaskan, keangkuhan Umno BN yang berterusan memperbodohkan rakyat jelas kini disebarkan melalui propaganda di semua media arus perdana dan ia perlu dihentikan.

“Hingga sekarang ini, kita masih belum mendapat jaminan tegas untuk kerajaan menjawab tuntutan pilihan raya yang bersih, jaminan perundangan dan senarai undi yang sah.

“Dengan hambatan dan keterbatasan ini, apakah kita yakin (menang)? InsyaAllah,” kata Anwar.
Beliau merujuk pandangan ahli falsafah Sepanyol, José Ortega y Gasset dalam tulisan La rebelión de las masas (The Revolt of the Masses) bahawa hasrat rakyat yang mahukan kepada perubahan, tidak dipedulikan pemerintah.

“Ini bicara soal kekuatan rakyat. Kita jangan ingat rakyat ini tidak rumit…(dan kita) hanya fikir soal perubahan politik semata-mata. Ini menyebabkan pemerintah terjangkit dengan apa yang dikatakan sebagai ‘keangkuhan kuasa’.

“Kita mahukan perubahan nilai yang lebih baik dan keupayan mengangkat kesedaran. Kalau pimpinan politik tak merasakan mereka serba tahu, maka kena ada tawadhu’ untuk mengakui ada kekuatan daripada rakyat.
“(Perubahan) ini adalah berkenaan kepedulian dan keprihatinan nilai kemanusiaan,” tegas Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50685

Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh

Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh

(Oleh Aisha Geoffrey)
SUBANG JAYA 18 APRIL: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini.
chegubard3Badrul atau Chegu Bard yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima watikah pencalonan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Sungai Acheh sebelum ini menjadi rundingan antara KEADILAN dan PAS yang turut meletakkan calonnya, Yusni Md Piah.

Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terlebih dahulu mengumumkan Chegu Bard calon di kawasan tersebut.

Sungai Acheh merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal selain N20 Sungai Bakap dan N19 Jawi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50701

BERSIH janjikan kejutan jika Najib tak muncul

BERSIH janjikan kejutan jika Najib tak muncul

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya pada malam ini.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih belum memberikan maklum balas positif.

"Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin forum malam ini," kata Maria sewaktu dihubungi Malaysiakini.

BERSIH mempromosi forum 'Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' itu bagi membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing.

Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Antara pemimpin BN yang sering tampil untuk menyertai program debat dan forum bersama pemimpin Pakatan sebelum ini adalah tokoh mudanya seperti Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sementara Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan sementara, Gan Ping Sieu.

Najib, selaku pemimpin tertinggi BN bagaimanapun tidak pernah menyahut cabaran Anwar untuk berdebat namun masih berpeluang untuk berbuat demikian pada malam ini.

Beliau bagaimanapun dijadualkan hadir ke majlis pelancaran manifesto BN Selangor di Shah Alam pada malam ini.


ANWAR DI MANJOI


Ini Kalilah Balik Mengundi PRU13


KEADILAN desak Umno henti fitnah seks, debat dengan Anwar malam esok

KEADILAN desak Umno henti fitnah seks, debat dengan Anwar malam esok

(Kenyataan oleh Naib Presiden KEADILAN yang juga calon Parlimen Batu, Tian Chua)
Pilihan raya umum semakin dekat, blogger pro Umno menyebarkan video seks yang melibatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk menyerang Pakatan Rakyat (Pakatan).

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas Umno menggunakan helah jijik lagi untuk serangan peribadi.

KEADILAN juga mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan secepat mungkin terhadap insiden sebegini.

najib penakut-debatPakatan sudah beri amaran bahawa pemimpin Pakatan mungkin diserang dengan video seks buatan pihak musuh, agar disebarkan semasa pilihan raya umum akan datang.

Sasaran mereka termasuk pemimpin Pakatan yang juga Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak ambil sebarang tindakan untuk memantau atau menyiasat, sehingga kini tersebar video seks yang libatkan Mustafa Ali.

Oleh demikian, kami percaya semua ini adalah helah kotor pihak musuh, matlamat mereka adalah fitnah pemimpin Pakatan.

Isu video seks di arena politik Malaysia bermula pada pilihan raya 2008, iaitu video seks mantan Menteri Kesihatan MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Tian ChuaHelah kotor digunakan dalam anggota parti BN ini, sekarang sudah “dipertingkatkan” dan menjadi senjata politik. Mereka mencipta beberapa video atau gambar seks menyerang pemimpin Pakatan, sasaran banyak menuju kepada Anwar.

Namun begitu, pihak polis tidak pandang serius dan ambil tindakan terhadap gambar atau video rekaan ini, malah membisu apabila media pro Umno melaporkannya demi menjatuhkan imej Pakatan.

Contohnya semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2011, insiden Datuk T dedahkan video seks serang Anwar, walaupun Anwar melaporkan perkara itu kepada polis, kes ini tidak ada apa-apa tindakan dan tidak ada orang dikenakan tindakan.

Pihak mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dalam kes Fitnah II pada Januari tahun ini. Anwar juga menang dalam kes saman terhadap Utusan Malaysia yang menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) awal tahun ini.

Kenapa Utusan Malaysia yang dikawal Umno dan juga blogger pro Umno, Papagomo masih boleh gunakan isu sama untuk serang Anwar lagi?

Mustafa Ali adalah mangsa baru helah kotor Umno. Beliau sudah menafikan terlibat dalam video seks, malah menuduh Umno cuba fitnah beliau.

Malaysia adalah negara di bawah pemerintahan undang-undang. Pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan segera untuk mengelakkan orang berkenaan menggunakan helah kotor menyebar fitnah, mencemarkan arena politik negara kita.

KEADILAN mematuhi kedaulatan undang-undang, menghormati pilihan raya yang demokrasi, adil dan saksama.

Saya menyeru Barisan Nasional (BN) berhenti memainkan helah kotor, lantaran mencabar Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak hadir di forum manifesto pilihan raya anjuran Bersih pada Rabu (17 April), berdebat dengan Anwar di kalangan rakyat.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50528

Johor, Sabah dan Sarawak akan tumbang


Penyokong Umno tetak petugas Pakatan, letak parang di kepala

Penyokong Umno tetak petugas Pakatan, letak parang di kepala

Sidiqin Omar
TERENGGANU 15 APRIL: Seorang petugas Pakatan Rakyat parah selepas ditetak sekumpulan penyokong Umno bersenjata pedang dan parang di Felda Neran 1 pada 11 April lalu.
Asri Hassan, 40, diserang lebih 15 penyokong Umno BN yang datang menaiki empat kereta, di hadapan Markas Pakatan Rakyat di situ, kira-kira jam 11 malam.

“Saya seorang terpaksa berlawan 15 atau 16 orang. Saya terpaksa mengelak dan bertahan menggunakan tangan,” katanya kepada Keadilan Daily.

asriIa menyebabkan Asri menerima lebih 30 jahitan, 20 di lutut kaki kanan, pergelangan kaki kiri (10 jahitan), selain lebam di belakang badan dan luka di kepala dan dahi.
Mangsa turut lebam dari bahagan pergelangan tangan kiri hingga ke bahu selain pecah bahagian bibir bawah akibat ditumbuk.

Beberapa lelaki yang cuba membantu Asri pula ditampar, malah diugut dengan mengacu dan meletakkan parang di kepala seorang daripada mereka.

Asri dikejarkan ke hospital Kemaman tetapi terpaksa dirujuk ke Hospital Kuantan berikutan kecederaan serius sebelum dibenarkan pulang 13 April lalu.

Satu laporan polis dibuat di Hospital Kemaman pada hari sama tetapi Asri sehingga kini, belum dipanggil memberi keterangan.

Serangan itu dikatakan berpunca dari pertelingkahan berkaitan pemasangan bendera parti berdasarkan tuduhan liar tanpa bukti.
(FZL)

Anwar perlu maklum kepada Agong segera lepas menang PRU- Aziz Bari

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 14 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengadakan sidang media segera untuk memaklumkan kepada Yang Di Pertuan Agong selepas Pakatan Rakyat menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia bagi membolehkan Agong menintahkan Anwar segera ke istana bagi  proses pelantikan  perdana menteri baru.

Aziz bari“Secara formal kuasa pemerintahan negara berada di tangan Agong tetapi ia hanya boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang mempunyai mandat rakyat; sesuatu yang dilaksanakan melalui konsep bertanggungjawab kepada parlimen, khususnya Dewan Rakyat.
“Jadi strategi yang perlu dilakukan Anwar sebaik sahaja PR menang 112 kerusi nanti ialah membuat sidang media dan menyatakan beliau menunggu titah  Agong untuk menjemput beliau ke istana bagi dilantik sebagai PM baru.Pelantikan kabinet akan dibuat selepas itu,” katanya dalam satu kiriman email kepada Keadilandaily.

Menurut Aziz, tindakan itu bagi mengelakkan pihak tertentu menceroboh ke istana dan memaksa pelantikan sebagaimana dilakukan bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun selepas parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya negeri Sabah pada 1985.

Katanya, istana juga perlu segera melantik sebuah kerajaan dan tidak mengulangi kelewatan seperti PRU 1999 apabila kerajaan baru  Dr Mahathir Mohamad hanya dilantik 11 hari selepas keputusan pilihan raya diumumkan.
Kelambatan ini, katanya menyebabkan kekecohan berlaku dalam sidang pertama Dewan Rakyat ketika itu.

Agong perlu proaktif

Aziz berkata demikian ekoran timbul pertanyaan mengenai senario yang akan terjadi jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU kali ini.
Beliau berkata, hal ini tidak pernah berlaku di peringkat persekutuan, dan kemungkinan BN akan membuat huru-hara dan kekecohan jika Pakatan memperolehi majoriti di dewan rakyat.
“Siapa yang berkuasa ketika itu? Jawabnya tidak ada; yang ada kerajaan sementara yang kerjanya setakat melaksanakan pentadbiran rutin sahaja.
“Kerajaan ini tidak boleh meneruskan kerjanya sebaik sahaja ada parti yang menang majoriti mudah dalam Dewan Rakyat; ertinya dalam PRU yang baru saja tamat,” ujar calon KEADILAN bagi Parlimen Sabak Bernam ini.

Kata Aziz, perlembagaan tidak memberi sebarang panduan bagaimana senario itu hendak ditangani, namun ia mempunyai semangat tertentu berasaskan demokrasi yang perlu diteliti.
“Senario itu menyebabkan Agong kena proaktif; perlembagaan meletakkan tanggungjawab melantik kerajaan kepada baginda dengan secepat mungkin.

“Ini kerana baginda perlu ada kerajaan yang menasihati baginda sepanjang masa. Dalam bahasa yang mudah perlu ada kerajaan yang menjalankan pentadbiran dan kerajaan ini perlu ada mandat; yakni kerajaan ini boleh bertanggungjawab kepada parlimen iaitu Dewan Rakyat,” ujarnya
Bagaimanapun, beliau yakin  kekecohan sedemikian dapat dielakkan ekoran jaminan Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan peralihan kuasa secara aman ketika mengumumkan pembubaran dewan rakyat, 3 April lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50321

Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan – Anwar

Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan – Anwar

Aedi Asri
KUALA PILAH 14 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu kepada semua calon yang dipilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, tenaga semua pihak diperlukan untuk membawa perubahan, apatah lagi ketika di peringkat akhir untuk mencapai kemenangan.
“Kita tidak boleh sama sekali tolak ansur dengan orang yang khianat kerana RM5, RM50, tunjuk muka di TV3. Pengkhianatan banyak ada sekarang,” katanya lagi.
IMG_7836Beliau berkata demikian ketika berucap kepada ribuan hadirin di program ‘Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat’ di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.
Anwar juga meminta agar semua penyokong Pakatan menjaga kekuatan jemaah dan tidak melupakan matlamat perjuangan.
“Saya tuntut penyokong KEADILAN dan Pakatan, jaga jemaah ini. Kita dengar cadangan ranting, dengar cadangan cabang, dengar cadangan negeri,” katanya.
Beliau menyifatkan terlalu ramai yang berkhidmat dengan baik dan layak untuk menjadi calon dalam PRu ke 13.
IMG_7854“Orang yang kerja (ada) beribu, yang layak jadi calon ratus, yang akhirnya jadi calon seorang.
“Sebaik sahaja kita ada penyakit, anggap aku (sahaja) berkhidmat, aku (sahaja) kerja. Ini penyakit yang boleh lunturkan semangat dan musnahkan jemaah.
“Apa juga keputusan, saya rayu kepada rakyat, saya rayu kepada pengundi, supaya pastikan calon Pakatan – PAS, DAP dan KEADILAN diberi sokongan padu untuk menang,” katanya.
Turut berucap, Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani.
(FZL)

Sah, Bekas MB Selangor sertai PAS April 14, 2013 admin Reply

Sah, Bekas MB Selangor sertai PAS

MatTaibBekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi.
Beliau dikatakan telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Harun Din dirumah Dr Harun Din di Bangi tadi.
Pengisytiharan kemasukan Mat Taib ke dalam parti Pas pula akan dilakukan Tuan Guru Haji Hadi Awang pada malam esok.
Sama-sama kita nantikan pengisytiharan ahli baru Pas ini nanti.
Semoga dengan kemasukan bekas menteri besar selangor daripada Umno ini bakal memberikan impak dan tenaga positif kepada Pas dan juga Pas Selangor secara khususnya.
Marilah berdoa agar ramai lagi tokoh-tokoh besar berhijrah untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. – Ajijoi
Pengesahannya juga telah dibuat oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Rujuk

Dr M ancaman kepada pembentukan ‘Bangsa Malaysia’ dalam Wawasan 2010, kata Kit Siang


Bahasa

Dr M ancaman kepada pembentukan ‘Bangsa Malaysia’ dalam Wawasan 2010, kata Kit Siang

Oleh Mohd Farhan Darwis
April 12, 2013
Lim Kit Siang hari ini mengatakan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ancaman kepada pembentukan negara bangsa Malaysia. — Gambar failKUALA LUMPUR, 12 April — Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ancaman kepada pembentukan “Bangsa Malaysia” dalam Wawasan 2020, dan pembentukan negara bangsa Malaysia, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu menegaskan, kenyataan terbaru bekas perdana menteri itu dalam blog Chedet.cc miliknya semalam jelas membuktikan beliau tidak pernah meninggalkan arena politik, sebaliknya kini beliau merupakan individu yang “paling ditakuti” dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Amat menyedihkan dan tragik apabila ‘kebangkitan kedua’ Dr Mahathir dalam koridor kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan pengaruh yang buruk dan amat merosakkan bagi politik Malaysia dan pembinaan negara bangsa,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah veteran politik itu lagi, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak juga begitu takut dengan Dr Mahathir kerana beliau mampu menentukan siapa perdana menteri.

“Selain memuji Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau juga telah mengeluarkan kenyataan yang meruntuhkan pembentukan negara bangsa Malaysia, beliau juga mengeluarkan kenyataan di laman blognya bahawa saya bertanding di Gelang Patah akan mengakibatkan ‘konfrontasi kaum,’ katanya lagi.

“Ia kenyataan paling tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan bekas perdana menteri,” tambahnya.
Kit Siang juga menjelaskan kenyataan Dr Mahathir itu tidak masuk akal memandangkan semua lima kerusi Parlimen yang ditandinginya sebelum ini mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Namakan sahaja, Kota Melaka, Petaling, Tanjong, Bukit Bendera dan Ipoh Timor mempunyai majoriti Cina ... berbanding Gelang Patah yang mempunyai 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus pengundi Melayu, dan 12 peratus pengundi India.

“Saya tidak menjangkakan pujian daripada Dr Mahathir kerana berani keluar dari kawasan selesa seperti Ipoh Timor yang mempunyai 80 peratus pengundi Cina,” katanya lagi.

Kit Siang juga turut mempersoalkan tindakan Dr Mahathir yang mengatakan beliau menggunakan sentimen perkauman dalam kempennya di Gelang Patah.

“Saya telah menemui semua pengundi perbagai bangsa untuk bekerjasama sebagai satu Malaysia, yang mana mempunyai keahlian parti dari pelbagai kaum seperti Pakatan Rakyat (PR).

“Dr Mahathir hanya meneruskan kempen kemusnahan oleh Umno yang memainkan sentimen DAP sebagai anti Melayu, anti Islam yang jelas satu penipuan,” tegasnya.

Tegasnya lagi, Gelang Patah adalah satu ujian sama ada penipuan Umno dan Dr Mahathir itu benar atau tidak.


“Beliau perlu berundur dan memohon maaf atas penipuan terhadap saya atau mengeluarkan bukti menyokong dakwaannya itu serta tidak lagi menyebar penipuan terhadap saya,” tambahnya.




BAGUS UNTUK MAKCIK FELDA DAN MAKCIK UMNO: Jika PR Perintah Malaysia DAP Perdana Menteri?? - Ustaz Suhaimi Md Saad


Pengarah Tanah Perompak Geran, Polis Tutup Mata?


VIDEO : Skandal Wakil Rakyat Semporna?

VIDEO : Skandal Wakil Rakyat Semporna?

WALAUPUN beragama Islam, namun pemimpin UMNO Semporna gagal mempertahankan Surau yang dibina di Jalan Kastam Semporna yang dirampas pemilik Seafest Hotel dengan persekongkolan wakil rakyat Semporna.

Saksikan videoklip ini untuk membolehkan anda mengetahui betapa agama rasmi tidak dilindungi di Semporna sehingga surau mahu diroboh sesuka hati tanpa pampasan dan surau gantian. Betapa malangnya nasib rakyat bumiputera Semporna yang merupakan 98% daripada jumlah pengundi Semporna.

Nasib nelayan juga terabai apabila tanah seluas 10 ekar dirampas oleh pemilik Seafest Hotel (Cina) yang merupakan 2 % daripada jumlah pengundi dengan subahat dan kerjasama wakil rakyat Semporna.

Najib dianggap tidak berlaku adil kerana ‘singkir’ Presiden MCA bertanding PRU-13

Najib dianggap tidak berlaku adil kerana ‘singkir’ Presiden MCA bertanding PRU-13
11 April 2013
GELANG PATAH, 11 APRIL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak tidak berlaku adil apabila tidak menyenaraikan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.


Katanya, beliau bersimpati dan kasihan dengan nasib Chua yang hari ini terpaksa mengaku dia tidak akan bertanding pada PRU-13 tidak lama nanti.
“Ini sangat memalukan dan dianggap menghina Chua yang terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk memberi laluan kepada pemimpin muda menggantikan beliau supaya parti itu terus kekal relevan,
“Hakikatnya Presiden MCA itu tidak dibenarkan bertanding oleh Najib kerana perjuangan MCA dikatakan menyimpang dalam landskap politik Malaysia yang baru selepas tsunami politik 2008.


“Najib bimbang mencalonkan Chua mungkin untuk mengelak beliau daripada menjadi Perdana Menteri terakhir UMNO/BN mengikut ramalan RAHMAN,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Chua sebelum ini menuduh Kit Siang sebagai seorang “pelarian politik’ apabila memilih bertanding di Gelang Patah, Johor daripada kerusi Ipoh Timur yang dimenangi dua penggal dengan majoriti lebih 21,000 undi.
“Najib tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia bukan urusan UMNO sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Presiden MCA menentukan pemilihan calon MCA.


“Jika Chua tidak layak menjadi calon BN, bagaimana dia boleh cergas dan dipilih menjadi Presiden MCA,” katanya.
Kit Siang yang juga penyandang Ahli Parlimen Ipoh TImur berkata, kepimpinan MCA perlu berani bersuara menentang ketidakadilan Najib terhadap Chua kerana Najib tidak berhak menyingkirkan Chua menjadi calon BN pada PRU-13.


Katanya, belum ada Perdana Menteri sebelum ini termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir atau Tun Abdullah yang berani menggunakan kuasa veto untuk menyingkirkan Presiden MCA sezaman mereka seperti Tun Tan Siew Sin, Tun Dr Lim Chong Eu, Tan Sri Lee San Choon, Tan Koon Swan, Tun Dr Ling Liong Sik atau Tan Sri Ong Ka Ting daripada bertanding sebagai calon BN pada setiap kali pilihan raya.-Roketkini.com


Hindraf usah perlekeh DAP, PR bantu masyarakat India

Hindraf usah perlekeh DAP, PR bantu masyarakat India
11 April 2013
KLANG, 11 APRIL: Hindraf diminta menghentikan sikap kebudak-budakkan dalam semua tuntutan kerana mereka bukan satu-satunya organisasi yang mengetengah dan memperjuangkan nasib masyarakat India negara ini.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Santiago menganggap dakwaan Hindraf yang menuduh Deklarasi Gelang Patah diplagiat daripada mereka sebagai tidak masuk akal dan tidak wajar.
“Kami akui Hindraf mengeluarkan manifesto mereka dalam usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat India.

“Tetapi ada lagi pertubuhan India yang lain seperti Badan Bertindak Hak Asasi Masyarakat India Kebangsaan (NIAT) yang mengeluarkan 68 muka surat pelan dan dasar pembaharuan untuk memperdaya masyarakat India,” jelas beliau.

Charles juga Penyandang Parlimen Klang mengingatkan semua pihak bahawa aspirasi untuk memperdayakan sosio-ekonomi masyarakat India negara ini tidak boleh di monopoli sesebuah pertubuhan semata-mata kerana setiap pihak mempunyai ruang untuk memberi sumbangan.
“Pada Pilihan Raya Umum 1999, sebuah NGO yang bergabung di bawah Kumpulan Warga Prihatin (GCC) menyediakan sebuah dokumen “Tuntutan Masyarakat India Malaysia: Demi masa depan yang lebih baik” (Demands of Indian Malaysians: For a Better Future).

“Dokumen itu disokong dan didokong parti politik seperti DAP, PAS, PRM, dan PKR ketika itu,” katanya.
Charles juga mahu Hindraf melihat semula dasar dan sumbangan yang diberi kepada masyarakat India di negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor dan Pulau Pinang di mana MIC gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.


“Pemimpin Hindraf perlu sedar bahawa ramai pemimpin dalam PR telah lama bekerja keras bersama masyarakat India sebelum pertubuhan itu dibentuk.

“Setelah kerajaan PR dibentuk, kami telah buat banyak program dan memberi peruntukan untuk sekolah Tamil, kebajikan, keagamaan termasuk memulakan perniagaan kecil-kecilan,” jelas beliau.

Kor Risik ATM kini berkhidmat untuk BN? (LM)

Rakyat ingin tahu adakah  benar Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam kerja-kerja kotor politik Umno dan BN.

1. Parti Keadilan Rakyat  merakamkan pendirian kami ingin melihat Pilihanraya Umum ke 13 diadakan  dengan aman dan tenteram. Kita ingin mengajak lawan kita Barisan Nasional menyatakan komitmen yang sama dengan tidak menggunakan agensi-agensi keselamatan kerajaan untuk tujuan politik mereka. 

VIDEO PENGAKUAN OMAR ABU BAKAR MEMFITNAH ANWAR




07.04.2013 - Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Barisan Penceramah:
- Haniza Talha (mantan Adun Taman Medan, Penggal ke-12)
- Hee Loy Sian (mantan MP PJ Selatan Taman, Penggal ke-12)
- Ng Suee Lim (mantan Adun Sekinchan, Penggal ke-12)
- Dato' Tamrin Tun Ghafar Baba

Penampilan Khas
Dato' Omar Abu Bakar (mantan Pegawai khas Tun Dr. Mahathir)

Taman Medan, Petaling Jaya.
07.04.2013

Secebis kisah tauladan tentang bahaya pertuduhan qazaf (melakukan zina) kepada seseorang tanpa mengemukakan 4 saksi:-

Pada zaman Imam Malik , terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya .Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.Sehinggalah tiba pada hari kematiannya.Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat,tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada alat kemaluan wanita pelacur itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu . Mana tidaknya ,tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu .Pertama,memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus .

Akhirnya,mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik .Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa .Pernah ada satu ketika ,Imam Malik mendapat 40 pertanyaan ,tetapi yang dijawabnya hanyalah 5 .Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama .Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya .

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:" berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina ".Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut ,sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi".Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi .Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

TERKINI DARI KUANTAN-PENGGUMUMAN CALON PKR PAHANG

CALON PARLIMEN

KUANTAN FAUZIAH SALLEH
INDERA MAHKOTA DATO FAUZI ABDUL RAHMAN
PAYA BESAR MURNIE
PEKAN FARIZ MUSA
BERA ZAKARIA ABDUL HAMID



CALON-CALON DUN

KEMAYAN-BOB MANOLAN
CHEKA ABAS AWANG
BENTA  RIZAL
TERUNTUM CHEN CHEONG


Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1

Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1


KUALA LUMPUR 9 APRIL: Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat  pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
dato omar abu bakar“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).
“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).
“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).
“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar disambut sorakan rakyat.
Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.
“Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak,” kata Omar disambut ketawa hadirin.
Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik.
Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.
reformasi1Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.
Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.
“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.
“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga,” kata Anwar.
Azlan
Azlan
Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Khairil Annas Jusoh.
Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.
Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.
Untuk tonton rakaman pengakuan Omar KLIK SINI. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49758

ANWAR BERSAMA AL JAZEERA


PRU 13: Polis perlu jamin peralihan kuasa aman – Musa Hassan

PRU 13: Polis perlu jamin peralihan kuasa aman – Musa Hassan

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 8 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, sekiranya berlaku peralihan kuasa, polis perlu memastikan ia berlaku secara tenang dan aman.
“Kalau ada pihak nak lakukan sesuatu, mesti ambil tindakan. Ini negara demokrasi. Kena iktiraf demokrasi dan pilihan rakyat.
pilihan raya“Saya tengok (Perdana Menteri) PM Najib (Razak) kata, tidak akan berlaku apa-apa (yang buruk, ketika) peralihan kuasa. Dalam negara demokrasi, mana-mana pihak, selepas pilihan raya perlu menerima (keputusan) sebab itu pilihan rakyat.
“Kena ‘cool head’ untuk terima keputusan. Kita negara aman. Tak mahu rosak oleh mana-mana pihak.
“Persoalan (sama ada) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri, itu masing-masing untuk pilih. Siapa-siapa dipilih kita kena terima, sebab ini negara demokrasi, tak perlu bertengkar,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Tambah Musa, polis kini tidak boleh menerima arahan langsung dari Menteri Dalam Negeri.
“Dalam keadaan kerajaan sementara, PDRM bersifat neutral dan perlu jalankan peranan lebih berkesan. Polis perlu memantau dan tentukan tidak ada sesuatu keadaan yang boleh menggugat keamanan dalam pilihan raya,” katanya.
Musa turut menceritakan pengalamannya semasa bertugas di Alor Gajah, Melaka dalam satu pilihan raya apabila beliau menegur seorang bekas Ketua Menteri yang tidak mematuhi peraturan pilihan raya.
“Masa itu saya Inspektor, muda. Kena jaga Alor Gajah, Melaka. Seorang bekas Ketua Menteri (bawa) kereta ke pusat mengundi. (Saya kata) tak boleh masuk.
“Pihak polis tak bantu mana-mana parti politik untuk menang piihan raya. Dia (polis) memantau keselamatan supaya rakyat boleh mengundi.
“Ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Polis kena kuatkuasakan undang-undang,” kata Musa. – SDQ

KATA DULANG PAKU SERPIH.

arakahdaily, 08 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis.

Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.

Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.

“Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.

“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.

"Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.

Rendang ayam lauk lazat,
Terlampau banyak jadi biasa,
Mulut jangan cepat sangat,
Kerana mulut diri binasa.



LAPORAN BERKAITAN

Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan
BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara