Pada malam 20 November 2026 (Jumaat), Encik Mohd Maskor Ibnu Tumiran mewakili Dr Dzulkefly Ahmad telah menyantuni penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sultan Abdul Aziz, Kg. Kuantan.
Dalam kunjungan tersebut, sumbangan berupa makanan ringan telah disampaikan kepada para mangsa sebagai tanda keprihatinan dan sokongan, di samping menyediakan kemudahan pinjaman katil perubatan bagi membantu penduduk yang memerlukan.
Untuk makluman, PPS SK Sultan Abdul Aziz, Kg. Kuantan telah mula dibuka pada 20 November 2026 (Jumaat), jam 2.30 petang bagi menempatkan penduduk yang terjejas.
Semoga sumbangan dan bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan keselesaan kepada semua penduduk yang terlibat.
Prihatin, cakna dan sentiasa bersama masyarakat ketika diperlukan.
#flood #FloodRescue #FloodSafety #banjir #malaysia #kualaselangor










No comments:
Post a Comment