FUNGSI SAYAP






Jenis-jenis sirip kemudi pada kapal selam ✅ 

Dalam kapal selam, sirip ini dipanggil sirip kawalan atau hidrofoil. Ia berfungsi bila kapal selam sedang bergerak, sebab aliran air yang melaluinya akan menghasilkan daya untuk menolak badan kapal ke atas, ke bawah, ke kiri atau ke kanan.

Secara asas, ada dua kerja utama 👉 kawal kedalaman / kecondongan dan kawal arah belokan.

"Stern Planes" 

Sirip mendatar di bahagian belakang kapal selam.

Fungsi utama adalah untuk kawal sudut dongak dan tunduk kapal, iaitu muncung naik atau turun.

Keupayaannya kesan paling kuat ketika kapal bergerak laju, sebab ia duduk dalam aliran air yang laju di belakang bebaling.

Cara guna - Jurumudi pusing kedua-dua belah satah ini serentak untuk ubah sudut kapal.

"Bow Planes" 

Sirip mendatar di bahagian depan kapal selam.

Fungsi utamanya adalah untuk kawal kedalaman kapal ketika sedang menyelam, tanpa perlu ubah sudut badan kapal terlalu banyak.

Keupayaanya ia lebih berkesan pada kelajuan perlahan berbanding sirip belakang.

Dalam amalan biasa, sirip belakang kawal sudut kapal, manakala sirip haluan digunakan untuk naik atau turun.

Sesetengah kapal selam tidak pasang sirip haluan pada badan, tetapi pasang pada menara.

"Sirip Menara" / Sirip Fairwater (Sail Planes)

Sirip mendatar yang terpasang pada kiri dan kanan menara koning kapal selam.

Fungsi utamanya sama seperti sirip haluan, iaitu kawal kedalaman dan bantu menyelam.
Keupayaannya ia kebih selamat ketika kapal selam rapat dengan dasar laut, sebab satah ini lebih tinggi daripada badan kapal dan kurang risiko terhantuk.

Kelemahannya adalah ia boleh ganggu aliran air dan hasilkan bunyi, jadi sesetengah reka bentuk moden elak guna jenis ini.

"Kemudi Menegak" (Vertical Rudder)

Sirip menegak di bahagian belakang kapal selam.

Fungsi utamanya adalah untuk belok ke kiri dan ke kanan.

Keupayaannya adalah untuk kawal arah haluan kapal ketika sedang bergerak ke depan.

Cara guna adalah, jurumudi pusing kemudi ini seperti kemudi kapal biasa. Dalam kokpit, jurumudi yang sama biasanya kawal sirip haluan dan kemudi ini.

"Konfigurasi cross"/ Salib / Bentuk + (Cruciform Stern)

Ini bukan sejenis sirip, tetapi cara susunan sirip di ekor.

Susunan : Satu pasang satah mendatar di kiri-kanan, dan satu pasang kemudi menegak di atas-bawah, membentuk bentuk salib atau tambah (+).
Keupayaan : Mudah dibina, mudah diselenggara dan mudah diramal cara kawalannya.
Kelemahan : Sirip menegak bawah boleh terhantuk dasar laut ketika kapal selam berada di air cetek.

Kebanyakan kapal selam lama dan banyak kapal selam moden masih guna susunan ini. Dalam susunan klasik ini, sirip belakang mendatar berfungsi kawal kecondongan kapal.

"Konfigurasi X" (X-Rudder / X-Planes)

Empat sirip di ekor disusun menyerong, membentuk huruf X.

Fungsi utama : Setiap sirip boleh kawal kedua-dua arah, menegak dan mendatar, pada masa yang sama.
Keupayaan :
Lebih tangkas ketika membelok dan ubah kedalaman
Lebih stabil dan selamat di air cetek, sebab tiada sirip menegak yang terjulur ke bawah
Jika satu sirip rosak, tiga sirip lain masih boleh kawal kapal
Kelemahan : Sistem kawalan lebih rumit, sebab komputer perlu kira gabungan pergerakan empat sirip itu sekali gus.

Reka bentuk ini digunakan pada kapal selam moden seperti kelas tertentu dari Sweden, Jerman dan Amerika Syarikat. Kajian menunjukkan susunan + dan X memberi kesan berbeza pada keupayaan membelok, ubah haluan dan kestabilan kapal.

Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy

#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG




No comments: