Ustaz Ridwan Abu Bakar
Parti AMANAH Negara dalam setiap edisi pilihanraya yang disertainya tidak pernah membiarkan ruang calon untuk anak² muda sebelum usia 25 tahun dibiarkan kosong.
Tujuannya adalah untuk 'melatih' dan seterusnya membina potensi mereka sebagai pemilik zaman untuk memimpin zaman dengan gaya dan kaedah semasa !!
PRU 14 ; AMANAH tonjolkan Saqif Ansorullah sebagai calon termuda di DUN Selinsing, Perak. Sekarang beliau masih istiqamah sebagai JKP Nasional Pemuda AMANAH Nasional.
PRU 15 ; AMANAH tonjolkan Muaz Abdullah di Parlimen Padang Terap sebagai calon termuda. Sekarang ini masih aktif sebagai JKP Nasional Pemuda AMANAH Nasional.
PRN 16 - Melaka ; wajah muda sekali lagi dipertaruhkan oleh AMANAH di DUN Kuala Linggi, Mukhlis Mubin - selamat ulang tahun ke 25 hari ini - semoga akan kekal istiqamah untuk mengempur Asabiah.
Saya tidak senaraikan anak muda yang melebihi usia 25 ketika menjadi calon, bahkan ada yang menang pun kerana untuk tumpuan khusus kepada yang bawah 25. Kerana, anak sulungku pun berusia 25 tahun 😀😁
Dirgahayu AmanahKu
Selamat berkonvensyen Pemuda Amanah.



No comments:
Post a Comment