WANITA DI TERENGGANU PUN DIWAJIBKAN SOLAT JUMAAT KE?

Cabai Giling

Saya nak tanya kerajaan negeri Terengganu dan juga para penyokong yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan dasar penutupan premis ketika solat Jumaat.

Adakah di Terengganu ini wanita juga diwajibkan menunaikan solat Jumaat sehingga semua premis yang dimiliki oleh orang islam perlu ditutup? Bagaimana pula dengan wanita yang memerlukan barangan keperluan ketika waktu tersebut? Bagaimana dengan pelancong, masyarakat bukan Islam dan mereka yang mempunyai urusan serta keperluan harian?

Sebelum ada yang sibuk memutarbelitkan isu, fahamkan dahulu apa yang sebenarnya dipersoalkan oleh YB DAP.

Isu ini bukan mempertikaikan kewajipan solat Jumaat, bukan juga menghalang kaum lelaki menunaikan ibadah. Isu sebenarnya ialah soal pengurusan dan kebijaksanaan pentadbiran kerajaan negeri.

Kalau sesebuah premis itu hanya mempunyai pekerja lelaki, kita boleh faham sekiranya operasi dihentikan sementara bagi memberi ruang kepada mereka menunaikan solat Jumaat. Itu bukan persoalannya.

Tetapi bagaimana pula jika premis tersebut mempunyai pekerja lelaki DAN wanita? Adakah premis itu juga wajib ditutup sepenuhnya? Mengapa tidak dibenarkan pekerja wanita meneruskan operasi sementara pekerja lelaki menunaikan solat Jumaat?

Bukankah itu satu solusi yang lebih praktikal?

Begitu juga dengan premis yang boleh diuruskan oleh pekerja wanita sepanjang tempoh tersebut. Mengapa perlu menutup keseluruhan operasi sedangkan masih ada tenaga kerja yang boleh menjalankan perniagaan?

Inilah yang dipersoalkan. Bukan solat Jumaat, tetapi kaedah pelaksanaan sesuatu dasar.

Janganlah setiap kali ada pihak bertanya tentang keberkesanan sesuatu dasar, terus dituduh mempertikaikan agama. Agama tidak pernah menghalang manusia daripada berfikir, mencari penyelesaian dan mentadbir dengan bijaksana.

Kalau semua persoalan pentadbiran mahu dijawab dengan alasan agama, sampai bila kita mahu memperbaiki sistem pengurusan?

Jangan terlalu sibuk mempertahankan sesuatu dasar sehingga gagal membezakan antara mempertahankan agama dengan mempertahankan keputusan pentadbiran kerajaan.

Solat Jumaat tetap wajib bagi lelaki Muslim yang memenuhi syarat. Tetapi mengurus sebuah negeri memerlukan kebijaksanaan, pertimbangan dan solusi yang mengambil kira keperluan seluruh masyarakat.

#CabaiGiling

ANITA DI TERENGGANU PUN DIWAJIBKAN SOLAT JUMAAT KE?

No comments: