Wowwww RM 2 billion..

 



Ana Tahu



Wowwww RM 2 billion..

Takpe derma RM50 juta boleh pahala kata Nik Abduh
Hang bodoh kata Sanusi




KENAPA PERCUTIAN NAJIB DAN ROSMAH MENGUNAKAN JET KERAJAAN SAMBIL MEMBELI BELAH PADA TAHUN 2014 MENJADI KONTROVERSI
Isu mengenai laluan penerbangan jet peribadi rasmi kerajaan yang membawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta ahli keluarga dan kakitangan pada Disember 2014 merupakan salah satu kontroversi yang mendapat perhatian meluas di Malaysia.
Penerbangan ini menjadi subjek pertikaian kerana ia berlaku ketika negara masih lagi bersedih dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dan juga pesawat MH17 yang di tembak jatuh di Ukraine. Dalam masa yang sama pada ketika itu pantai timur Malaysia sedang dilanda bencana banjir besar, menyebabkan Najib terpaksa memendekkan percutian keluarganya di Hawaii untuk pulang segera ke tanah air. Malangnya hanya Najib sahaja yang pulang sedangkan jet eksekutif kerajaan bersama Rosmah meneruskan jadual penerbangan untuk berlibur dan membeli belah ke beberapa destinasi.
Kronologi Penerbangan Jet 9M-NAA (Disember 2014)
Berdasarkan semakan data penerbangan awam (seperti FlightRadar24 dan FlightAware) yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang pada waktu itu, jet rasmi jenis Airbus A319 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA dikesan melalui laluan berikut:
๐Ÿ›‘Bermula di Hawaii (Honolulu): Najib berada di sini untuk percutian keluarga serta mengadakan sesi bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Barack Obama.
Disebabkan krisis banjir di Kelantan yang semakin meruncing, Najib memutuskan untuk pulang awal ke Malaysia. Namun, beliau tidak pulang menaiki jet rasmi berkenaan, sebaliknya menggunakan pesawat lain (pesawat TUDM) untuk mendarat terus di Kota Bharu pada 27 Disember 2014.
๐Ÿ›‘Destinasi Seterusnya (Amerika Syarikat & Eropah): Walaupun Najib sudah pulang ke Malaysia, jet rasmi 9M-NAA tersebut dikesan meneruskan penerbangan ke beberapa destinasi antarabangsa, termasuk:
• Los Angeles dan Indianapolis Amerika Syarikat
• New York Amerika Syarikat
• London United Kingdom
• Dubai Emiriah Arab Bersatu
• Bangkok Thailand
Pembelian Jam Tangan di Hawaii
Isu percutian di Hawaii ini juga muncul dalam perbicaraan mahkamah kes penyelewengan dana SRC International. Najib memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi bahawa beliau telah membelanjakan AS$130,625 (sekitar RM466,330) menggunakan kad kreditnya di butik Chanel, Honolulu untuk membeli jam tangan mewah sebagai hadiah hari jadi bagi memujuk Rosmah yang kecewa kerana percutian mereka terpaksa dipendekkan akibat bencana banjir tersebut.
Kos percutian Najib dan Rosmah December 2014
○ Pembelian Jam Tangan Chanel berjumlah AS$130,625 (bersamaan RM466,330.11) telah dibelanjakan pada 22 Disember 2014 di butik mewah Chanel, Honolulu.
○ Kos penginapan di Shangri-La Hotel, Bangkok berjumlah RM127,017.46 menggunakan kad kredit yang sama bagi menampung keluarga serta kakitangan sokongan.
○ Nilai transaksi kad kredit peribadi yang bayar SRC dibuktikan berkait rapat dengan tempoh percutian Disember 2014 tersebut mencecah hampir RM600,000.
Kos Operasi Pesawat dan Penerbangan
Menurut jawapan rasmi di Parlimen yang kerap diketengahkan dalam pendedahan data pengangkutan pemimpin, kos penggunaan pesawat rasmi kerajaan adalah amat tinggi.
Berdasarkan anggaran operasi jet VIP model Airbus ACJ319 (nombor pendaftaran 9M-NAA):
○ Kos Sewaan Tahunan: Kerajaan membayar sekitar RM28.8 juta setahun untuk sewaan jet tersebut.
○ Kos Operasi Jam Penerbangan: Kos sewaan secara komersial/piagam (charter) atau operasi dinilai pada kadar purata RM60,000 bagi setiap jam penerbangan.
○ Sebagai perbandingan berdekatan tempoh tersebut, jawapan Parlimen pernah mendedahkan satu perjalanan jet kerajaan yang digunakan oleh Datin Seri Rosmah (seperti lawatan ke Qatar) menelan belanja lebih daripada RM400,000 sekali perjalanan.
Kos Minyak Bahan Api
Kos bagi minyak pesawat lazimnya sudah dimasukkan sekali ke dalam kos operasi jam penerbangan di bawah perjanjian sewaan rasmi (wet lease). Walau bagaimanapun, jika dikira secara asing, kos bahan api penerbangan antarabangsa merentas benua (dari Kuala Lumpur ke Amerika Syarikat dan destinasi persinggahan lain) mencecah ratusan ribu ringgit bagi setiap siri jelajah perjalanan jarak jauh.
Kos Lapangan Terbang dan Caj Darat (Ground Handling)
○ Setiap pendaratan melibatkan caj navigasi udara, yuran pendaratan (landing fees), caj parkir pesawat, serta khidmat pengendalian darat khusus yang diuruskan oleh ejen yang dilantik.
Kos ini dilaporkan termasuk dalam kos penyelenggaraan dan sokongan armada penerbangan eksekutif JPM yang secara keseluruhannya mencecah RM5.5 juta setahun untuk pesawat ACJ319 berkenaan.
Anggaran Kos Percutian
Secara angaran kos pecutian Najib dan Rosmah dari pesawat, bahan api, kos medarat dan caj parkir boleh mencapai RM5 juta. Mamakala kos penginapan hotel untuk menampung keluarga dan kakitangan boleh mencecah RM1 juta. Kos sewaan pesawat yang setahun berjumlah RM28.8 juta jika di agihkan lebih kurang RM2 juta. Secara keseluruhan sebanyak RM8 juta.
Kos Perhubungan Awam atau PR untuk melobi dan menguruskan pertemuan dengan obama dengan bermain golf.
Kos rasmi bermain golf di antara Najib Razak bersama Presiden Barack Obama di Padang Golf Klipper, Pangkalan Marin Kaneohe Bay, Hawaii pada 24 Disember 2014 di anggarkan bernilai RM10 juta.
Kesimpulan kos percutian Najib dan Rosmah pada December 2014
✈️Kos pesawat: bahan api dan lapangan terbang RM5 juta
๐Ÿฆpenginapan hotel RM1 juta
๐Ÿ›ซ Kos sewaan pesawat RM2 juta
♡ Public Relation RM10 juta
Secara keseluruhan anggaran kos secara langsung adalah RM18 juta.
Kesimpulan
Begini lah kehidupan pemimpin UMNO yang hidup dengan begitu mewah hasil dari aktiviti sakau. Harta negara harta mereka dan duit negara juga duit mereka. Maka rakyat terpaksa berhempas pulas mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan anak anak






No comments: