Deepavali 2026: PM Anwar Seru Perkukuh Perpaduan, Wadah Rapatkan Jurang Antara Kaum

 


IMG_0081

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Bazar Mega Deepavali 2026 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields pada 4 November 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Sambutan Deepavali yang akan diraikan masyarakat India esok diharap menjadi wadah merapatkan jurang dan mempereratkan perpaduan antara kaum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, sambutan itu juga diharap mampu menyemai nilai ihsan dan keprihatinan terhadap golongan memerlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Bazar Mega Deepavali 2026 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields pada 4 November 2026. Foto PMO

Nilai berkenaan juga merupakan aspirasi Malaysia MADANI yang diterap Kerajaan MADANI sejak beliau melancarkannya pada 19 Januari 2023 lalu.

Anwar juga berkata, keadaan tersebut wajar dicapai masyarakat majmuk berteraskan kepelbagaian budaya dan tradisi, nilai saling menghormati, memahami dan menerima perbezaan yang harus terus diperkukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap, sambutan Deepavali menyuntik semangat baharu untuk membina pemikiran lebih terbuka, murni dan progresif. Foto PMO

Beliau yang juga Menteri Kewangan berharap, sambutan Deepavali menyuntik semangat baharu untuk membina pemikiran lebih terbuka, murni dan progresif, sekali gus mengangkat martabat rakyat serta memperkukuh keharmonian negara.

“Deepavali hadir membawa sinar kegembiraan, menyemarakkan semangat ‘pesta cahaya’ yang melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan keburukan serta ilmu membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan dan keangkuhan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Bazar Mega Deepavali 2026 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields pada 4 November 2026. Foto PMO

“Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.

“Semoga cahaya Deepavali terus menyinari kehidupan dengan kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan,” tambah beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Bazar Mega Deepavali 2026 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields pada 4 November 2026. Foto PMO

Perdana Menteri baru-baru ini sempat meninjau persiapan masyarakat India di Bazar Mega Deepavali 2026 di Brickfields selain beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung yang membeli barangan keperluan seperti makanan, pakaian dan alatan sembahyang.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.





No comments: