Komitmen Malaysia Mahukan Keamanan, Perdamaian Di Selatan Thailand – PM Anwar

 


IMG_8901

Malaysia komited mencapai perdamaian di selatan Thailand jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia komited memainkan peranan konstruktif dalam mendukung usaha mencapai keamanan dan kestabilan serantau, termasuk di Selatan Thailand.

Komitmen tersebut dizahirkan Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosial usai menerima kunjungan hormat Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal, yang baru-baru ini dilantik ke jawatan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul merasmikan jajaran jalan baharu menghubungkan Bukit Kayu Hitam ke Sadao di Sempadan Malaysia-Thailand pada 10 Julai 2026. Foto PMO

Jelas Perdana Menteri, proses dialog yang berteraskan kepercayaan, persefahaman dan keterbukaan amat penting bagi merintis penyelesaian damai yang menyeluruh dan berkekalan demi kesejahteraan rakyat di Selatan Thailand.

Kawasan berkenaan mempunyai 14 wilayah antaranya Yala, Patani, Narathiwat, Satun, Songkhla dan Phuket yang ramai penduduknya beragama Islam selain mempunyai hubungan kekeluargaan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.




No comments: