Ahli Pas tegur Idris Ahmad, minta kaji dulu sebelum berbahas isu elaun pertubuhan peladang

 


Seorang ahli Pas yang juga Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang kawasan Jasin menegur Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad, supaya mengkaji fakta terlebih dahulu sebelum mendakwa AJP menerima elaun sehingga RM1,000 bagi setiap mesyuarat.

Individu bernama Hafiz Ramlan berkata, sepanjang lapan tahun menjadi AJP Pertubuhan Peladang, beliau tidak pernah menerima elaun sebanyak itu seperti yang dibangkitkan Idris ketika berbahas di Parlimen baru-baru ini.

Teguran itu dibuat selepas Idris mendakwa elaun AJP Pertubuhan Peladang lebih tinggi berbanding elaun menteri, selain mendakwa AJP bermesyuarat bukan untuk membincangkan soal pesawah, sebaliknya lebih mementingman soal elaun sendiri.


“Saya nak tegur ustaz  Idris. Saya ahli Pas dan ahli jemaah pengarah Pertubuhan peladang Jasin. Tapi tak pernah terima elaun sampai RM1,000. Hati-hati berbahas,” tulisnya dalam satu komen pada satu video TikTok MP Pas tersebut. 

Hafiz berkata, kadar elaun AJP Pertubuhan Peladang telah diselaraskan mengikut Akta Pertubuhan Peladang, selain menegaskan bayaran hanya diterima sekiranya mereka menghadiri mesyuarat tetapi tidak sebesar jumlah yang didakwa. 

“Elaun AJP ikut Akta Pertubuhan Peladang semua dah diselaraskan. Peringkat Nafas pun AJP hanya RM2,000. Dah lapan tahun saya sebagai AJP peladang.

“Nak bercakap tu kena kaji dulu,” katanya.

“Insya Allah kalau YB datang berkempen di PRN Melaka, kalau ada rezeki jumpa di Kompleks Pas Jasin. Saya akan terangkan siapa buat Keja pedajal dalam peladang ni. YB jangan terkejut” tulisnya.

Teguran daripada ahli Pas sendiri itu meletakkan kenyataan Idris mengenai elaun AJP dalam perhatian, khususnya berhubung bayaran yang didakwa lebih besar berbanding menteri dan persoalan sama ada gambaran yang diberikan benar-benar telah diteliti dan dikaji.


No comments: