Jawapan Datuk Seri Mohd Suhaily terhadap video tular pada 28 Sept 2026 di KLIA Terminal 1, aras 5 tu. Hari ini 1 Okt 2026,
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain buat sidang media khas di Putrajaya
Ini kenyataan jawapan beliau
1. Apa yang berlaku : Beliau bersama pasukan buat tinjauan kesiapsiagaan AKPS sempena kemasukan pelancong untuk Formula 1 hujung minggu ini. Selepas itu terus buat penguatkuasaan terhad di aras 5 susulan aduan sindiket 'ulat' warga asing dan cubaan seludup dadah ke Eropah yang hampir setiap hari berlaku.
Seorang warga asing disyaki 'ulat' ditahan dan dibawa ke bilik pemeriksaan bagasi milik AVSEC.
"Ingin saya tegaskan di sini setegas-tegasnya bahawa penguatkuasaan itu hanya melibatkan pegawai AKPS dan AVSEC. Dalam bilik itu, sepatutnya hanya ada pegawai daripada AKPS dan AVSEC sahaja,"
2. Siapa yang rakam : Tanpa disedari, dua individu tidak dikenali muncul dan merakam sesi soal siasat itu. Bila pegawainya dekati dan check rakaman, beliau arahkan rakaman dipadamkan dan beri amaran paling tegas.
3. Dakwa ada usaha cemar imej : Beliau kata ada 2 laporan polis dibuat terhadapnya sehari selepas kejadian dan satu lagi pada 5 pagi 30 Sept. Susulan itu, beliau dan pasukannya buat laporan balas.
"Saya dan pasukan saya setelah berbincang, terpaksa membuat satu laporan polis untuk mengatakan bahawa ada usaha mungkin untuk mencemar nama atau imej AKPS secara amnya dan khususnya nama saya,"
Penyebaran rakaman itu juga dipercayai ada unsur berniat jahat untuk jejaskan reputasi beliau sebagai Ketua Pengarah AKPS
4. Sedia bertanggungjawab : Ini ayat paling viral dari beliau
"Saya telah memaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan dan juga kementerian mengenai perkara ini. Justeru, apa jua keputusan mereka, saya terima. Bagi saya, untuk mengubah sesuatu ia mempunyai harga. Sekiranya harga itu adalah diri saya, maka saya bayar dengan diri saya,"
Dalam laporan MalayMail dipetik sebagai "If the price is me, I'll pay it".
Beliau juga kata : "Saya tidak sempurna. Saya telah mengatakan perkara itu banyak kali. Dan hari ini, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, saya mengakui dan berdepan dengan ketidaksempurnaan saya,"
5. Isu kontak fizikal / pegang kepala : Video tular nampak individu mirip beliau pegang kepala individu lain dengan agak keras. Wartawan tanya pasal laporan polis yang dakwa beliau mengasari.
Jawapan beliau : Enggan ulas. "Saya tidak mahu mengulas sama ada kontak tersebut berlaku ataupun tidak kerana nanti ia akan menjadi 'my words against his words'. Tak habis. Saya biarkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat lebih lanjut,"
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
No comments:
Post a Comment