Che Ibrahim
1. Tidak boleh seorang warganegara bukan Islam dianggap harbi selagi dia tidak terang terangan melawan kerajaan Islam. Berlainan agama atau kefahaman politik tidak menjadikan seorang itu harbi.
Tidak wajar seorang bukan Islam dianggap harbi semata mata kerana melawan Pas. Jangan salahguna istilah agama kerana politik, itulah dipanggil menunggang agama.
Pas tidak pernah iktiraf Malaysia sebagai Kerajaan Islam, kok celah mana lahirnya kafir harbi???
2. Kebenaran dan kebathilan hendaklah diukur dengan neraca agama, bukan neraca Pas.
3. Menentang Pas bukan menentang perjuangan Islam sebab Pas hanya mengaku berjuang Islam, tapi hakikatnya Pas hanyalah sebuah parti politik yang dijenamakan dengan Islam.
Isu bersekongkol dengan orang kafir harbimenyerang orang yang perjuangkan Islam hanya kata kata bathil yang dibalut dengan agama.
Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, bukan ajaran Islam mengikut neraca Pas yang menghina semua orang yang Pas tidak suka.

No comments:
Post a Comment