OOOOOO MAKNA KATA MEMANG ADA KAKI CARUT.




 Seorang ulamak PAS, Mokhtar Senik mencuri perhatian selepas berkongsi satu perbualan bersama beberapa bakal perwakilan parti itu dalam perjalanan ke Kota Bharu.






Menurut Mokhtar, beliau mengingatkan bahawa Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah menyebut ahli PAS yang merokok tidak boleh menjadi calon.


Namun seorang daripada mereka kemudian mencelah:


“Kalau kaki cerut Ust?”


Soalan itu terus disambut dengan gelak ketawa.


Mokhtar sendiri mengakui turut ketawa sebelum terfikir satu persoalan:


“Ada ke ahli PAS peringkat pimpinan ‘kaki cerut’?”


Beliau tidak menamakan mana-mana individu, namun perkongsian itu cukup untuk membuat ramai tertanya-tanya siapa yang sebenarnya dimaksudkan.


Dalam hantaran sama, Mokhtar turut mengingatkan PAS supaya tidak melupakan asas perjuangan yang dibina sejak dahulu.


Katanya, apabila sudah menang dan berjaya, bukan setakat kawan boleh diterajang, malah prinsip perjuangan pun boleh ditendang.


Siapa pimpinan PAS yang dimaksudkan sebagai “kaki cerut”, Mokhtar tak sebut.


Tapi bila cerita itu dikongsi sendiri oleh orang lama PAS, memang susah netizen nak tak mula meneka.


#unofficialinfo





No comments: