
Orang ramai menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026. Foto Anis Azmi
SEREMBAN, 1 Ogos – Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8 pagi ini, membolehkan 859,760 pemilih berdaftar termasuk 7,391 pengundi pos menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan menentukan kerajaan negeri untuk penggal akan datang.
Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran dibuka di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memilih kerajaan negeri bagi penggal ke-16 hari ini.
Proses pengundian dijadualkan berlangsung hingga 6 petang ini, dengan pusat mengundi melibatkan sekolah, balai raya, dewan dan kolej.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 72 hingga 75 peratus pemilih menunaikan tanggungjawab mereka hari ini, manakala keputusan awal dijangka diumumkan seawal 10 malam dan keputusan penuh sebelum tengah malam.
Sebanyak 91.06 peratus atau 14,995 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 28 Julai lalu, sekali gus melepasi sasaran 90 peratus ditetapkan SPR.
Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) (25), Bersatu (24), Perikatan Nasional (PN) (11) dan empat calon Bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing menampilkan seorang calon.

No comments:
Post a Comment