Eddy Nor Ridzuan
Allahuakhbar.. duit asnaf pun depa rembat.. apa punya bala..
*Dana Yayasan Tabung Haji berjumlah RM22.12 juta yang sepatutnya digunakan untuk asnaf, orang miskin dan umat Islam yang memerlukan telah digunakan untuk tujuan politik
*Laporan polis telah dikaitkatkan dengan Menteri KPDNKK ketika itu, Hamzah Zainuddin
*Laporan polis mendedahkan duit zakat Tabung Haji untuk asnaf berjumlah RM7 juta telah disalahgunakan untuk tujuan politik
Siapa Hamzah Zainuddin pada ketika itu? Menteri dari Umno Barisan Nasional
Berikut adalah terjemahan laporan polis;
Pengadu menyatakan:
1. Saya kini merupakan Setiausaha kepada Jawatankuasa Risiko, Audit dan Tadbir Urus di Tabung Haji.
2. Susulan semakan yang dijalankan terhadap Yayasan Tabung Haji (YTH) dan aktiviti-aktivitinya, beberapa kebimbangan telah dibangkitkan berhubung kegiatan yang berkaitan dengan Program Ziarah Kasih Ramadan Yayasan Tabung Haji 2017, selepas ini disebut sebagai “Program tersebut”.
Program tersebut sepatutnya merupakan program kebajikan untuk golongan asnaf, iaitu umat Islam yang miskin dan memerlukan bantuan.
3. Berdasarkan Audit Khas terhadap Yayasan Tabung Haji bertarikh 15 November 2018, antara perkara yang menimbulkan kebimbangan ialah:
a. Tiada kelulusan diperoleh daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia berkaitan sumber dana bagi program tersebut yang berjumlah RM22.12 juta. YTH juga didapati tidak mengemukakan sebarang permohonan bagi mendapatkan kelulusan penggunaan dana tersebut.
b. Aktiviti yang dijalankan dilihat mempunyai kecenderungan politik.
c. Tabung Haji telah memberikan RM7 juta daripada dana zakatnya kepada YTH bagi melaksanakan program tersebut. Dana zakat sepatutnya diagihkan kepada golongan asnaf. Namun, dana berkenaan telah digunakan bagi tujuan politik.
d. Pihak pengurusan YTH telah mengarahkan supaya lebihan wang daripada program tersebut dikembalikan ke akaun bank YTH. Walau bagaimanapun, didapati beberapa cawangan Tabung Haji telah menyerahkan lebihan wang yang sepatutnya diberikan kepada golongan asnaf kepada wakil sebuah parti politik.
4. Audit tersebut turut mendapati bahawa aktiviti-aktiviti di atas merupakan pelanggaran terhadap perkara-perkara berikut:
a. Memorandum dan Tataurusan Persatuan Yayasan Tabung Haji;
b. Polisi Tanggungjawab Korporat Tabung Haji, versi 1.0 tahun 2017;
c. Garis Panduan Pengurusan Tanggungjawab Korporat Tabung Haji, versi 1.0 tahun 2017.
5. Laporan ini dibuat supaya siasatan lanjut dapat dijalankan terhadap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah program tersebut.
Sekian laporan saya.

No comments:
Post a Comment