PRU Johor: PM Anwar Selar Pemimpin Politik Peralat Sentimen Ketuanan Melayu

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Masyarakat Johor di Johor Bahru pada 4 Julai 2026. Foto PMO

JOHOR BAHRU, 4 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar segelintir pemimpin politik yang menggunakan sentimen ketuanan Melayu sebagai alat semata-mata untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni mereka.

Seraya itu, Perdana Menteri menekankan kepada rakyat bahawa mereka perlu bangkit, berusaha dan berjuang menentang naratif seumpama itu.

“Adakah kita pasti bahawa mereka (pemimpin politik) benar-benar prihatin mengenai kaum mereka?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Masyarakat Johor di Johor Bahru pada 4 Julai 2026. Foto PMO

“Adakah kita pasti mereka yang diberi kuasa untuk memimpin dan mentadbir negara ini selama lebih enam dekad, benar-benar mengambil berat mengenai komuniti mereka?

“Adakah mereka melakukan segala yang mungkin untuk membantu rakyat, atau mereka sekadar menggunakan kuasa bagi mempamerkan keangkuhan serta membazirkan kekayaan hasil negara demi diri sendiri, keluarga dan kroni mereka?

“Fakta ini jelas. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan maklumat yang mengelirukan ini. Saya tidak percaya dengan retorik politik berdekad-dekad mereka mengenai ketuanan Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Masyarakat Johor di Johor Bahru pada 4 Julai 2026. Foto PMO

“Jika dilihat secara dekat pada pemimpin masa lalu dan sekarang, semuanya hanyalah permainan prinsip serta nilai. Semakin lantang mereka melaungkan mengenai ketuanan Melayu, semakin kaya-raya jadinya mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Pemimpin Kristian Johor bersama Perdana Menteri, di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Perpaduan, R Yuneswaran.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia tidak boleh lari daripada akar hidup beragama dan berbudaya selama ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Masyarakat Johor di Johor Bahru pada 4 Julai 2026. Foto PMO

“Kita perlu menerima kenyataan bahawa masyarakat Islam adalah majoriti di negara ini.

“Namun, kita hidup bertapak di Tanah Melayu dan kini Malaysia dengan ikrar jelas bahawa negara ini harus bersama maju meningkat cemerlang sebagai satu kesatuan semua kaum dan semua agama,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut mengingatkan bahawa Malaysia harus lebih matang dari segi demokrasi dan toleransi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Masyarakat Johor di Johor Bahru pada 4 Julai 2026. Foto PMO

“Negara kita mencatat sejarah sebagai antara yang aman di rantau ini dan dapat memacu pertumbuhan ekonomi jauh lebih baik.

“Kini, kita tidak lagi tertumpu ke Lembah Klang, Pulau Pinang atau Hi-Tech. Kini, tumpuan sudah ke Negeri Sembilan, Melaka serta terutamanya Johor kerana di sini ada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan sekarang ke Sabah dan Sarawak juga.

“Saya nampak kepimpinan Sarawak cepat menyambut langkah pembaharuan dan meningkat,” katanya.




No comments: