MALAM TADI SAYA BERKEMPEN DI PENTAS PH










Ya, malam tadi saya naik pentas PH di Felda Ulu Tebrau untuk menyokong calon PH dari PKR Dr Maszlee Malik. YAB Dato Sri Anwar Ibrahim adalah penceramah utama di majlis kempen itu. 


Di sebelah pagi saya post infografik di fb di mana saya menyokong calon PH daripada Amanah Sdr Hj Yazid Bakri yang bertanding di DUN Rengit.


Seperti dijangka, akibat dua kes itu saya dikecam dan dinista khususnya oleh pemimpin UMNO.


Di antara komen negatif itu datang daripada Sdr Razlan Rafii Setiausaha Politik Zahid Hamidi. Dia ahli MKT dan Ketua UMNO Bahagian Siputeh. Dia kata “Lepas ni masuk terus DAP, kan senang”.


Begitulah pemikiran sempit segelintir pemimpin UMNO. Masih mengamal politik bawah tempurung. Mereka ingat dengan mengaitkan sesiapa sahaja dengan DAP maka UMNO akan dapat sokongan orang Melayu?  


Walhal FELDA Ulu Tebrau dianggap kawasan hitam pada pihak lawan. Ia dianggap kubu kuat UMNO. Tetapi tidak malam tadi. Orang Felda telah berubah. Kehadiran ramai malam tadi bukti orang Felda bebas dan berani buat pendirian politik. Tetapi sebahagian pemimpin UMNO tidak berubah. Masih dengan naratif basi.


UMNO makin jauh daripada Gen-Z dan Gen-Alpha. Sebab itu saya kata UMNO yang sudah berusia 80 tahun patut dipimpin oleh generasi ke 4 UMNO, bukan pemimpin recycle. Tetapi pemimpin UMNO amat degil.


Malam tadi saya hadir sebagai penyokong kerajaan perpaduan. Dari awal saya menyokong penubuhan kerajaan perpaduan. PH adalah kerajaan. BN juga adalah kerajaan. “Mana BN berani pull the plug”. Dr Akmal sahaja yang cakap besar. Maka tidak salah saya naik pentas PH. 


Lagi pun saya sudah keluar daripada UMNO. Hak saya mahu menyokong sesiapa atas dasar peribadi calon itu. Saya bukan macam Hishamuddin Hussien Onn. Masih MP UMNO tetapi sign SD menyokong Muhyiddin jadi Perdana Meteri. 


Dalam kempen itu saya beritahu pengundi saya menyokong inisiatif kerajaan pusat mahi menjadikan JB Shenzen Asia Tenggara. Kalau JS-SEJ berjaya mana mungkin Shenzen Asia Tenggara tidak berjaya. Onn Hafiz sendiri mengaku JS-SEZ adalah penyumbang besar FDI naik.


Maka tidak perlu Onn Hafiz jadikan isu JS-SEZ yang belum dilancarkan sebagai pertelagahan antara negeri dan pusat. “Moves on” kepada politik yang bebas dan seimbang




No comments: