“Mengapa sampai begitu ramai di universiti terbaik? Sebab itu untuk rakyat atau untuk pelajar negara asing? Rakyat atau negara asing?”

Afiq Noordin






 “Mengapa sampai begitu ramai di universiti terbaik? Sebab itu untuk rakyat atau untuk pelajar negara asing? Rakyat atau negara asing?”

Membara semangat nasionalisme dalam diri saya masa dengar ucapan Dr. Haim Hilman ini.
Saya setuju dengan beliau yang mempersoalkan jumlah pelajar antarabangsa di universiti awam kerana apa-apa dasar kerajaan mesti dinilai berdasarkan kepentingan negara.
Kalau betul ada anak orang kaya yang gagal melalui UPU tapi boleh masuk melalui saluran lain hanya kerana mampu membayar yuran tinggi sehingga anak miskin yang layak pula tercicir, saya sendiri akan berdiri bersama Haim Hilman untuk lawan benda ini.
Kalau ada pintu belakang, tutup segera!
Tapi makin lama saya dengar ucapan ini, saya rasa pelik dan saya buat sedikit carian.
Pada tahun 2022, ketika Haim Hilman jadi Naib Canselor UUM, universiti ini mencatatkan peningkatan kemasukan pelajar antarabangsa sebanyak 13.97 peratus.
Eh meningkat? Tapi macam mana dengan anak tempatan?
Tak mungkin masa itu beliau tak terfikir tentang anak Pak Mat di kampung?
Kita semak apa yang beliau katakan pada media
“Peningkatan ini pertamanya adalah hasil usaha universiti dalam konteks mempromosikan program kita di pasaran antarabangsa."
Oh. Sejak bila?
"Selain promosi, usaha dilakukan universiti sejak dahulu lagi khususnya 12 tahun terakhir ini dalam agenda pengantarabangsaan kita berpandukan kepada pelan strategik sudah membuahkan hasil."
Begitu. Apa kesan pada UUM bila lebih ramai pelajar asing masuk?
“Agenda kita dalam ranking dunia meningkat daripada tidak pernah berada dalam carta sekitar 2011 dahulu hari ini kita masuk senarai 481 terbaik di dunia."
Mantap. Apa impaknya?
"Jadi, ini satu pencapaian besar bagi sebuah universiti seperti UUM daripada keseluruhan 20,000 hingga 30,000 universiti seluruh dunia.”
Pelajar asing ini datang daripada mana?
"Penuntut antarabangsa yang paling ramai mendaftar adalah dari negara Indonesia diikuti Jepun dan China dan Perancis."
Eh. China? Sungguhlah ada China? Mana boleh jadi ni. Kita kena bantah!
Nampak tak? Kenapa dulu bunyinya macam lain, sekarang pun jadi lain?
Haim Hilman juga ada sebut lebih 32,000 pelajar dari China, kuota yang sepatutnya diberikan kepada anak Ah Chong dan Muthu.
Ayat ini memang mudah membakar emosi.
Tapi adakah 32,000 pelajar asing bermaksud 32,000 anak tempatan kehilangan tempat?
KPT dah jelaskan yang kemasukan pelajar antarabangsa tak mengetepikan peluang pelajar tempatan. Mereka bayar yuran penuh tanpa subsidi kerajaan dan melalui proses kemasukan antarabangsa.
Jadi kalau mahu kata pelajar asing rampas tempat anak tempatan, tunjukkan bukti kuota rakyat Malaysia dipotong untuk diberikan kepada mereka.
Kalau tak ada bukti, jangan bina cerita sampai ibu bapa rasa anak mereka gagal masuk universiti kerana kerusinya dirampas pelajar asing.
Itu retorik namanya.
Beliau juga mempersoalkan kenapa ramai pelajar antarabangsa tertumpu di UM, UKM, UPM, USM dan UTM.
Jawapannya tak pelik. Beliau sendiri dah jawab masa tahun 2022.
Lima universiti itu ialah Universiti Penyelidikan dan antara universiti kita yang mempunyai reputasi serta kedudukan antarabangsa lebih baik.
Kalau kita mahu belajar di luar negara pun, mestilah kita nak pilih universiti yang ada nama.
Jadi pelajar asing pun fikir benda sama.
Pengantarabangsaan juga sebahagian daripada ukuran universiti global. QS ambil kira pelajar antarabangsa, staf antarabangsa dan rangkaian penyelidikan antarabangsa dalam penilaian mereka.
Universiti juga akan dapat hasil daripada yuran penuh pelajar antarabangsa untuk bantu operasi dan kemudahan universiti.
Kalau mahu bincang jumlah dan kawalan kualiti pelajar asing, silakan. Tapi jangan buat seolah-olah kewujudan mereka secara automatik bermaksud hak anak tempatan dirampas.
Jangan kita yang meraikan, kemudian kita juga yang menidakkan. (tak taju pada sesiapa)
Ironi juga sebenarnya.
Haim Hilman sendiri pernah jadi pelajar "asing" di University of Portsmouth, United Kingdom.
Masa beliau belajar di sana, adakah beliau sedang “mengambil tempat” anak tempatan United Kingdom?
Adakah beliau pernah buat nisbah berapa orang pelajar tempatan bersamaan seorang pelajar asing seperti beliau?
Saya bukan kata beliau tak patut belajar di luar negara. Itu kebanggaan buat kita semua yang tak dapat peluang dan tak sebijak beliau.
Tapi kalau logiknya pelajar asing ambil tempat anak tempatan, logik yang sama kenalah terpakai kepada diri sendiri.
Takkan bila kita belajar di negara orang, itu dipanggil menuntut ilmu. Tapi bila orang datang belajar di negara kita, tiba-tiba mereka dituduh ambil tempat anak tempatan.
Eh, tak bolehlah begitu.
Saya juga geram bila isu pelajar asing disambungkan dengan dakwaan 1.65 juta graduan bekerja tak setara kelayakan sehingga akhirnya menjadi rider.
Masalah graduan bekerja di bawah kelayakan memang wujud.
Tapi puncanya bukan semudah “pelajar asing masuk, anak tempatan jadi rider”.
Masalah ini lebih berkait dengan ketidaksepadanan industri, kekurangan pekerjaan berkemahiran tinggi, struktur gaji dan keupayaan ekonomi mencipta pekerjaan bernilai tinggi.
Jangan campur semua masalah dalam satu periuk, kemudian hidangkan kepada rakyat seolah-olah semuanya berpunca daripada pelajar asing.
Apapun, kalau kembali kepada dasar saya tetap setuju dengan Haim Hilman dalam satu perkara.
Kalau ada ketirisan atau tindakan pintu belakang, maka siasatlah dengan segera.
Kalau universiti terlalu mengejar yuran pelajar antarabangsa sehingga melonggarkan syarat kemasukan, wajar dihentikan.
Ada beberapa kenalan "pendidik" yang hubungi saya semalam untuk suarakan tentang isu.
Mereka kata ada pelajar antarabangsa yang tak mampu berbahasa Inggeris dengan baik, apatah lagi bahasa Melayu sampai menyukarkan pembelajaran dalam kelas.
Ada pelajar antarabangsa ini terpaksa guna aplikasi terjemahan untuk faham apa yang mereka sedang belajar dan diterangkan oleh pensyarah dalam kelas.
Saya tak boleh anggap pengalaman ini mewakili semua pelajar antarabangsa. Tapi kalau masalah ini berlaku secara meluas, KPT dan universiti perlu lakukan sesuatu.
Macam mana seseorang boleh diterima masuk ke universiti kalau bahasa pengantar dalam kelas pun tak mampu difahami?
Ini isu yang patut diperjuangkan.
Apapun nasihat saya, siapapun kita sebelum ini dan sekarang, prinsip kita tetap kena sama. Dulu, kini dan selamanya




No comments: