Sheikh Omar Ali
Ada yang kata;
"Asal musim pilihan raya, akan keluar semula isu Najib. Ini semua sandiwara orang politik.."
Saya rasa, kita kena adil juga. Politik dan pilihan raya ni, benda saling terkait satu sama lain.
Pilihan raya bukan saja nak lantik wakil rakyat untuk khidmat di kawasan, tapi wakil2 dari parti yg mendapat majoriti akan bentuk kerajaan dan buat dasar yg baik untuk negeri dan negara.
Dari pilihan raya, kita bentuk kuasa politik untuk berkerajaan dan urus pembahagian kuasa, sumber dan peluang secara adil untuk rakyat.
Sebab tu pandangan saya, ok saja dalam kempen kalau kita lontarkan pandangan termasuk isu Najib. Najib bekas pemimpin negara dan beliau masih individu yang 'ada nama' dalam politik kita.
Salah ke?
Bagi saya tak salah.. asalkan kita cerita yang benar. Bukan fitnah.
PERTAMA
Kita kena faham betapa besarnya dampak kes2 melibatkan Najib ni pada landskap politik kita. Termasuk bagi Pakatan Harapan misalnya, bahkan juga individu dari kem politik berbeza seperti Tun M, Tan Sri Muhyiddin dan tokoh2 non partisan.
Rakyat pun sama..
Sebab tu rakyat tolak Najib dan skandal yang berkaitan sehingga buat kali pertama BN kalah pada 2018.
KEDUA
Dari pengalaman bergaul ramai orang di banyak tempat (bukan sekadar Johor) mereka masih bincang dan ambil tahu hal Najib.
Ada yang risau, bimbang, simpati, sayang, rindu, geram..
Sehingga perkembangan terkini seperti pengampunan Najib, tahanan rumah, Jho Low, Rosmah dan sebagainya.. mereka masih ambil tahu.
Macam saya dalam circle parti, famili, kawan2.. kami pun masih sentiasa ambil tahu perkembangan terkini isu Najib. Kami tak pernah lihat perkara ni 'kecil'. Kami ambil tahu walaupun mungkin taklah terlalu mendalam.
KETIGA
Sandiwara?
Bagi saya isu Najib bukan sandiwara.
Ada rakyat yang bimbang..
Yang menaruh kepercayaan..
Ada keutamaan, amanah, tanggungjawab..
Ada tanggapan awam yang perlu diurus dan sebagainya..
Ini semua penting..
Jangan perkecilkan..
Bayangkan saja.. apabila mahkamah Disember lalu memutuskan Najib bersalah menerima RM2.3 bilion dana 1MDB. Jika RM2.3 bilion diberikan pada rakyat guna kaedah SARA, kita boleh bantu hampir 2 juta isi rumah untuk setahun!
Sebab itu isu Najib bukan 'persembahan politik', apatah lagi lakonan untuk membidak caturkan rakyat
No comments:
Post a Comment