PRU Johor: Rakyat Digesa Balik Mengundi Tunaikan Tanggungjawab – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Kita Geng MADANI Anak Muda Bukit Batu di Jalan Tropika, Kulai pada 4 Julai 2026. Foto PMO

KULAI, 4 Jul – Seluruh pengundi Johor, termasuk mereka yang berada di luar negeri dan Singapura, digesa untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Johor pada 11 Julai ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, setiap undi amat bermakna dalam menentukan hala tuju negeri dan masa depan generasi akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Kita Geng MADANI Anak Muda Bukit Batu di Jalan Tropika, Kulai pada 4 Julai 2026. Foto PMO

“Rakan-rakan dan anak-anak yang berada di Singapura, baliklah untuk mengundi. Ini masa depan kamu. Anak-anak Kuala Lumpur juga perlu pulang untuk mengundi.

“Kalau kita tidak mengundi, orang tidak akan menyokong kita, dan kita yang rugi. Ini bukan selalu, hanya empat atau lima tahun sekali,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Kita Geng MADANI Anak Muda Bukit Batu di Jalan Tropika, Kulai pada 4 Julai 2026. Foto PMO

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Kita Genk MADANI X Anak Muda Bukit Batu di sini.

Tambah Datuk Seri Anwar, pihaknya sentiasa bersedia mendengar pandangan dan kritikan rakyat, namun meminta agar diberi ruang dan masa untuk melaksanakan pembaharuan yang dirancang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Kita Geng MADANI Anak Muda Bukit Batu di Jalan Tropika, Kulai pada 4 Julai 2026. Foto PMO

Meskipun baharu beberapa tahun mentadbir, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat, termasuk penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kerajaan Persekutuan juga telah banyak melaksanakan projek berimpak tinggi kepada rakyat dari segi pengangkutan, keselamatan sempadan dan pelebaran lebuh raya di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Kita Geng MADANI Anak Muda Bukit Batu di Jalan Tropika, Kulai pada 4 Julai 2026. Foto PMO



No comments: