Selepas Haim Hilman didakwa sebab fitnah Universiti Awam “menjual tempat kepada orang kaya”, dia buat fitnah baru kononnya pelajar asing sedang mencuri tempat anak-anak kita di Universiti Awam.
Fakta dan konteks yang Haim sengaja tak cerita: di lima Universiti Penyelidikan yang dia jadikan isu, majoriti besar pelajar asing berada di peringkat pascasiswazah — seperti Master dan PhD.
Bukan semua pelajar asing datang untuk berebut tempat ijazah pertama dan kebawah dengan anak Malaysia.
Untuk elakkan kebodohan Haim ni berjangkit, elok saya jelaskan.
๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐ง ๐๐ฃ๐ ๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐?
Data Universiti Awam tahun 2025:
Jumlah pelajar: 634,706
Pelajar asing: 56,565
Maksudnya, pelajar asing cuma sekitar 8.9% daripada keseluruhan enrolmen UA.
Haim highlight angka sekitar 41,000 pelajar asing di lima paling top — UM, USM, UKM, UPM dan UTM.
Yang dia tak bagitau: Lima universiti itu bukan universiti biasa. Ini UNIVERSITI PENYELIDIKAN.
Fungsinya memang untuk menarik pelajar sarjana, pelajar PhD, penyelidik, makmal, penerbitan dan jaringan akademik dari seluruh dunia.
Nak bagi fitnahnya nampak lebih dramatik dan meruntun jiwa, Haim pilih contoh UM.
Untuk UM tahun 2025, jumlah keseluruhan 46,514, pelajar asing 12,043 orang atau 25%. Katanya, dari 4 orang pelajar, seorang pelajar asing katanya.
Tapi yang dia tak bagitau, 40% pelajar UM keseluruhan belajar di peringkat Master, PhD dan Diploma Lepasan Ijazah. 60% je degree ke bawah.
UM ni ranking #56 QS dunia, #1 di Malaysia. Memang BUKAN universiti yang hidup dengan program degree semata-mata. Ia pusat besar Master, PhD dan penyelidikan.
Sepatutnya kita puji bila lima Universiti Penyelidikan (RU) kita berjaya tarik 28,383 pelajar antarabangsa pascasiswazah datang buat kajian di sini pada 2024.
Mereka membentuk 46.7% daripada semua pelajar pascasiswazah di lima universiti itu.
Daripada keseluruhan enrolmen lima RU, 15.8% ialah pelajar antarabangsa pascasiswazah, manakala pelajar antarabangsa prasiswazah cuma 5.5%.
Jadi apa sebenarnya yang Haim cuba takut-takutkan rakyat?
Pelajar asing di peringkat yang kononnya “berebut tempat” dengan anak kita cuma 5.5% daripada keseluruhan pelajar lima universiti itu.
๐๐ก๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐จ๐ง ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ง ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐๐ฆ๐ช๐๐ญ๐๐
Menteri KPT sendiri pernah jelaskan tahun lepas berdasarkan rekod UPU 2024:
Pelajar prasiswazah tempatan: 497,020 orang — 97.26%
Pelajar antarabangsa prasiswazah: 13,986 orang — 2.74%
๐ ๐ฎ๐ธ๐๐๐ฑ๐ป๐๐ฎ, ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐ญ๐ฌ๐ฌ ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐ฝ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ๐๐๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ฟ๐ฒ๐ฏ๐๐๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ-๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ธ๐ถ๐๐ฎ ๐ฑ๐ถ ๐จ๐, ๐๐ฒ๐ธ๐ถ๐๐ฎ๐ฟ ๐ต๐ณ ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ถ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐ฎ๐๐ถ๐ป๐ด ๐ฐ๐๐บ๐ฎ ๐๐ฒ๐ธ๐ถ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฏ ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ท๐ฒ.
Jadi di mana kononnya pelajar asing dah “curi tempat” anak-anak kita? senang je Haim tipu orang kampung.
๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐จ๐ฆ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐
Pelajar antarabangsa membayar yuran penuh tanpa subsidi kerajaan. KPT kata hasil yuran itu digunakan bagi menambah baik fasiliti universiti yang turut digunakan oleh pelajar tempatan.
Mereka juga menyumbang kepada pengantarabangsaan universiti, penyelidikan, penerbitan, jaringan akademik dan ekonomi setempat melalui sewaan rumah, makanan, pengangkutan serta perbelanjaan harian.
Patutnya kita bangga bila universiti awam kita mampu menarik pelajar dan penyelidik dari luar negara.
Tetapi pemimpin PAS lebih suka petik angka besar, sorok konteks Master dan PhD, kemudian takutkan orang Melayu.
Warga universiti mesti bengang dengan sikap Haim ni.
Konon nak perjuangan pendidikan, yang sebenar PAS jadi jaguh menipu rakyat. Malu lah.
No comments:
Post a Comment